Gergasi25

KRU!

Siapa yang tak kenal kumpulan ni kan? Dah 25 tahun dalam industri muzik kita. Masa diorang mula mula keluarkan lagu, masa tu Ajue kat UUM. Tengah layan 4U2C Fiona. Dari album pertama sampai yang terakhir, Ajue suka semua lagu lagu KRU. Ajue membesar dengan lagu diorang. Lagu cinta, lagu family, lagu inspirasi semua nya lah.

Masa dapat berita KRU nak buat konsert, Ajue terus beli tiket. Pakat dengan bff Ajue, Iena. Iena pon fan KRU sama sama kat UUM dulu. Kami ambik Grand Cirle seba nak tengok clear dari atas.

Masa dapat tiket tu, Ajue terkejut gak la sebab nombor tiket 2500001, apakah?? Orang pertama ek??? Yeszaaa!!! ini baru betul betul hard core punya fan.

Konsert ni 3 hari. 4,5 dan 6 May2018. Bertempat di Istana Budaya. Masa tu belum tahu lagi yang KRU akan dibubarkan. Yerlah, dah 25 yahun menghiburkan peminat, dah tiba masa diorang fokus pada family kan. Ajue sangat kagum dengan KRU, sebab dalam mengejar cita cita, walaupon dah berjaya dan kaya raya, tapi kedua orang tua diorag tak pernah dilupakan. Dan, kemana saja diorang pergi , mesti disupport oleh parents diorang. Tahniah Uncle Halim dan Aunty Zarina kerana didikan yang tersangat hebat KRU.

Ajue dan Iena plan nak tengok yang hari kedua, iaitu 5 May jam 8 malam. Kami turun seawal 4 petang lagi. Sebab nak cepat cepat beli merchandise KRU. Kami dapat T-Shirt dan Album KRU. Oh ya buku program pon kami beli. Dah settle makan, baru teringat yang tiket kami memang dah dapat FREE album!! LOL. So, ada 2 lah album tu kekeke.

Tiket kami juga boleh meet n great lepas konsert. Best kannnnn!!!

Dan yang lagi best ialah seat kami! yeszzaaaa seat Ajue betul betul sebelah uncle Halim, ayahanda KRU sendiri. Suratan atau Kebetulan???

Lepas berakhir konsert 3 malam KRU, dengan officialnya kumpulan KRU dibubarkan. Khabarnya Edry akan berangkat ke Europe (migrate sana) kerana ingin menumpukan kepada anak bongsu beliau yang Autism. Pendidikan di sana jauh lebih baik berbanding dengan Malaysia. Yup, sebagai parents, pengorbanan untuk anak anak tiada tolok bandingnya. Setakat ni, adik ipar Ajue pon migrate ke Dubai demi pendidikan anak anak mereka. Semoga Allah memberkati serta melancarkan sega urusan Edry sekeluarga, aamiin.

KRU25 BOOKING CONFIRMATION KRU25000001

IMG-20180505-WA0059

IMG-20180505-WA0063

IMG-20180505-WA0066

IMG-20180505-WA0068

IMG-20180505-WA0069

IMG-20180505-WA0069

IMG-20180505-WA0075

IMG-20180505-WA0076

IMG-20180505-WA0082

IMG-20180505-WA0083

IMG-20180505-WA0086

20180505_164557

IMG-20180505-WA0091

20180505_165118

20180505_165248

20180505_170245

20180505_170304

20180505_171234

20180505_191133

20180506_011424

20180505_225050

20180505_214042

20180505_205152

20180505_200829

 

Ajue siap berpesan kepada anak anak, dalam mengejar cita cita dan impian , solat jangan tinggal. Bak kata KRU, dua benda mummy diorang pesan. Solat dan No pompuan. So, Adlan, contohilah KRU, jadikan inspirasi. Sewal umur 20 an dah serius dalam career. Tiba masa 40 an nanti, dan boleh bersenang senang, keluarga pulak jadi tumpuan. Ajue harap dapat mendidik anak anak sebaik mungkin supaya tak hanyut mengejar dunia semata mata, mestilah seimbang. Life-Work Balance!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *