FIS Year End Lunch and Clay Activity

Lunch at SOU Omakase Japanese food and Clay Expression activity at Subang Jaya

This is last company lunch and activity untuk 2019. Terasa kejeap jer masa berlalu meninggalkan kita… Macam baru jer company lunch dekat Ru By Ruki dan main tembak tembak dekat MidValley. Hari ni dah event untuk tahun ni pulak.

As usual, lunch bermula 11.30 pagi. So, hari ni Ajue on kerja awal sikit sebab taknak bawak laptop pergi lunch. Settle reply email client, Ajue pecut ke The Gardens. MasyaAllah, cantiknya deco XMas dia… Dekat MidValley tak sangat, tapi Gardens.. ya rabbiii. terasa macam dekat oversea jer.

Ajue memang suka dengan xmas deco. Dulu masa kerja dekat KLCC, memang setiap hujung tahun akan tunggu deco dia. Pastu keja kat Chulan Tower, sanggup jalan kaki pergi Pavilion nak tengok. Sekarang balik HQ dekat MidValley. Alhamdullilah berpeluang tengok hari hari. Kawan Ajue cakap dengan Pyramid lagi cantik.. mesti pergi nih!!

Lunch kali ni, office set dekat Japanese restaurant. Dia by course. Mula mula tu Goose Liver. OKlah not bad. Lepas tu apa nama benda ntah Ajue tak ingat. Ajue order Beef untuk main course. Yang ni dia datang dengan flame lagi. So boleh masak sendiri nak macam mana. Og Coz, lah Ajue akan tunggu sampai api padam. Sebab Ajue suka well-done punya. Teringat pulak dekat Yakiniku Panga kat Jepun dulu. Bestnyerrrr.

Dessert dia lagi best. Ada sati dish tu, macam taufu, tapi ada rasa coffee latte. Haaa gethu!! Saper tahu apa nama dia ek? Ajue lupa, tadi ofismate Ajue dah bagitau. Maklumlah, kita ni bukan reti makan benda benda mahal macam ni. Tunggu company belanjer jer.. sedih kan.. hehe

Tengah makan, ada lucky draw. Ajue dapat cabutan giliran ke 4. Bismillah… Alhamdullilah Ajue dapat Air Purifier. Grand Prize dapat Dyson Air Purifier. Wahhh hebakk ahhhh.

Lepas habus lunch, naik office jap ambik door gift. Note book dan Card wallet. Thank you FIS!!!

Ok, next move to our activity. Kalau last time, kita main dengan pewter, kali ni kita main clay pulak. Tempat ni terletak di Subang Permai. So, semua orang as usual kena buat product sendiri. Ikut suka lah nak buat apa. Contoh yang dah orang buat ada dia display dekat rak tepi tu. Cantik jugakkk dan kreatif. Umur 5 tahun pon ada yang dah cuba buat.

Sebelum mula, kami di beri penerangan dulu cara nak buat dari mula hingga akhirnya. Oooo, rupanya, lepas buat, kami kena tinggalkan dekat tempat tu. Untuk proses selanjutnya isitu, kena bakar, touch up dengan cat dan shining. Lebih kurang 3 minggu jugak lah, jadinya end result kami akan dapat sebelum xmas nanti. Ishh tak sabar ni.

Ajue buat oil burner. Tapi staff situ cakap, takut terbakar clay kalau api lilin besar, So, Ajue punya boleh jadi macam tempat hidang sambal belacan?!

Nanti kita lihat hasilnya… 😉

So settle semua before 5pm, boleh balik terus. Since Ajue dekat jer Shah Alam, boleh lalu jalan belakang jer. Alhamdullilah sampai rumah sebelum hujan lebat.

Thank you FIS, suka sangat dengan company ni, selalu pikir pasal staff dia kan. Harapnya Ajue kekal lah dekat company ni sampai Ajue pencen… ammiinnn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *