Majlis Perlancaran Kitab Tafsir IQKL

Salam 10 Ramadhan terakhir…

Bagaimana amalan kita so far. Alhamdullilah kepada yang sentiasa manfaatkan malam malam di bulan Ramadhan semoga mendapat pahala yang berlipat ganda.

Bukan itu saja, bulan Ramadhan juga bulan rezeki.. rezeki yang berlipat ganda kepada yang berusaha. Sebab tu kita bukannya habiskan masa dengan tidur saja. Bangkit lah dan teruskan mencari rezeki di bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

Ok, entry kali ni, Ajue nak share tentang perkembangan yang berlaku kat sekolah anak Ajue, IQKL. Baru baru ni telah berlangsung majlis Perlancaran Kitab tafsir yang pertama seumpamanya di Malaysia. Yang dikeluarkan oleh Sekolah Menengah Islam.

Sempena dengan majlis tersebut juga para ibu bapa juga dijemput untuk iftar bersama sama dengan anak anak dan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Dato IR Zaini Ujang.

Ajue juga berkesempatan untuk mendapatkan kitab tafsir tersebut. InsyaAllah akan Ajue habiskan membacanya dan juga akan share dengan kat blog jika keadaan mengizinkan.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Iftar Ramadan bersama GLAM di Hotel JW Marriot

Alhamdullilah dah berlangsung hari yang kami tunggu. Glam Iftar Ramadhan. Tahun lepas CDM Hanis kata hanya 3 table saja. Tapi tahun ni meningkat kepada 23 table. Means seramai 230 Glampreneur menghadiri majlis Iftar Ramadhan Glam ini.

image

Team Ajue, Beautiful Galaxy Team menghantar wakil seramai 16 orang semuanya. Dengan ini juga kami dapat berkenal kenalan dengan semua team members, yang datang jauh dari Perlis, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Selanhor serta KL.

image

image

Selain daripada berbuka, kami juga turut menyumbangkan sebahagian dari kutipan kepada Tabung Amal Syria bagi membantu saudara semuslim kita di sana.

image

Tapi, sebelum tu, kami Galaxy Team mengambil kesempatan unyuk mengadakan sesi O Group dengan CDM Hanis Haizi, founder GLAM sendiri iaitu CDM direct Ajue. Alhamdullilah, JW Marriot menyediakan bilik yang sangat cantik dan sesuai segala perlalatan untuk majlis kami. Malah harga yang diberikan pon memang berbaloi.

image

image

image

O Group ni merupakan group discussion di mana leader akan memberi kata kata semangat serta perangsang kepada team dan juga rakan kongsi boleh menyuarakan sebarang masalah dalam perjalanan business agar sama sama mencari jalan penyelesaiannya. Di sinilah leader boleh mengetahui secara mendalam lagi setiap yang dihadapi oleh kumpulan pimpinannya.

Alhamdullilah, dulu Ajue hanya mampu mendengar para leaders memberi kata kata semngat, kini giliran Ajue pulak memainkan peranan sebagai leader sambil dibantu secara langsung oleh CDM Hanis Haizi serta CDM Razali Zain.

image

image

image

image

image

image

image

Yes!!! Gold Coast here we go!!!!

Terima kasih kami tak terhingga kerana kesudian founder kami yang banyak membantu kami dalam perjalanan business kami. Tanpa dua insan hebat ni, tak mungkin kami ke tahap ini.

Ok, jom layan gambar sekitar Iftar Ramadhan Glam kay.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Harapan kami, tahun depan kami dapat menghantar wakil team lebih besar lagi, insyaAllah.

Trip to Melaka

Alhamdullilah berjaya jugak merealisasikan trip ke Melaka di bulan puasa ni. Trip ni 2 in 1. Atas urusan business dan jugak family.

Dah terberkenan pulak dengan tudung Fareeda ni, Ajue beli 2 helai dulu. So hari ni nak pakai kaler merah hitam. Sebelum pergi posing dulu,

image

Then bertolak ke Seremban dulu untuk personal coaching dengan business partner Kak Lina. Bertempat di Seremban Parade, tempat kami selalu jumpa. Memandangkan sekarang bulan puasa, kami mana boleh makan dan minum, tapi sebab manager restoren kat situ dah kenal kami, so beliau bagi jer duduk berdiskas kat meja tu.

image

Seronok dengar cerita Kak Line yang baru pulang dari Scotland kerana menghadiri konvo anak nya disana. Bestkan. InsyaAllah nak tanam impian jugak anak anak dapat belajar oversea nanti, bolehlah bawak segerombolan bercuti alang alang nak tengok anak kan. Impian kena besar, baru kita dapat. Betul tak.

Lepas tu terus ke Melaka untuk 3 lagi agenda yang lain. Pertama nya, jumpa sepupu Ajue, DSP Aniesa. Ni urusan pembantu rumah nenek kami.

image

Malam tu pulak business partner Ajue cakap jumpa lepas berbuka iftar. Jadi Ajue pon terus cakap kat sepupu kat berbuka bersama. Alhamdullilah, rezeki pulak malam tu sebab kami dijemput iftar bersama sama dengan Dato Ketua Polis Melaka, kat Mahkota Melaka Hotel.

Seronok sembang dengan Datin, tambahan lagi Datin orang Terengganu pulak tu. InsyaAllah raya nanti boleh lah beraya ke rumah Datin nanti.

image

Mujur jugak business partner Ajue cakap beliau boleh datang all the way dari Jasin ke Melaka tengah untuk berjumpa dengan ajue. So, kami jumpa kat hotel yang sama untuk sesi personal Coaching. Syabas Nisa. Satu tundakan yang baik, yer la Ajue datang dari jauh kan. Nisa pon dari Jasin. So kami jumpa kat tengah tengah. Ni baru lah dinamakan win win situation.

image

Lepas cafe hotel tutup kami berpecah untuk kembali ke rumah masing masing. Alhamdullilah, kesemua misi dirancangkan berjalan lancar. Semoga Allan memberkati trip kali ni dan Ajue mengharapkan yang terbaik serta dimutahkan rezeki dalam business ni. Ameeen.

Seminggu Berpuasa

Salam Ramadhan,

Pejam celik dah seminggu berpuasa. Di manakah kita, apakah yang telah kita lakukan setakan ni. Baik dari segi amalan mahupun aktiviti rutin sehatian kita di bulan puasa ni. Eloklah kita muhasabah diri sejenak agar tidak terlepas untuk melakukan yang lebih baik beberapa minggu yang ada lagi ni.

Masakan

Rasanya ramai yang tiba tiba jadi expert memasak, betul tak.. hehe . Ada jer lauk lauk atau masakan , kuih baru yang cuba untuk berbuka mahupon sahur. Untung ada group whatapps, lepas sorang , sorang upload dia masak apa. Pastu pakat ramai ramai mintak resepi. Best kannn dapat kawan kawan satu kepala macam ni.
Dan budaya melayu tak ketinggalan, sempat lagi bertukar tukar lauk dengan jiran jiran, kawan kawan yang berdekatan. Dapat rasa air tangan kawan kawan lagi. Nikmatnya di bulan puasa kan.

image

Mee Kari. Ni antara menu yang menjadi favourite Ajue kalau ada kenduri. Tahun lepas Open House rumah ajue pon Ajue masak mee kari. Kali ni Ajue buat semasa berbuka di rumah mentua di Bukit Jelutong. Licinnnnn. Suka tengok orang makan masakan kita. Siap lepas Terawih pon sambung makan lagi.

image

Ni pulak first trial kawan Ajue buat Nasi Biryani resepi RSMY. Best ada kawan tokey restoren Pakistan. Tak kedekut ilmu. So, lepas ni turn Ajue pulak cuba resepi ni.

image

Jeng jeng jeng… nugget ker?? Haha bukannn yer, sebernarnya Ajue teringin nak makan Qasidah. Kuih traditional darimTerengganu. Sekelip mata jer, bagitau kat group Whatapps, terus dapat resepi… syokkk kan. So, apa lagi, masuk dapur kacau la tepung. Memandangkan Ajue tak reti nak bentukkan kuih tersebut, pinjam acuan play dough anak kejap. Haha.. Ni lah hasilnya… sodapppppp.

image

Ok, next ialan Air Jus Kiwi Cucumber. Pon Ajue sponsor masa kenduri berbuka rumah mentua. Hasilnya, berbotol botol laku jualan malam tu. Betullah orang kata kalau kita memberi , insyaAllah tuhan akan gantikan balik dengann berlipat ganda. Lebih lebih lagi di bulan rezeki ni. Alhamdullilah.
Blog readers, taknak cuba ker? Sedap tau… boleh PM Ajue kay.

image

Okay, tak lupa juga menu moreh. Selalunya Ajue goreng kuih yang mak Ajue kirim dari kampung. Mak Ajue dah buat siap siap untuk sebulan. Nama dia Dadar. Besttt dapat rasa air tangan mak walaupon berjauhan. Terasa nak balik kampung sangat sangat berbuka dengan mak. Nak dengar bedilan berbuka jugak… semoga tercapai jugak satu hari nanti, ameen.
Dan Ajue selalu ambil Mineral Coffee dan BB Plus. Kedua dua ini untuk kesihatan serta kecantikan kulit. Yer laa umur dah nak masuk 4 series ni kan, kena lah jaga. Tapi BBPlus ni Ajue tak pernah tinggal setiap malam. Dia ada agen untuk Merangsangkan pengeluaran Kolagen pada kulit agar sentiasa mengekalkan keremajaan kulit. Ia ada anti oksida jugak serta vitamin C, baik untuk kesihatan. Repair, Renew serta Rebuild! Cubalah..!!

image

Haaaaa ni apa pulak. Hehe menu yang dapat dari group Whatapps. Ada berani???

Terawih

Okay, solat Terawih ni muncul setahun jer sekali. Malam pertama puasa, Ajue berterawih kat Masjid Negeri Shah Alam. Punyalaaa ramai orang sampai solat kat luar lagi. Pastu esoknya dah tak ramai. Rasanya sebab ramai yang berpindah masjid kut atau surau yang berdekatan dengan rumah masing masing kan.

Lokasi berbeza imam pon berbeza. Terawih kat GLAM memang amat dinantikan. Sebabnya sebelum menuntut ilmu, kami solat jemaah Isyak dan terawih bersama sama. Bersyukur berada di dalam Glam.

Masa berbuka kat rumah mentua pon kami buat solat Terawih berjemaah. Yang bangganya, anak sulong Ajue yang belajar kat IQKL tu jadi Imam. Sejuk hati dengar Adlan baca ayat ayat suci Al Quran. Dulu Adlan ni susah nak bukak mulut. Tanya sepatah dijawabnya sepatah. Dia kurang bergaul, tapi sekarang, amat ketara perubahan dalam diri beliau. Alhamdullilah.

image

image

Orait, sampai sini dulu, next entry kita cakap pasal baju raya pulak kay. Hehe