Intec Open Day

SPM dah tamat, Dah pon tahu keputusan untuk Adlan. Now, masa untuk mencari nak apply mana satu. Sebenarnya, Adlan dah ada offer dah, dari University Of Glasgow. Tapi kami tak dapat bantuan dari mana mana pihak mahupon kerajaan. Jadi kami reserve offer tu, hold selagi boleh.

Terlihat iklan Intec Open Day, atau dengan nama lain, Selangkah ke UiTM. Intec ada bukak booth jugak masa event ni. Untuk yang baru dengar Intec ialah dulu PPP/ITM. Pusat Persediaan Pelajar ke Luar Negara. Adlan memang minat sangat untuk further study ke luar negara. Dan bidang yang dia minat ialah Matematik. Susah jugak sebenarnya nak cari course yang sesuai untuk dia.

Akhirnya lepas buat analisa dan info yang kami kumpul, Adlan nak buat Acturial Science.

Jadi kami terus ke booth Intec, isi application form dan submit semua sijil dan anugerah yang Adlan dapat. Segala keputusan kami redha saja. Actually Adlan jugak mintak UiTM diploma Actuarial Science. Jadi kita sama sama tunggu yer, keputusannya nanti.

20170325_121001

20170325_121700

20170325_140956

IMG-20170325-WA0005

IMG-20170325-WA0011

IMG-20170325-WA0019

IMG-20170325-WA0020

IMG-20170325-WA0021

IMG-20170325-WA0022

IMG-20170325-WA0024

IMG-20170325-WA0026

IMG-20170325-WA0027

20170325_113727

 

Kat sini terjumpa ramai jugak kawan kawan yang dari IQKL dan SK24 dulu. Masing masing semua datang untuk mencari info serta mendengar penerangan tentang kursus yang ditawarkan oleh pihak UiTM. Kami juga sempat ke booth UiTM untuk Actuarial Science. Menurut pensyarah tu, the best place untuk kursus ni ialah di UK. Sebabnya, once pelajar grad, dia dah ada certified Actuary. Kalau graduate dari aussie, certain Uni saja ada bundle sekali certification ni. Kalau UiTM, 3 dari 8 paper saja akan di masukkan ke dalam sillabus. Klaau nak certified, kena ambil sendiri. And, kalau graduate dari US pulak dia bukan ikut sillabus UK, tapi graduate dari US ada cara tersendiri untuk menjadi seorang certified actuary.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *