Life is like roller coaster

Yes, roller coaster. Sebab dia ada naik dan ada turun. Tapi jarang jumpa roller coaster turun menjunam dah pecah. So begitu juga dengan kehidupan kita. Ada kalanya kita diuji dengan ujian yang amat berat dan tak termampu untuk kita menghadapinya. Tapi Allah hulurkan bantuan melalui orang lain, sahabat kita, family kita, tak kira sesiapa pon atau dalam bentuk apa bantuan sekali pon.

Ajue boleh ibaratkan hidup Ajue nasib Ajue lebih kurang sama jer dengan mangsa banjir di Pantai Timur. Walaupon musibah berlainan tapi kesannya sama. Rumah ada tapi tak boleh nak tinggal situ. Barang barang harta benda banyak yang ‘hilang’ Alhamdullilah harta paling berharga iaitu 4 cahayamata masih ada sebagai penguat semangat Ajue untuk masih meneruskan kehidupan sehingga kini. Syukur Ya Allah..

Dalam masa kita kesusahan, Alhamdullilah ada hamba Allah yang datang membantu… Ajue banyak berterima kasih kepada semua yang membantu Ajue baik dari segi kewangan mahupon apa saja, doa kalian amat dimakbulkan… teruamanya doa anak anak dan ibu bapa.. Terharu sangat sangat bila kawan sejak sekolah rendah, tampil menghulurkan bantuan, begitu juga dengan kawan baik Ajue masa UUM. Beliau berkata, dulu masa dia susah Ajue bantu, now turn Ajue apalah gunanya sahabat kalau tak dapat tolong. Thank you sangat2. sorry tak dapat mention kat sini atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan.

Begitu juga dengan adik beradik, SIL dan MIL yang sudi tumpangkan Ajue sebulan kat rumah dia. Anak anak Ajue mak Ajue kat kampung jagakan dengan bantuan adik adik lelaki ajue.. thank you sangat sangat… tak tahu camaner nak balas jasa semua. Ajue doakan yang terbaik dalam hdup kalian, semoga dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki selalu.

20150101_000621

 

 

 

20141231_230916

 

Alhamdullilah jugak, hasrat Ajue nak bawak balik anak anak ke KL dan masuk rumah sewa tercapai. Kalau tak kerana insan insan yang telah menolong Ajue tak mungkin dapat Ajue bawak anak anak Ajue balik KL. Terima kasih jugak dengan pakcik dan makcik Ajue yang sentiasa bersama dengan Ajue dalam ajue susah dan senang. Terima kasih kerana memahami hati Ajue… tiba tiba rasa nak nangis pulak…

Ni masa tahun baru hari tu. Ajue pindah sini 31 DEC 2014. Hanya Adlan jer yang ada sebab adik adik lain tak dapat ambik lagi , jalan semua tutup sebab banjir. Sebab tu adik Ajue tak dapat hantar dengan kereta masa nak masuk rumah hari tu. Thanks Ujie dan keluarga kerana sudi solat hajat dan baca Yasin malam tu. Untung ada imam muda huffaz Muhammad Adlan yang mengetuai solat hajat…

20141222_234918

 

Okay, ni notebook opis bagi Ajue. dah lama giler tak pegang Windows. Kat rumah ada iMAC yang beli dengan sepupu Ajue dulu. dapat laptop ni terkial kial nak cari apps, eh windows application.. hehe. So, dapat laptop bukan untuk main game yer Ajue. Laptop ni lah Ajue cari makan, rezeki untuk anak anak. Semoga diberkati serta dirahmati. Orang kata, rezeki yang sikit kalau berkat seolah olah tak habis biarkan pon dah banyak dibelanjakan, in sya Allah…Ajue akan pastikan itu semua. Dah lama tak keje, 3 tahun kut. Thanks to Wilfred , boss lama Ajue kat FIS dulu yang make sure Ajue on board. I wont let u down, boss. I will try my best for FIS!

20150106_200147

 

Bila anak anak dah balik KL, terus Ajue gi cari barang barang keperluan sekolah masing masing. Nasib baik baju sekolah Aisyah masih ada saiz. Sebab dulu Ajue pernah terkena, beli last minit banyak dah habis saiz. Cuma tudung #cekemek ni yang susah nak cari. Cekemek ni memilih sikit. tak kena tudung dia 2 jam la depan cermin betulkan tudung sekolah. dah siap siap pesan kat dia, Ecah kena bangun kol 5 pagi bajet pakai tudung 2 jam kan!!! kekkekkeke.. nak tahu tak, dia ikut tu! dah 3 hari bangun kol 5 pagi sebab dia paling lambat bersiap.. haiiiii nasiblaaa sapa jadi laki dia nanti . Oh ya gambar kat atas ni masa makan kat Food Republic One Utama. Maklumlah rumah 5 minit jer dari OU kan. lepas beli baju skolah cekemek, kitaorang try makan sini. Anak anak semua suka, bibik pon suka, Atiennn neskaper satu!!

Yang bestnya dia masak depan kita, syok pulak budak budak tu tengok. Atien siap belajar nak asak taugeh dia. Good job!! Licin kami makan malam tu. Burrrp kenyang!

20150103_202616

 

Tahun ni semua kena belajar siapkan barang sekolah sendiri. Semua exited nak sekolah baru, nak jumpa kawan baru. Oh ya, ada yang bertanya kenapa tak duduk jer kat Shah Alam. Okay, cam ni. Ajue keje kat Damansara Heights, Shahril kat Mont Kiara (manja, dekat dengan rumah manja…). Ajue test minyak kete dari Shah Alam ke tempat keje dalam rm700 sebulan tak campur toll. Tu ok lagi, yang paling tak ok ialah masa. Ajue akan keluar awal pagi dan balik lepas magrib sebab nak elak jemmed kat NKVE. so, bayangkan selama 5 tahun at least kena hadapi semua ni. Tu yang Ajue tak sanggup. biarlah sewa mahal sikit kat Taman Tun tapi janji Ajue ada banyak masa dan boleh balik rumah awal.

Fuhhh dah banyak update nih, oh ya, nak bagitau keje Ajue ni ada jugak nak kena travel. Nanti next entry kita citer pasal keje pulak kay.

 

Life is like a Roller Coaster. It has ups and down. Its up to you to scream or to enjoy the ride!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *