Kuching Marathon

Marathon??

 

Wah wah  sekarang dah berjinak dengan Running pulak. Ni semua bermula dengan nak kurus jer. Nanti kita citer bagaimana Ajue bermula dengan running ni yer. Entry ni nak citer pasal Running kat Kuching jer.

Mulanya Ajue kan run delat area KL jer. Suatu hari tu tengok status facebook kawan Ajue Ayang Ati. Dia register FM (Full Marathon) kat Kuching bulan August. Kalau tak silap Ajue masa tu baru bulan March/April kut. So, dia yang naikkan semangat Ajue untuk sama sama run kat Kuching Marathon 2015. Yang best nyer, Ajue nak register untuk 5km jer sebab yer lah, Ajue kat beginner runner. Tak berani nak run jauh jauh lagi. Sekali dah kena up dengan Ayang Ati. dia kata rugi jer register mahal mahal, tempat jauh tapi run 5km jer . Teet!! OKOK, terus buat 10km. Nervous gak la. Ini lah first event Ajue register untuk 10km. Tapi sebenarnya ada satu lagi event untuk 10km, iaitu Run for A Cause, Ajue lari untuk Dyslexia, untuk anak Ajue, Afiq. Nanti Ajue buat entry lain yer untuk Dyslexia ni.

OK, back tu Kuching Marathon pulak. Run dah register, pastu balik dari Bandung, Ajue concentrate hotel pulak. Lama jugak nak pilih hotel mana. Fikir transport lagi, bilangan ahli keluarga yang ramai lagi, jarak dari hotel ke tempat event lagi. Since Ajue pernah pergi Kuching dulu dengan business partner Ajue, so tahu la sikit sikit kat mana event tu nak diadakan. Punyalah berkira kira, so book kat event tu jugak, hotel Merdeka Suites and Palace. Nanti anak anak tak perlu nak turun semua jam 4 pagi. Semua boleh tengok dari tingkap hotel jer. Ajue purposely ambik 3 bedroom apartment sebab nak stay 3 hari kat Kuching. Confortable sikit, lagipon bila di kira balik jauh lagi jimat daripada Ajue ambik hotel 3 bilik. Perfect!

Asalnya Ajue satu family jer nak pergi, tapi lepas adik ipar Ajue fly ke Dubai, mak mentua tinggal sorang pulak. So, Ajue ambil kesempatan ni bawak beliau jalan jalan Kuching sekali. Kami naik Malindo, sama flite dengan ayang Ati. OK lah, not bad Malindo ni. Dulu masa pergi Bandung dengan Ecah, pon naik Malindo, tapi takde pulak jual jual makanan atas flite macam AA. Kali ni ada. Since kami punya flite jam 7 pagi, so, breakfast kami beli masa flite tu. OK lah, makanan dia best a jugak.

Sampai Kuching terus pergi letak baggage semua kat hotel, pastu jalan kaki pergi Plaza Merdeka untuk ambik Race Kit. Oh ya, Ajue sempat register Adlan untuk 5km jugak. Last minit dia nak join lari. OK lah kan, sorang sorang Ajue tarik untuk sihat. Kami lunch kat Plaza Merdeka jugak, makan nasi ayam . Jumpa 2 3 orang runners jugak hari tu. Pastu balik Merdeka Suites untuk check in dan rehat.

Malam tu Ayah dengan Ecah jer keluar cari food nak dinner. Jumpa Mi Kolok yang sedapppp tu. Yummieh!! beli sekali stok untuk makan makan sepanjang stay kat sana. Yer la,bawak budak budak kecik ni kena pikir pasal makan, nanti diorag lapar mula lah semua haru. So, stok untuk breakfast, air minerals dan junk food settle!

Malam tu tido awal sebab esok lepas subuh nak run. Kat Kuching Subuh awal. Tapi sebab apartment 2 minit jer jalan kaki nak ke tempat larian, so, sempat lah solat dulu. Ayah hantar Ajue jer dulu sebab acara 10km start awal. Lepas selfie welfie, Ayah balik untuk bawak Adlan pulak.  5km start jam 7.00 pagi kalau tak silap. Adan lari laju jugak, tak sampai 45 minit pon dia dah sampai, syabas Adlan!!

Masa lari kat Kuching ni, lepas 6km cam tu, Ajue dah start sesak nafas. Tangan dua dua kebas, pegang arm bank pon boleh terjatuh. Rasa cucuk2 kat semua jari tangan. Panik gak. So Ajue jalan jer bagi cool down sikit, sebab teliga dan tengkuk rasa panas semacam jer. Pastu cuba lari, tapi tak boleh, still sesak nafas tu ada. Penyudahnya jalan laju jer sampai FL lagi 4km. Jauh jugak kan, sebab tu lah timing Ajue lari. Bajet nak beat yang run lepas, tapi tak berjaya.

Habis event, rehat kejap. Pastu baru kami keluar jalan jalan kat Waterfront. Sempat cari kek lapis Sarawak lagi. Tempat nak pergi tu kena naik bot yang tak pakai life jacket. Haaaa hambik. Semua kecut perut lebih lagi masa tangan kat tepi cecah air sungai.. ngeeee ngeriiii. Siap pesan kat Apiq jangan sebut benda tu, kang tiba tiba muncul pulak. Cakap kat dia Bujang Senang tengah tido. Jangan bising, nanti dia terjaga. Hehe dia percaya.

Sebelah Mira Kek Lapis ada jugak orang jual ikan terubuk masin. Haaa hambik, mak mentua borong sekampung haha. Ajue just beli sikit jer, bagi kat sedara mara terdekat. Sedappp ikan terubuk tu. Owner tu cakap kalau nak kurier pon boleh, tapi at least 30 ekor la. Not bad kan!

Malam tu kami try seafood pulak. Nasib kami agak kurang baik sikit sebab dapat kedai yang kureng sket la. Sebelum masa jumpa Erman, beliau dah bagitau kedai yang paling sedap. Tapi malam tu terlalu ramai orang sampai semua meja full. Oklah, daripada tak merasa langsung kan. Yang bestnyer masa naik taxi. Sumbat semua dalam satu taxi!. Pemandu tu cakap sini takper, jangan buat kat KL… cuba teka berapa orang?? Hehe, dah la semua baru lepas makan, perut masih kembang.. semua kena riba sorang satu. Alhamdullilah selamat sampai apartment.

Esok pagi just leisure2 jer sebelum flite balik kol 9 pagi. Again, kami breakfast atas flite jer. Sampai KL terus ambik kereta kat Putrajaya balik rumah sebab Ayah ada meeting petang tu jam 3. Overal, kami semua happy even penat dan rushing jugak la sana sini kejar flite kat KLIA2 tu. Seronok tengok anak anak happy sebab dah lama rasanya kami tak bercuti. Should repeat kannn?? Sambil lari sambil jalan jalan, yeszaaaa!

IMG-20150815-WA0009

IMG-20150815-WA0008

IMG-20150815-WA0010

IMG-20150815-WA0011

IMG-20150815-WA0020

IMG-20150815-WA0021

IMG-20150815-WA0022

IMG-20150815-WA0023

IMG-20150816-WA0001

IMG-20150816-WA0004

IMG-20150816-WA0025IMG-20150816-WA0026

IMG-20150816-WA0038

IMG-20150816-WA0093

IMG-20150816-WA0094

IMG-20150816-WA0100

IMG-20150816-WA0109

IMG-20150816-WA0121

IMG-20150816-WA0133

IMG-20150816-WA0135

IMG-20150816-WA0145

IMG-20150816-WA0147

IMG-20150816-WA0148

IMG-20150816-WA0157

IMG-20150816-WA0181

IMG-20150816-WA0182

IMG-20150816-WA0202

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *