Sabtu lepas telah berlangsung acara Road Run peringkat sekolah SK24. Kalau dulu orang panggil Merentas Desa tapi sebab sekolah sekarang mana ada dalam desa lagi dah, majoriti semua kat bandar so tukar nama jadi Road Run.
Acara dimulakan dengan panaskan badan dengan Senamrobik untuk semua pelajar dan guru. Kemudian pelajar pelajar dilepaskan mengikut tahun masing masing lelaki dan perempuan secara berasingan.
Ajue dijemput untuk acara pelepasan pelajar pelajar dalam beberapa kategori. 🙂
Hadiah pulak merupakan piala untuk 10 terbaik setiap kategori serta wakil rumah sukan yang paling banyak menerima hadiah wang tunai untuk rumah masing masing.
Ajue serta AJK PIBG yang lain pon turut diberi penghargaan masa penyampaian hadiah. Ni first time bagi Ajue. terharu jugak rasa hehe.
Tahniah kepada semua pemenang masa Road Run dan juga kredit kepada anak Ajue ni si Aisyah yang jadi tukang tangkap gambar sepanjang acara berlangsung. Tapi tak semua gambar boleh masuk kat dalam blog ni.
Semua gambar Ajue dah upload kat facebook. Kalau nak tengok sila lah ke facebook Ajue,
Ini link dia, kay.











