Doa untuk Ibu Bapa

Assalamualaikum,

Baru baru ni seluruh kawasan Taman Permin Jaya dilanda ribut puting beliung yang merosakkan beberapa rumah. Tak terkecuali rumah mak Ajue pon turut terkena tempias laluan beliung tersebut. Tapi Alhamdullilah tiada kerosakan besar cuma bubung tercabut, awning runtuh serta kebocoran pada atas siling bilik tidur ruang atas.

Masa tu kami anak beranak tengah ber wasap, tiba tiba mak Ajue tak resply mesej kami anak anak. Heran jugak lah, tapi tak fikir apa apa pon masa tu. Pastu mak call cakap ribut sampai rumah blackout.. . okay… pastu mak ketakutan cakap atap runtuh dan tangi air melayang depan rumah. Astagfirullah, itu sudah teruk. Berdebar2 kami adik beradik, dah la masa tu mak puasa. Tinggal sorang pulak tu.

Terus Ajue call kakak Ajue kat sana mintak tolong tengokkan mak. Dipendekkan citer, satu deret tu kena. Selang dua rumah lagi teruk sebab tiang elektrik tumbang timpa rumah dia. Ada pokok besar kat depan rumah pon turut tumbang terkena sikit belakang kereta mak Ajue.

Alhamdullilah lepas dah roger sedara mara di sana, semua pakcik dan makcik bergegas ke rumah mak tengok keadaan berlaku. Adik Ajue masa tu kebetulan berada di kuantan, terus berkejar balik jenguk mak. Malam tu adik dan mak tido bergelap sementara menunggu TNB datang betulkan apa apa yang patut. Terima kasih semua sedara mara, kawan Ajue Kak Baei dan Bamerang datang jenguk. Tak lupa juga jiran jiran yang ramai membantu mak kemas rumah lepas air hujan mencurah masuk.

Esok nya pula kami adik beradik dikejutkan pula dengan berita ayah kami terlantar di Hospital Kuantan. Pagi tu Ajue dan kakak bertolak ke sana untuk melawat ayah. Kakak dari Terengganu juga turun ke Kuantan, abang ipar Ajue dari Johor juga kesana. Jumpa kat Hospital Kuantan uruskan apa yang patut, transfer ayah masuk bilik single, dan sebagainya. Lepas tu kakak ajak cari puding raja pulak. Masa nak balik kami ramai ramai singgah rumah adik adik kami di kuantan makan tengahari.. alkisah ikan krisi kejadian tak dapat dilupakan.. haha 3 beradik berebut ikan .. ngeeee.

IMG-20150914-WA0037

IMG-20150914-WA0039

IMG-20150914-WA0040

IMG-20150914-WA0046

IMG-20150914-WA0056

IMG-20150916-WA0002

IMG-20150916-WA0028

IMG-20150916-WA0039

 

So, to all my friends out there, marilah kita mendoakan kepada kedua ibu bapa kita sementara mereka masih hidup… InsyaAllah.

12036579_10154152522482506_737170123580929306_n

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *