Vietnam Trip Day One

Hari ni ramai yang dah update blog pasal trip ke Vietnam. Syokkk giler baca. Tak sabar nak update tapi since pagi tadi sampai ke malam Ajue full dengan business appointment dan urusan-urusan lain jugak. Ni baru balik rumah nak update blog.

Tak sangka memang best sangat-sangat pergi melancong dengan pakej Hai-O. Ajue memang suka sangat melancong sejak kecik lagi. Dah banyak pon tempat yang dah pergi samada business trip mahupon family trip. Tapi tak sama dengan free trip nih. Bukan sebab ia free yang jadi tarikan, tapi kita langsung tak perlu nak fikir pasal transport la, pasal nak makan la, pasal hotel la, dan macam-macam lagi. Janji bawak $$ dan jugak badan.. terus jalan.

Vietnam dah kali ke lima Ajue pergi. Dulu bersama dengan kakak Ajue masa buat business kecil-kecilan. Jual smocking dress masa bulan puasa. Dah banyak kali ulang alik Vietnam, sampaikan ada yang balik hari pon ada semata-mata sebab nak ambik stok. Tapi tu sumer kena bayar la. Flight pon naik low cost jer sebab sumer tu termasuk dalam bajet business.

Tapi trip kali nih sumer FREE + all FIVE STAR lagi. Tour agent pon memamng tip top laaa… memang berlainan sangat dengan trip sendiri.

OK lah, tak nak buang masa, nak citer pengalaman untuk Day One nih. Pagi tu bangun awal sebab tak sabar kan nak rasa trip percuma. Nak tahu gak camaner rasa yang orang kata sumer percuma tu. Kol 8.30 pagi Abang Azim tak tunggu kat luar pagar untuk ke KLIA. Tak sempat makan pon pagi tu kat rumah, bukan apa, sajer nak breakfast kat airport.. kekekkee

Sampai KLIA, dah nampak dah lautan hujau usahawan Hai-O dengan beg pakaian masing-masing. Wahhh ramainya…. mana tak, satu flight pagi tu sumer dari group CDM Hanis, my great mentor and leader!

Lepas register, dapat free hand carry dan luggage tag, Ajue dan husband pi breakfast kat secret recipe, sambil nak tunggu 10.30 pagi waktu berkumpul depan kaunter untuk check-in bagasi.

Nampak leader Ajue bawak beg besar 2 bijik plus 1 hand carry. Siap tanya lagi, wahhh nak balik kampung kerrr??? huhuhuhu… then leader Ajue cakap, dah biasa…. tengok la nanti balik karang sure bertambah lagi.. haaa??? apakah? biar betul… ok ok kita tunggu hari pulang kay. Sedangkan Ajue just bawak satu beg jer, tu pon share ngan hubby. Beg saiz medium lak tuh!

CDM Hanis siap bawak photographer lagi, iaitu Hafiz Atan untuk capture gambar-gambar serta gelagat kami nanti… waduh waduh… teruja betul!

Dalam flight makan chicken + potato sebagai lunch kami. Best giler duduk dalam flight sumer satu team pakai kaler hijau… hanya 20 jer yang bukan dari team kami. Besttttt… ini kapal kami yang punya… hehe

Sampai Vietnam, first spot ialah Post Office dan kawasan sekitarnya. Lepas ambik gambar (memang banyak giler bergambar!! sampai tak tahu nak pilih mana satu nak upload dalam blog.. lol), kami ke pasar ben-thant untuk carik baju kebangsaan Vietnam untuk pakai masa malam dinner nanti. Ada yang siap tempah lagi, murah sesangat kalau nak compare buat baju kat malaysia nih… sekali upah ngan kain baru USD45. Ajue? Ajue beli yang ready-made jer… maklumlah… first time! Tak tahu kan, boleh siap tempah dan siap sebelom dinner lusanya. Takper, next trip confirm tempah kat Guangzhou nanti! Aaauummmmm!!!

Sempat jugak pekena air klapak… serious best! Hilang dahaga plus bertenaga semula.

Lepas tu, baru ke Hotel Equatorial untuk check in. Kejap jer naik bilik untuk solat dan tukar baju sebab nak dinner lak kat Saigon SeriPenang. Masakan halal yang ditempah khas untuk team kami malam tuh.

Habis dinner, kami shopping lagi ke pasar malam ben-thant. Kat sini borong siap-siap suvenirs untuk diberikan kepada sedara-mara serta yang tak lupa juga kepada business partner Ajue dan future prospect dan client!

Ajue sempat jugak beli beg hiking untuk europe trip bulan June nanti… murah giler……!

Balik hotel, solat dan terus zzzzzzzzz……

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *