Seminggu Berpuasa

Salam Ramadhan,

Pejam celik dah seminggu berpuasa. Di manakah kita, apakah yang telah kita lakukan setakan ni. Baik dari segi amalan mahupun aktiviti rutin sehatian kita di bulan puasa ni. Eloklah kita muhasabah diri sejenak agar tidak terlepas untuk melakukan yang lebih baik beberapa minggu yang ada lagi ni.

Masakan

Rasanya ramai yang tiba tiba jadi expert memasak, betul tak.. hehe . Ada jer lauk lauk atau masakan , kuih baru yang cuba untuk berbuka mahupon sahur. Untung ada group whatapps, lepas sorang , sorang upload dia masak apa. Pastu pakat ramai ramai mintak resepi. Best kannn dapat kawan kawan satu kepala macam ni.
Dan budaya melayu tak ketinggalan, sempat lagi bertukar tukar lauk dengan jiran jiran, kawan kawan yang berdekatan. Dapat rasa air tangan kawan kawan lagi. Nikmatnya di bulan puasa kan.

image

Mee Kari. Ni antara menu yang menjadi favourite Ajue kalau ada kenduri. Tahun lepas Open House rumah ajue pon Ajue masak mee kari. Kali ni Ajue buat semasa berbuka di rumah mentua di Bukit Jelutong. Licinnnnn. Suka tengok orang makan masakan kita. Siap lepas Terawih pon sambung makan lagi.

image

Ni pulak first trial kawan Ajue buat Nasi Biryani resepi RSMY. Best ada kawan tokey restoren Pakistan. Tak kedekut ilmu. So, lepas ni turn Ajue pulak cuba resepi ni.

image

Jeng jeng jeng… nugget ker?? Haha bukannn yer, sebernarnya Ajue teringin nak makan Qasidah. Kuih traditional darimTerengganu. Sekelip mata jer, bagitau kat group Whatapps, terus dapat resepi… syokkk kan. So, apa lagi, masuk dapur kacau la tepung. Memandangkan Ajue tak reti nak bentukkan kuih tersebut, pinjam acuan play dough anak kejap. Haha.. Ni lah hasilnya… sodapppppp.

image

Ok, next ialan Air Jus Kiwi Cucumber. Pon Ajue sponsor masa kenduri berbuka rumah mentua. Hasilnya, berbotol botol laku jualan malam tu. Betullah orang kata kalau kita memberi , insyaAllah tuhan akan gantikan balik dengann berlipat ganda. Lebih lebih lagi di bulan rezeki ni. Alhamdullilah.
Blog readers, taknak cuba ker? Sedap tau… boleh PM Ajue kay.

image

Okay, tak lupa juga menu moreh. Selalunya Ajue goreng kuih yang mak Ajue kirim dari kampung. Mak Ajue dah buat siap siap untuk sebulan. Nama dia Dadar. Besttt dapat rasa air tangan mak walaupon berjauhan. Terasa nak balik kampung sangat sangat berbuka dengan mak. Nak dengar bedilan berbuka jugak… semoga tercapai jugak satu hari nanti, ameen.
Dan Ajue selalu ambil Mineral Coffee dan BB Plus. Kedua dua ini untuk kesihatan serta kecantikan kulit. Yer laa umur dah nak masuk 4 series ni kan, kena lah jaga. Tapi BBPlus ni Ajue tak pernah tinggal setiap malam. Dia ada agen untuk Merangsangkan pengeluaran Kolagen pada kulit agar sentiasa mengekalkan keremajaan kulit. Ia ada anti oksida jugak serta vitamin C, baik untuk kesihatan. Repair, Renew serta Rebuild! Cubalah..!!

image

Haaaaa ni apa pulak. Hehe menu yang dapat dari group Whatapps. Ada berani???

Terawih

Okay, solat Terawih ni muncul setahun jer sekali. Malam pertama puasa, Ajue berterawih kat Masjid Negeri Shah Alam. Punyalaaa ramai orang sampai solat kat luar lagi. Pastu esoknya dah tak ramai. Rasanya sebab ramai yang berpindah masjid kut atau surau yang berdekatan dengan rumah masing masing kan.

Lokasi berbeza imam pon berbeza. Terawih kat GLAM memang amat dinantikan. Sebabnya sebelum menuntut ilmu, kami solat jemaah Isyak dan terawih bersama sama. Bersyukur berada di dalam Glam.

Masa berbuka kat rumah mentua pon kami buat solat Terawih berjemaah. Yang bangganya, anak sulong Ajue yang belajar kat IQKL tu jadi Imam. Sejuk hati dengar Adlan baca ayat ayat suci Al Quran. Dulu Adlan ni susah nak bukak mulut. Tanya sepatah dijawabnya sepatah. Dia kurang bergaul, tapi sekarang, amat ketara perubahan dalam diri beliau. Alhamdullilah.

image

image

Orait, sampai sini dulu, next entry kita cakap pasal baju raya pulak kay. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *