Tahun 6 Konvo dan HAC SKTTDI2

Anis konvo Tahun 6 serta Hari Anugerah Cemerlang SKTTDI2

Entry sebelum ni, Ecah konvo kali ni turn Anis pulak. Haah, Tahun 6 punya konvo. Masa zaman Adlan dan Ecah dulu, SK24 belum buat lagi majlis seumpama ini. Ada jamuan akhir tahun dan majlis penyampaian hadiah jer. So,kali ni first time Ajue nak merasa konvo anak habis sekolah rendah. Tahun depan apakah ada rezeki Afiq pulak konvo? Sama samalah kita nantikan yer. Sebabnya, hujung tahun 2018, kami akan berpindah balik ke Shah Alam. Rumah dah siap renovate. Ajue belum cari lagi sekolah untuk Afiq. Eh japp… Adlan nanti fly US, Ecah fly Korea, Anis kalau ada rezeki masuk boarding school. Dah tu, Ajue berdua jer dengan Afiq kat rumah??? mak aiiii , apa hal pi reno rumah bilik sorang satu.. penyudahnya tinggal berdua jer! 🙁

So, berbalik pada entry kali ni, Alhamdullilah Anis pon dapat anugerah, iaitu pelajar Nilam. Anugerah ni diberikan kepada pelajar yang paling banyak baca buku dalam tahun ni. Tahniah my princess!!

Semasa hari konvo ni jugak Anis terpilih antara 5 pelajar yang akan berucap di hadapan dalam 5 bahasa. Melayu, Inggeris, Cina, Tamil dan Arab. Haaa jangan tak tahu, Anis fasih berbahasa Tamil tau!!. Dia berucap langsung tak tengok skrip. Cayalahhhhh Thats my girl! Video ada, tapi Ajue tak reti nak upload kat blog ni. just upload dekat IG dan FB jer.

Majlis disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Asrul. Teringat masa Ajue jadi YDP 2 tahun di SK24 dulu. Paling pening nak kena sediakan teks ucapan. Yer la, Ajue bukan nya reti nak spontan. Tak macam GB. Selamber jer public speaking. Ajue siap kena hafal dan praktis depan cermin lagi, haha

Oh ya, Afiq pon dapat sijil jugak. Team kalam syaabi yang berjaya menjadi Johan dalam beberapa pertandingan di sekitar KL. Syabasss anak anak ibu!

Korean Preparatory Course Convocation

Intec Convocation for Ecah

Alhamdullilah, setelah 2 semester di Intec, akhirnya tiba masa untuk majlis konvo Ecah. Korean Language ni ada 6 level. TOPIK 1 ada Level I dan Level 2. Manakala TOPIK II ada Level 3 sampai 6. Semasa di Intec, Ecah berjaya menamatkan TOPIK I iaitu Level 2. Nanti bila further dekat Korea, Ecah dan students lain akan sambung TOPIK II pulak. Untuk qualify degree requirement, at least kena Level 3.

Kedua dua semester semasa di Intec Ecah berjaya mendapat 4.00 flat, Alhamdullilah. Memang dia minat sangat dengan Korea(n). Semoga cita cita dan impian nya tercapai suatu hari nanti. Rasa kejap jer kan, baru jer tulis entry pasal Ecah di Intec. Dah graduate dah cekemek nih. Abang Adlan yang masuk Intec awal setahun pon belum konvo lagi. hehe. Sebabnya, ADTP ni ambil masa 2 tahun di Malaysia, nanti sampai US boleh buat 2 atau 3 tahun saja.

Ajue ambik cuti hari ni untuk meraikan Ecah. Kebetulan pulak Anis ada ujian kemasukan ke SBP di Sekolah Seri Puteri Cuberjaya. Terpaksa mintak bantuan kakak Ajue untuk hantar Anis exam. Bila dah selesai majlis, baru Ajue ke sana untuk ambik Anis balik.

Abang Adlan pon kebetulan masa tu ada test, habis jer test, dalam hujan yang tersangat lebatnya, dia datang basah kuyup meraikan adik kesayangan nya.. terharu sungguh. Dah la susah nak parking. Lepas konvo, singgah kedai gambar pulak untuk abadikan kenangan dalam frame 😉

Ajue sangat terhutang budi dengan Pengarah Intec masa tu, Dr Hajjah Ruzela yang banyak membantu anak anak Ajue semasa di Intec. Ajue kenal Kak Zela masa anak anak kami satu sekolah rendah di SK24 dulu. Beliau sangat baik dan berbudi dan berhemah tinggi. Kagum Ajue dengan mereka sekeluarga.

Oh ya, Ecah dapat pakai selempang sebab dia graduate dengan CGPA 4.00. Harap Adlan pon sama jugak nanti bulan April 2019. InsyaAllah.

So, lepas dah habis course di Intec ni, masa untuk preparation fly ke Korea pulak. InsyaAllah awal Mac 2019 nanti.

Asia Pacific Masters Game

After 20 years, here goes my first Archery Tournament

Yup! Exactly. Last tournament archery masa final year dekat UUM. and it was my zaman kegemilangan in archery. Total 6 gold medals dapat. Masa tu stamina sangat kuat, bow armed, release semua tengah cun. Kalau sekarang suruh shoot 10m pon belum tentu Ajue lepas. haha

Actually tak tahu pon apa Masters ni. orang dok sembang dalam group memanah. So, Ajue pon gatal tangan pi google la. Macam best jer.. sebab participant datang mostly dari APAC, tapi ada jugak dari UK dan USA!. So, apa lagi, cabar diri sendiri, Ajue ter- Register la Masters nih, keje giler kan!

Weekend turun shoot dekat padang MSN Keramat. Tapi tak pernah lagi shoot 70meter. Nak jadikan citer, arrow tak sampaiiii!!! lol! Hasudahhhh. caner nak game nih, hentam saja lahhh labuu.

So, hari kejadian, tak sangka, team UUM dulu pon ada join gak. Tak lain tak bukan, Wak Adly. yeay!! ada genggg. Dia dan adik dia shoot sekali. Acai pon turun dari SP datang support kami.. wahhh besttt.. siap keluar makan ramai ramai lagi.

Game day, Alhamdullilah lepas QR. Ajue lawan dengan Singapore. Kalah. Lepas tu lawan dengan Malaysia jugak, menang. Dapatlah Silver medal!! Alhamdullilah. at least tak sia sia kan!!!

So, next APAC masters dekat Korea. Kalau ASIA punya dengan Kansai , Jepun. Agak agak nak buat keje giler lagi tak? Well, we’ll see!! 😉

Habis game, bawak medal pusing Penang posing la apa lagi.. hehe. Terjumpa dengan staff UUM dekat kompleks sukan dulu, ya Allah, dia masih ingat Ajue!!. Terharu..

Masa kat airport nak balik tu, Richerd datang jumpa, happy sangat. Sanggup datang nak jumpa Ajue wish congrats. Tqtqtqtq Cherd… love you lahhh. Siap bagi buah tangan lagi. Besttt jeruk Cherd bagi. habis kat Ajue jer haha.

Amyway, enjoy my Archery. Its really in me. So does my daughter, princess Anis 😉

Anis journey to KYS

This is Anis story, her journey to KYS, Melaka

Anis ada apply untuk ujian kemasukan ke KYS. Alhamdullilah Anis dipanggil untuk ujian tersebut. Masa taklimat ibu bapa, sangat terkesan dengan apa yang Pengetua KYS berucap. Betul, kita mungkin tak dapat sediakan semuanya untuk anak anak. Persekitaran sekolah, kemudahan, extra activities seperti swimming, orchestra, sports, debate, peluang menonjolkan bakat samada peringkat sekolah, negeri, negara mahupon luar negara.

Kalau masuk SBP atau MRSM, tak semua pelajar diberi peluang untuk wakil itu, wakil ini. Tapi di KYS, semua pelajar diberi peluang sama rata. Tak kira pelajar tajaan mahupon persendirian. Apatah lagi pelajar dari sekolah harian biasa. sesetengah sekolah kurang memberi peluang kepada pelajar pelajarnya, mungkin atas usaha parents sendiri untuk memastikan anak anak menerima pendidikan yang optimum.

Dari segi akademik pula, KYS telah terbukti sekolah terbaik SPM di Malaysia. Memang terbaik sekolah ni. Cuma, bila ditanya pasal yuran, Ajue rasa rata rata parents akan geleng kepala. Berbaloi kah???

Pendek kata, untuk lower form, setahun dalam RM36k ~ RM40k. Ini tak termasuk kalau ada wakil sekolah dalam sesuatu bidang yer. $$$$ lagi.. Bagi Ajue, kalau sudah tertulis rezeki Anis, insyaAllah ada lah untuknya. Allah pon kata, setiap anak ada rezeki masing masing. Lagipon, ini salah satu investment Ajue. Ada orang buat duit dengan saham, ada dengan business, ada dengan hartanah, ada dengan emas, ada dengan crypto currency. Tapi Ajue pilih education. Sebab apa? Nanti Ajue cerita dalam lain post ya. 😉

OK, untuk ujian kemasukan kali ni, Ajue bergerak malam jumaat. Tumpang tidur rumah cousin Ajue dekat Vista Kirana. Sebab jadual KYS bermula seawal 8 pagi. Thank you Datin Aniesa, sedap air tangan breakfastnya.. 😉

Semasa Anis tengah ujian, parents ada taklimat dan lawatan sekitar KYS untuk melihat kemudahan yang disediakan. Ada 2 swimmig pool. Satunya yang terpanjang diMalaysia iaitu 300 meter. Yang lagi satu, standard size, 50m. Katanya, setiap pelajar wajib habiskan 300m setiap form. Means, F1 300m, F2 600m, F3 900m, F4 1200m dan F5 1500m. Semua ni akan dinilai pada setiap hujung tahun. Pergghhh. Anis swimming pon tak lepas lagi!!

Ada Archery range jugak. Ni yang paling best. Sebab at least kalau Anis dapat masuk KYS, dia tak tertinggal archerynya. InsyaAllah. Tapi sports yang paling utama ialah Rugby dan Netball la.

OK, selesai ujian, Ajue berkesempatan pergi ke A Famosa Outlet. Nak cari bedding set untuk bilik Adlan sebenarnya. OK lah, murah jer, outlet kan.

Oh ya, KYS ni, ada 2 peringkat pemilihan. Setiap tahun, seramai 6000 pelajar yang akan mohon. Setelah ditapis, hanya 2000 sahaja akan dipanggil untuk ujian bertulis. Andaikata lulus, pelajar difilter lagi untuk ujian leadership dan skilss. Yang ni akan berkampung dalam KYS 3~5 hari, depends pada scholarship apa. Tak ramai untuk RBS ni, hanya 500 pelajar saja. Dan, akhirnya hanya 100 pelajar akan dipilih, 50 lelaki dan 50 perempuan, haaa tough kan!!

Ikutkan pengalaman anak anak, Adlan berjaya ke peringkat RBS ( 3hari camp) saja. Peringkat akhir sponsor Adlan tak offer, masa tu Adlan pergi bawah tajaan Axiata. Kalau nak masuk jugak kena self-funding. Dengan berat hati Ajue reject la. Mana nak cari RM10k deposit masa hari pendaftaran. Aisyah pulak tak terpanggil langsung untuk ujian kemasukan.

So this is turn Anis, and Alhamdullilah Anis berjaya untuk 500 pelajar RBS camp 4 hari. All the best!!

Masa ujian kemasukan, jumpa Zahra, pemanah Selangor. Tapi tak sure dia dapat RBS atau tak. Gambar last sekali tu, ialah ilham abang tersayang untuk adik dia. Rindu la tu. Siap decorate bilik Anis letak semua toys Anis, ada Welcome Notes lagi dia tampal dekat dinding. Rindulah tu!

Raya Haji 2018

Salam Aidil Adha

Kami bukan buat rumah terbuka… ianya sekadar hari raya. Memandangkan kami belum berpindah secara rasmi, jadi kami tempah makanan untuk di makan pada hari raya.

Kebetulan adik beradik kami ramai, belah Shahril terutamanya. Adik beradik ipar nak datang beraya sebelum adik ipar Ajue balik ke Dubai. Jadi nampak macam jamuan makan makan besar pulak.

Kebetulan juga mak Ajue nak beraya di Shah Alam rumah Ajue. Jadi makcik dan sepupu datang jugak untuk berjumpa dengan mak.

Maafkan segala kesalahfahaman sanak saudara lain. Bukan kami tak jemput, tapi hari pon nama hari Raya, tak perlu nak menjemput datanglah beraya. InsyaAllah rumah kami sentiasa terbuka.

IMG-20180822-WA0044IMG-20180822-WA0044

IMG-20180822-WA0043

IMG-20180822-WA0046

IMG-20180822-WA0048

IMG-20180822-WA0047

IMG-20180822-WA0033

IMG-20180822-WA0032

IMG-20180822-WA0034

IMG-20180824-WA0070

IMG-20180822-WA0072

IMG-20180822-WA0071

IMG-20180822-WA0038

IMG-20180822-WA0073

IMG-20180822-WA0074

IMG-20180824-WA0076

IMG-20180822-WA0076

IMG-20180822-WA0029

IMG-20180822-WA0066

IMG-20180822-WA0021

IMG-20180822-WA0024

IMG-20180822-WA0059

IMG-20180822-WA0064

IMG-20180822-WA0063

IMG-20180822-WA0055

IMG-20180822-WA0011

 

IMG-20180822-WA0056

IMG-20180822-WA0013

IMG-20180822-WA0057

IMG-20180822-WA0012

IMG-20180822-WA0014

 

Majlis Takbir Raya Aidil Adha Ayusutra

Alhamdullilah setelah 4 tahun menunggu, akhirnya rumah Shah Alam kami berpenghuni kembali.

Kerja kerja renovation dah siap beberapa hari sebelum Raya Haji. Sehubungan dengan itu kami dengan sukacitanya menjemput warga Ayusutra untuk datang bertakbir.

Maaf banyak banyak atas kekurangan keperluan rumah kami malam tu. Kami belum berpindah secara rasmi lagi. Cuma kami dapat hidangkan bihun goreng serta air sirap saja. InsyaAllah nanti di beri keizinan kami akan jemput untuk majlis naik rumah serta solay hajat pula yer.

Terima kasih tak terhingga warga Ayusutra semua yer.

IMG_20180821_235339_839

IMG_20180821_235339_840

IMG_20180821_235015_010

IMG_20180821_235015_009

IMG_20180821_224620_661

IMG_20180821_235015_006

IMG_20180821_235339_847

IMG_20180821_235015_013

IMG_20180821_235015_022

IMG_20180821_235015_011

IMG_20180821_235015_005

IMG_20180821_224620_659

IMG_20180821_235339_838

Hari Sukan Tahunan SKTTDI2

Sepertimana tahun tahun yang lepas, Anis dan Afiq memang akan masuk beberapa acara dalam sukan.

Anis paling banyak sampai cikgu suruh drop last event. haha

Diorang sebijik macam Ajue masa skolah rendah dulu. 100m 200m 400m lari berganti memang favourite Ajue.

Alhamdullilah kesemua 4 anak anak Ajue suka berlari. Adlan dan Ecah dah 5km run.

Anis Afiq 3km run. Jom anak anak challenge ibu Half Marathon pulak. Haaa ibu dah sampai Salzburg tau. 🤗🤗🤗🤗🤗

 

Anyway, tahniahhh Anis dan Afiq!!

IMG_20180806_131205_391

IMG_20180806_131205_400

IMG_20180806_131205_401

IMG_20180806_131205_389

IMG_20180806_131205_386

IMG_20180806_131205_387

Movie time.

Setelah selesai kerja kerja pembersihan kelas dan sekolah SKTTDI2 akibat wabak HFMD pagi tadi. Ajue nak release penat. Apa lagi, tanya anak anak, semua request nak tengok movie.

 

Ecah bawak Anis dan Afiq tengok Incredible. Ajue book Beanie seat. Bagi selesa diorang.

Sementara Ajue dan Adlan masuk hall sebelah layan Mamma Mia. Kami ambik sofa seat.

Dah dekat nak habis Ecah Anis Afiq masuk hall Mamma Mia sebab cerita diorang dah habis. Bestttt sangat Mamma Mia2 ni. Sampai Ajue ulang tengok sekali lagi dengan Anis haha.

Hari hari dengar sound track dia. Highly recommended.

 

Sebelum tu sempat celebrate birthday Adlan kat Rasta. Maaf yer anak anak, ibu tak mampu nak buat majlis besar besaran… janji kita saling mengingati birthday masing2 yer. Ibu sayang kamu semua.. semoga Allah memberkati keluarga kita semua Aamiin..

IMG_20180728_111453_879

IMG_20180728_111453_878

IMG_20180728_111453_877

IMG_20180722_214031_698

IMG_20180722_214031_699

IMG_20180722_211537_206

IMG_20180728_224218_257

IMG_20180728_224218_253

IMG_20180728_224218_256

IMG_20180729_001102_074

IMG_20180728_224218_255

IMG_20180729_001102_076

IMG_20180728_224218_268

IMG_20180729_001102_077

Kalam Syaabi SKTTDI2

Pada hari yang sama Anis tournament untuk MSSM WPKL, Afiq pula ada pertandingan Kalam Syaabi peringkat negeri juga.

Ajue terpaksa meminta pertolongan Adlan untuk menjaga Afiq kat rumah. Serba salah sebenarnya, sebab kedua duanya pertama kali menyertai pertandingan besar.

Alhamdullilah segalanya berjalan lancar. Pagi pagi Ajue akan call rumah nak make sure Afiq bangun. Sebab naknkena ada kat sekolah sebelum jam 7 pagi. Takut la jugak dua dua nya terbabas tido kan.

Lepas settle Anis, Ajue akan balik rumah. Settlekan dinner dengan anak anak semua. Lepas isyak Ajue keluar dengan Anis ke Sungai Besi untuk stay sana. Begitulah setiap hari selama 4 hari pertandingan berlangsung.

Cuma hari terakhir saja Ajue turun dari rumah sebab Ajue tak ambik cuti lagi.

Alhamdullilah SKTTDI2 menjadi johan dan akan berentap untuk.pemilihan kali kedua nanti.

Terima kasih Adlan kerana banyak membantu keluarga. Ajue bersyukur mempunyai anak anak yang tak banyak karenah, selalu bantu membantu antara satu sama lain. Sesama adik beradik sendiri. Kebetulan pulak Ecah baru masuk kolej dan takde cuti. Harapkan Adlan jer untuk kali ni.

Berkat kebaikan Adlan juga beliau selalu cemerlang dalam exam. Terkini untuk 1st year degree semester Summer, Adlan dapat 4.00 flat. Alhamdullilah, syukur. So far Adlan dah 3 kali dapat dean list. Syabass anakku.

 

IMG_20180713_085539_744

IMG_20180713_085539_746

IMG_20180713_085539_740

IMG_20180713_085539_741

IMG_20180713_085539_751

IMG_20180713_085539_753

Anis in Archery MSSM WPKL

Alhamdullilah..

Pertama kali wakil untuk pemilihan peringkat Negeri WPKL.

Anis ranking 16 terbaik. Tapi kecundang pada 1/4 stage.

Apa2 pon inilah pencapaian terbaik Anis dalam Archery so far. Syabasss dan teruskan sukan sunnah Nabi ini. InsyaAllah banyak manfaatnya.

Ibu dan Anis berkampong dekat hotel sebelah dengan SK Pangkalan Tentera Darat untuk elakkan traffic di pagi hari.

IMG_20180713_090708_589

 

IMG_20180713_090708_592

IMG_20180713_090708_585

IMG_20180713_090708_599

IMG_20180713_090708_597

IMG_20180713_090708_584

IMG_20180713_090708_590

IMG_20180713_084526_725

IMG_20180713_084526_719

IMG_20180713_084526_714

IMG_20180713_085114_936

IMG_20180713_085114_930

IMG_20180713_085114_950

IMG_20180713_085114_951

IMG_20180713_085114_948

IMG_20180713_085114_952

IMG_20180713_084526_715