Manila Day One

Assalam semuaa…ni nak citer pasal keje Ajue pulak. Company Ajue ni majority client dia kat APAC. So masa mula mula Ajue masuk boss dah bagi hint kena buat projek Manila. So dah lebih sebulan la jugak buat preparation projek ni kat ofis dah kena pergi onsite.
Ajue takut dan nervous sebenarnya sebab dah lama tu tinggalkan keje2 macam ni. Hopefully Ajue dapat buat yang terbaik dan tak menjatuhkan nama baik company kan. Kadang kadang kita tak tahu pon apa kita buat tu sebenarnya tak boleh buat. Dan kadang kadang takde saper pon cakap tak boleh buat tu tak boleh buat ni. Mana nak tahu, betul tak.
Memang Ajue dulu pernah keje kat company ni tapi kalau nak kata Ajue ingat semua apa yang buat dulu tak de lah sangat.
Tapi disebabkan kita pernah keje sini orang ingat kita tahu semua benda.
Tapi. Takper, itu merupakan cabaran bagi Ajue dan Ajue take it positively. Nak berjaya bukan senang, mestilah melalui cabaran dulu barulah kita belajar dari kesilapan dan rintangan. Betul tak.
So. Buat apa kat Manila ni yer? Sorry Ajue tak boleh citer pasal keje… rasanya PnC kan.
Just nak share something. Ajue sebenarnya dah lama tak pakai kredit kad. Rasanya since 2009 lagi kut. Semua Ajue belanja pakai cash. Ada duit boleh spend. Kalau takde duduk diam diam.
So trip kali ni opis bagi tix flite jer. Stay hotel kena pakai corporate card. Ajue tak tahu pon nak kena apply. Sooooo i’m deep trouble sangat2.
Nasib baik ada Product Manager datang sini meeting. So apa yang boleh Ajue buat. Bayar security deposit cash untuk satu malam pastu Manager tu akan guna Card dia utk settlekan bil Ajue. Malu la jugak habis kecoh kat opis pasal ni. Tapi bukan salah Ajue kan kan kan. (Tet!!) Dah memang tak pernah pakai pon since 2009.
Nak bayar semua 11 malam mau fingsannn. Satu malam sini dah RM500. Gaji mana dapat lagi. Ni nak datang sini pon pinjam duit adik beradik Ajue. Nanti dah dapat gaji dan claim Ajue transfer balik kay.
So. Sampai tadi kat Terminal 1. Hotel ni ada service tapi kena pergi Terminal 3. Ada bus shuttle free nak ke T3. Giler adventure dia bawak. Sempat gak ambik gambar tu. Hehe
Service ni kena bayar rupanya, PHP550 lebih kurang dalam RM43 la. Tapi kat sini semua benda ada tips. Diorang siap.mintak lagi. Tapi bila dipikirkan balik apalah sangat PHP20 tu. Lebih kurang tak sampai RM2 jer kut. Ajue just bagi jer. lagipon diorang tolong kita angkat beg yang berat ni kan.
Dapat bilik dalam kol 4 petang. Terus bukak beg cari beras masak nasi. Sementara tu boleh unpack baju dan solat jamak zohor asar. Oh ya kat sini awal jugak masuk waktu.
Pastu bukak Brahim.. yummiehhh sedappp. #qudutabrahim hehe. Sini susah nak cari halal food. Sebab tu bawak makanan sendiri dari rumah.
Ajue terlupa nak bawak mineral water. Kat bilik ada 2 botol kecik jer. Hmm nak kena cari esok lah. Malam ni malas pulak nak keluar. Sebab nak prepare untuk esok.
Oh Ya. Ajue beli sim card Smart tadi kat epot. Unlimited data untuk 1 week. Mana boleh hidup tanpa internet… kat bilik free wifi tapi untuk satu device jer. So. Reserve untuk laptop lah.
Ajue update blog ni pakai tab note8.
Sekarang dah siap iron semua baju… yeahhh semangat tu nak gi opis esok hehe.
Ajue bawak iron travel Ajue sebab kadang kadang hotel ni nak kena call mitak iron. Tapi hotel ni dia bagi siap siap. So. Ok lah kan.
Orait. Nak study sikit untuk esok punya agenda.
Wish me luck!!!!

 

20150119_15121020150119_14434920150119_144344

wpid-20150119_172030.jpgwpid-20150119_195315.jpgwpid-20150119_151735.jpgwpid-20150119_151753.jpgwpid-20150119_151930.jpgwpid-20150119_152128.jpgwpid-20150119_153537.jpgwpid-20150119_163344.jpgwpid-20150119_155705.jpg

 

 

wpid-20150119_172009.jpg9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *