Meniscus Tear

On my left knee

Ajue jatuh tangga dah bertahun, rasanya dah lebih setahun lah. Tapi masa tu tak pergi check pon. Urut jer letak ais pastu dah ok. Tapi lately, dengan pertambahan berat badan yang tak reti nak turun ni haa, kerap pulak sakitnya. Pantang tersalah twist sikit mesti bengkak dan sakit.

Kalau dah duduk lama, kaki terlipat, alamatnya susah la nak straight kan balik. Siap bunyi lagi masa nak straight kan.

Nak jadikan citer, hari Sabtu terseliuh lagi. Susah gak lah nak betulkan balik. Nak nangis pon ada. Macam tak leh jadi jer ni. Tapi sebab weekend ni Ajue dah full aktiviti nak gi klinik tertangguh lagi.

Pastu Ahad pulak ada konvo anak buah dekat UIA. Masa nak balik tu, sebab dah lambat kan. Ajue nak kejar kenduri pulak dekat Kajang, ter gelelincir tangga pulakkk. Mak aiiii rasanya macam nak pitam. Ambik masa jugak lah nal straight kan kaki ni balik. Shahril bukan nak tengok pon, dia jalan laju jer tinggal kita kat belakang. Terhencot hencot la nenek tua ni nal jalan. Dah la perut dah masuk angin kelaparan. Stresss makkk.

Malam tu dah tak tahan sangat, pergi klinik mintak referral letter nak pergi speaciallist.

So esoknya dah book appointment siap siap dengan Dr Zubair. Dr ni kawan baik cousin Ajue. Dia kenal sangat lah dengan family cousin Ajue nih.

So, lepas menunggu 3 jam untuk clear GL, dr Zubair cakap kena MRI. Memandangkan dr bercuti sampai 8 Dec. Jadinya appointment MRI ajue pada 12 December.

Tapi sementara tu Ajue kena buat physio dulu dua kali start next week.

Balik rumah, lapar yang amat. Bayangkan dari semalam perut tak betul dah masuk angin. Hari ni kena lagi. Terus Ajue muntah balik apa apa yg makan. Flatt terus. Dapat makan nasi kosong jer…

Apa apa pon Alhamdullilah, ada insurans office yang cover semua cost. Tak perlu keluar satu sen pon. Tqtqtq FIS..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *