Takdir dan Waktu

Title kali ni macam lagu kumpulan Mega kan? Sebab Ajue suka sangat lagu ni masa belajar dulu.

Ok. Nak citer sikit whats happenings lately. Well maid Ajue (ida) yang dah 6 tahun dengan Ajue cakap nak balik kampung dan maybe nak berhenti terus. Fenin jugak nak cari pengganti sebab Ida ni pandai dan tahu segalanya dari kemas rumah, masak dan jaga anak. Even kalau Ajue outstation sebulan pon Ajue tak risau sebab Ida dah macam kakak sulung bagi anak anak Ajue. Malah seluruh family Ajue pon tahu dan kenal hatibudi dia.
Nak tak nak terpaksa jugak cari pengganti baru sebab kita pon fahamkan dia pon nak bersama keluarga dia jugak kan.
So, dipendekkan citer dapatlah sorang maid baru. Tapi Ajue harus ke Medan jemput dia. Ajue ambik day trip last week atas urusan maid baru ni.
Everything went well termasuklah urusan kat imigresen walaupon kena pau hampir 1 juta dari ulat ulat masa nak check in hari tu.
Sampai KL,  baru tahu skrang dah tak boleh buat JP visa sebab last boleh buat bulan Feb jer. Maid baru terpaksa balik ke Medan untuk urusan visa dari sana. Dah nampak dah apa akan terjadi nanti sebab Ajue takde maid nanti kurang kurang sebulan jugak tu. Hmmmm….
Kalau nak diikutkan Ajue tak boleh nak harapkan maid baru kerja macam Ida sebab dia baru sampai. Tak pernah kerja sebelom ni pon. Terus Ajue decide nak work from home jer sambil nak monitor maid yang baru ni.
Dengan takdir Allah waktu yang Ajue nak hantar Ida balik tu, Shahril pulak accident. Nasib baik takde kecedaraan serius cuma kereta Kia tu kena tow la jugak. Terus EL dua hari nak settlekan report police dan insurans. Nak jadikan citer sangkut pulak kat insurans sebab atas nama Ajue tapi yg bawaknya Shahril. So kena settlekan sebelom Ajue ke Medan hantar Ida.
image

Alang alang nak jumpa family Ida, terus Ajue terfikir nak pujuk Ida sambung kerja lagi at least setahun sebab rasanya Ajue tergerak hati nak buat business ni secara Full Time. Kalau ada Ida lega sikit hati nak tinggalkan rumah since anak anak pon dah biasa dengan dia. Lagipon camaner nak handle semua benda serentak kan. Betul tak?
image

Kerja tetap yang hakiki, business PB, Komuniti Tahun 6 UPSR serta PIBG semua ni tanggungjawab. Then anak anak adalah amanah Allah. Semua perlu dilakukan dengan niat yang betul serta ikhlas baru lah mendapat hasilnya yang tak ternilai nanti. InsyaAllah…

So Ajue decide nak ambik unpaid leave untuk uruskan hal hal anak anak, maid, komuniti serta pibg dan yang paling utama ialah business ini. Mudah mudahan rezeki yang bakal diperolehi nanti makin berlipatganda serta diberkati Allah.
image

Balik dari Medan, fikiran dan hati still mengharapkan agar Ida agree untuk sambung kerja lagi. Nak kerja pon tak boleh nak concentrate macam macam nak kena fikir. Nasib baik ada vacation club terus redeem 1 malam kat hotel bawak anak anak mandi kolam. Tengok wajah anak anak terus menaikkan semangat serta impian untuk terus bangkit dan berjuang demi keluarga. InsyaAllah..
image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *