My second free trip with Hai O |Guangzhou~ Day Three

Bersih di Guangzhou??? Hehe, bukan, kami bukan peserta Bersih, ok. Tema kaler hari ketiga ialah Kuning.

So nak kemana hari ni? Hmmm, actually kami sepatutnya pergi shenzen untuk lawat kilang jade kat sana. Tapi memandangkan kami semua sebulat suara TakNak pergi, hehehe sebabnyer, nak shoppingggg dan shoppinggggg lagi. Bukan apa, suvenirs tu penting untuk jumpa prospek dan jugak existing rakan kongsi dan clients yang pernah beli corset dengan Ajue. So, hari ni, kami repeat Leather House untuk cari lagik tudung atau scarft.

Then pergi jugak Fabrik Market untuk kain murah murah kat sana, termasuklah china silk dan barang eletronik. Tapi Ajue tak beli la barang elektronik sebab ada satu kes tu. nak beli Samsung Galaxy S II tapi bila tengok balik dapat Galaxy Z gitu! Kekekekke

Lunch hari nih sendiri sendiri sebab kami dah skip official lawatan yang cover lunch and dinner kan. So, kami tanya travel agent, diorang recommend kedai nih, bestttttt sangat local dish muslim kat sini. Puashati makan, murah lak tuh.

Orang cakap kalau pergi Guangzhou tak naik boat tak sah. So kami pakat pakat nak naik river cruise. Sorang dalam RM90.

Dia bagi chinese tea dan kacang.

Dan, apalagi, posinggggg laaaa….

Best sesangat, apatah lagi hanya group CDM Hanis Haizi sajer yang berpeluang naik cruise ini. Bukan senang nak dapat leader yang sporting habis macam beliau, kan!!! I Likeeeee!!!!

Thanks Hanis, kerana perkenalkan bisness nih kat Ajue. I can feel target akan tercapai sikit masa lagi, iaitu FREEDOM TIME bersama FAMILY dan jugak FREEDOM MONEY yang banyak hutang nih…. InsyaAllah.

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Dan yang penting, ada leader yang sentiasa tunjukkan jalan untuk Ajue mencapai apa yang diinginkan kerana leader dah dapat dan melalui semua itu, tugas kita FOLLOW JER!!!!

Malam tu ingat nak makan McD tapi nak jadikan citer, kami naik motor ramai ramai pi carik muslim food. Yang bestnyer, dah setengah jam perjalanan ada ker dorang bawak pi restoren cina? Dah la nak communicate susah giler, macam ayam ngan itik cakap. Yang best tu, photographer kami siap buat aksi solat lagi. Kekekekke tu pon masih tak faham faham yang kami nak pergi makan muslim restoren.

Pikir punya pikir, kami dapat idea, call travel agent dan mintak tolong dia cakap dengan tukang bawak motor tu. At last, sampai jugak kami kat satu muslim restoren. Baiknyerrr tokey kedai tu, melayan kami yang kelaparan ni… Hehehhehe

Ni lah pengalaman paling seronok kami semasa di Guangzhou. !!

So, saper nak ikut Ajue join this group? Contact Ajue at

H/P 013.226.0082
Email ajue3375@yahoo.com

My second free trip with Hai O |Guangzhou~ Day Two

Day two, tema kaler Biru pulak.
Hari ni tak banyak nak melawat nak shopping sebabnya nak kena balik hotel jam 4 petang untuk bersiap siap malam Gala Dinner kat Hotel Hilton.

So, hari ni kami di bawa ke another wholesale kedai untuk shopping suvenirs dan barangan mainan untuk anak anak. Ajue dah post kan pasal toys ni dalam entry yang lepas. Murah…. Satu toys yang Ajue beli dalam RM30 jer! Huhuhuhu

Ni kami bergambar dekat Canton Tower, mercu tanda Guangzhou. Memandangkan cuaca yang panas terik, kami tak banyak sangat ambik gambar.

Ni hubby bergambar berlatarbelakngkan library kat Guangzhou.

Lepas tu lunch kat restoren muslim jugak.

Ajue satu meja dengan CDM Hanis dan jugak DDM Adibah serta rakan kongsi mereka. Syok dapat peluang macam ni boleh tukar tukar pengalaman sponsor serta tips yang leader kami berikan untuk tujuan pertingkatkan lagi presentation kami.

Lepas tu shopping timeeee….

Banyak giler tudung kat sini. Sama macam hari semalam tapi kali ni kualiti dia low sikit. Tapi still not bad la…

Dan kami jugak dibawa ker branded shops ala ala Pavilion gitu… Ajue beli baju anak anak jer kat situ, sebab ada Uniqlo. Dan Uniqlo sini ada baju kids yang cantik cantik.

Orait, kami kena cepat cepat balik hotel untuk sesi dinner pulaks…

New toys in the house

Dah lama tak beli permainan untuk anak anak. Kat Guangzhou toys murah giler. Terus sambar sorang satu.

Ni Adlan punyer, dia suka nak jadi pilot, so bagi train yang remote dulu, hehe

20120715-221933.jpg

Ecah pulak suka muzik, so bagi dia yang ini.

20120715-222033.jpg

Ni Anis punyer, suka sangat main masak masak dan fav tv show is masterchef.

20120715-222446.jpg

Dan last sekali untuk Apiq. Dapat dua sebab kotak dia kecik. Hehe

20120715-223117.jpg

Yang paling lawak ialah bila beli Beaverball, budak budak ni ingat haiwan betul betul nyer… Punya laaa haru. Sorang cakap lembutnya bulu dia, sorang cakap mulut dia melekat kat bola la, sorang siap nak bagi makan roti lagi. Lawaksssss

Nak tahu apa? Tengok nih..

Apiq cepat cepat lari bila cakap nak gigit tangan dia… Kekekkekekke. Nak tahu apakah sebenarnyer benda itu???

20120715-224055.jpg

Hahahhahahahhaa

Its already 10 months!

Wow, dan Alhamdullilah. Sedar tak sedar dah hampir 10 bulan Ajue buat bisness Premium Beautiful. Dan macam macam dugaan serta rintangan yang telah Ajue tempuhi. Tak kurang jugak kenangan manis bersama dengan kumpulan. Bisness ni sungguh cantik, dan adil kepada yang berusaha. Sebab ia adalah win win situation. Ia tak sama dengan kerja makan gaji. Ni Ajue cakap pasal jalan kerja dan hasil yer bukan pendapatan bulanan.

20120704-095039.jpg

Dalam bisness ni, satu team akan tolong each other, sebab lagi banyak kita tolong orang, lagi banyak hasil kita dapat. Dan lagi kukuh team kita.

20120704-095256.jpg

Bisness ni jugak memerlukan tindakan. Tanpa tindakan, asyik cakap kosong jer pon tak kemana. Update blog, status FB tapi sekadar update jer tak jadi. So, kenalah usaha jugak. Dan usaha tu tak boleh sekerat jalan, tak boleh ikut suka hati. Rasa nak buat, kita buat. Rasa malas kita tidur. Tu tak boleh dalam bisness. Secara tak langsung menjadikan kita individu yang rajin bekerja dan sentiasa proaktif.

20120704-095624.jpg

Ramai orang mengata bila kita buat bisness, betul tak. Tak kurang jugak pandangan masyarakat bila tahu kita buat MLM. Tak kisahlah tu sumer… Pedulikan sajer benda tu. Kenapa nak takut pada orang pulak. Kita adalah kita. Sebab kita yang mencorakkan masa depan kita. Kita jugak yang nak merubah kehidupan kita sekeluarga. Bukan orang lain. So, tak kisah lah orang nak cakap apa pon kat diri kita, janji kita tahu apa kita buat.

20120704-095958.jpg

Cuba tanya balik kat diri kita, kalau kita tak ambil peluang sekarang, adakah 2015 nanti kita akan berubah? Hmmmm tak jugak kan. Tunggulah kut sampai orang lain sumer dah berjaya, baru kita nak take action. Kalau Ajue tak ambil peluang nih 10 bulan yang lalu, agak agak kat mana dah yer Ajue sekarang nih. Tercapai ker hasrat nak Freedom Time Freedom Money by age 40 nanti? Alhamdullilah sedikit demi sedikit hasrat dan impian Ajue sudah pon terlaksana. Anda bagaimana??

Alhamdullilah, company yang Ajue bernaung sekarang ni dapat lagi Award, iaitu pernagaan beretika untuk tahun ini. Tahniah serta syabas. Ini menguatkan lagi semangat Ajue dalam bisness ni.

20120704-100359.jpg

And last sekali, teringin tak nak pakai macam ni ? Macam citer Titanic tu…. Hehe tak pon, teringin tak pakai cantik masa Hari Raya nanti???? Kalau rasa nak cuba pakai corset, meh sini. Ajue boleh bagi free trial punya. Ni promotion untuk Raya tau!!

20120704-100601.jpg

IT oh IT!

20120629-111106.jpg
Salam semua,

Dunia sekarang dunia teknologi. Kalau dulu ramai orang buta IT, tapi sekarang majoriti celik IT. Tengok sajer kanak kanak, even tadika pon dah kenal facebook. Cepat betul teknologi IT ni berkembang kan.
Ajue ingat lagi masa kat matrikulasi dulu, kena isi borang nak pilih kursus apa masa nak naik degree. Letak IT pilihan terakhir sebab takut. Orang kata course IT susah nak score, benda baru tak ramai yang tahu. Then, masa tu Ajue memang suka accounting dan bisness. So, first dan second choice memang bukan IT la. Last last dapat surat tawaran buat degree in IT! Apo nak di kato? Redah jugak laaa dalam kepayahan Ajue merangkak belajar benda susah nih. Ingat lagi, masuk lab Ajue tengok kawan kawan tekan keyboard laju giler… Tapi Ajue masa tu terkial kial nak cari huruf. Yang paling best tak tahu mana nak masukkan diskette! Bila imbas balik kenangan dulu, eh, boleh jer aku buat. Boleh jer aku score, lulus gak aku dalam IT. Tapi masa belajar macam macam dugaan ada, boleh jer aku tempuhi.
Sekarang, dah 14 tahun Ajue kerja IT. Dengan pekerjaan IT jugak lah Ajue kenal negara negara lain yang memang dah jadi impian Ajue untuk pergi sejak kecil lagi. Daripada handle projeck APAC sampailah ke Europe. Semua sebab pekerjaan dalam IT. Jap eh, nak recall balik negara mana Ajue dah pergi. Hmmm Singapore, Thailand, Indonesia, German, Holland, Dubai, Brazil, Serbia, India, Doha. Ni jer kut, yang lain lain tu banyak Ajue pergi vacation sendiri, hasil daripada duit gaji IT.

Ajue terfikir jugak, apa nak jadi untuk jangka masa 14 tahun lagi, takkan boleh jadi CEO kut. Masa tu gaji dah berapa, anak ada berapa, sekolah kat mana, masuk U apa.. Macam macam Ajue fikir. Sampailah suatu hari Ajue terfikir nak duduk rumah la, jadi housewife lak, buat income dari rumah, online bisness ker, part time ker, janji dapat jaga anak anak sendiri, nak masak untuk family dan macam macam lagi. Hari hari berdoa agar tuhan makbulkan. Tapi tak dapat, ofis bagi assignment oversea lagi, bagi tanggungjawab lebih sikit, bagi bonus besar lagi. Terfikir jugak kenapa tuhan tak bagi apa aku nak, doa aku tak cukup kuat ker, amal ibadat still kurang ker.

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Yup memang betul, kata orang kalau Allah tak makbulkan permintaan hambaNya, sebab dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk hambaNya. Lepas setahun lebih baru sekarang Ajue dapat apa yang Ajue nak. Fulltime housewife sambil buat bisness online kat rumah. Dapat jaga anak anak sendiri, tengok diorang pergi sekolah, ambil dari tadika, masak untuk diorang dan lain lain. Semuanya boleh dilakukan sendiri. Tapi, yang penting bisness tetap ON! Baru Ajue faham, kenapa dulu Ajue doa tak dapat benda nih semua, rupa rupanya, kalau jadi housewife masa setahun yang lalu tanpa bisness camaner nak survive, betul tak. Maksud Ajue, takkan nak susahkan husband pulak. Dia pon ada tanggungan dia sendiri. Kalau semua nak letak atas bahu suami nak pikul, tak kan menjadi. Even husband dah gaji besar pon, rasanya kita as a wife nak jugak income sendiri, tak besar pon takper. Janji kita ada duit kita sendiri, betul tak?

Sedar tak sedar dah hampir 4 bulan ajue fulltime bisness+housewife. Pelik kan, duit gaji yang tetap takde, semua bergantung sepenuhnya dengan bisness online Ajue nih. Bukan nak berlagak, tapi amat amat bersyukur dengan rezeki Allah… Dia mencukupkan apa yang terkurang, mengadakan apa yang diperlukan, merahmatkan serta memberkati setiap sen hasil titik peluh dalam berniaga.
Ada orang tanya bisness nih halal ker? Sampai nak selidik macam tu sekali. Yer, Hai O matketing tersenarai dalam syariah compliant kat security commision. Cuba cari dan selidik, bank yang kita simpan duit tu tersenarai tak? Naper tak pertikaikan yang itu? Wallahualam…

Malah dengan duit bisness lah Ajue bayar yuran pengajian anak anak, yuran tadika, duit belanjer sekolah, beli barang barang pasar dan lain lain. Kalau tak halal, tak berkat la diorang, betul tak? Tapi Ajue bersyukur lepas dapat tahu result anak Ajue yang kat tahfiz tu cemerlang, Alhamdullilah. Bukan nak takabbur disini, tapi nak bagitau disini, berkat hasil titik peluh berniaga lah yang Ajue bayar yuran, beli makanan anak anak. Kalau kita buat benda baik, insyaAllah tuhan akan memberkati, betul tak.

Dengan Hai O jugak Ajue boleh pergi vacation oversea. Baru jer pergi Vietnam, next month nak pergi Guangzhou lak. InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki ke Paris dan London jugak. Dan dengan AjueRashid Enterprise mampu buat trip ke Switzerland dan Italy. Alhamdullilah…

Dan sekarang, bisness Premium Beautiful yang Ajue buat ni pon dah maju setapak lagi. Semua dah tahu kan, leader kami GLG iaitu CDM Hanis dan CDM Raz telah bukak satu Academy untuk membantu group kami dalam online busness nih. Kami Green Leaders Group akan memanfaatkan apa yang leader kami sedang usahakan, iaitu melalui Social Media Marketing, dimana semuanya menggunakan teknologi IT.

20120629-110807.jpg

Saper kata MLM ni tak boleh pergi jauh? Bukti telah ada depan mata, malah dalam paper Berita Harian semalam pon ada keluar pasal Hai O nih.

20120629-111948.jpg

So, apa yang Ajue nak sampaikan di sini, walau apa jua yang kita lakukan, kita tak boleh ketinggalan zaman, kita kena upgradekan diri kita dengan teknologi terkini demi masa depan kita dan keluarga kita, anak anak kita. Persaingan memang hebat di luar sana. Ilmu pengetahuan kena ditimba dari masa ke semasa. Bukan nya jadi housewife, buat bisness online tak perlu belajar. Tu salah, kita kan di suruh menuntut ilmu sampai ke negeri Cina.
Ajue ingat pon kalau dah tak kerja dalam bidang IT fokus kepada bisness jer. Tapi Ajue silap, tuhan dah jodohkan Ajue dengan IT lama dulu lagi, dan even susah mana pon masa belajar, even buat pilihan terakhir untuk ambik kursus IT, tapi tuhan maha mengetahui atas apa yang Ajue tak ketahui.
Wallahualam…

Day trip to help bisness partner in Kota Baru

Salam semua dan selamat pagi. Tak tahu la naper asal dalam flight jer suka update blog. Kalu macam ni naik kapalterbang hari hari la kut baru rajin update blog.. Lol!

image

OK Kali ni nak citer pasal misi membantu bisnes partner Ajue kat Kota Baru lak. Since balik dari Milan ni baru berkesempatan nak jumpa dia. Bisness partner Ajue ni seorang medical doctor kat HUSM. Even jarak memisahkan kami namun dia amat komited dengan tanggungjawabnya terhadap bisnesnya. Selalu update Ajue tentang progress dan rujuk leaders jika ada kesukaran.
Ajue sangat kagum dengan beliau. Dia join bisnes masa masih dalam pantang lagi kat Taman Desa. Then kami sempat buat beberapa sesi mini NDO sebelum dia balik KB.

Walaupon tak pernah berkesempatan hadir majlis ilmu tapi beliau rajin bertanya apa apa saja sebagai pengetahuan dalam bisness. Dan paling mengkagumkan beliau berjaya menjual sendiri beberapa set PB di sana. Syabas Nik. !

Life must go on

Salam semua,

Memang dah biasa kita dengar kan, untuk mencapai sesuatu yang kita hajati perlulah melalui pelbagai pengorbanan. Dan tak kurang juga kita sering diuji dengan dugaan dan cabaran yang akhirnya mematangkan kita setelah mengenali diri dengan muhasabah diri kita.

Sejak dari awal berbisness lagi Ajue sering diuji dengan pelbagai dugaan. Lepas satu persatu dugaan datang menimpa. Tapi Alhamdullilah dengan kesabaran (walaupon kadangkala terpaksa menangis seorang diri dalam kereta!) Ajue masih mampu meneruskan apa yang Ajue impikan dan sedang lakukan sekarang ini.

Kadangkala pernah Ajue terfikir adakah ini bala? Kemudian Ajue terfikir lagi, berdosakan pekerjaan yang Ajue lakukan ini? Dosa kat mana? Bukannya menipu orang, malah terang terang terbukti saper yang usaha maka dia akan mendapatkannya. Tiada kejayaan yang datang tanpa usaha. Perniagaan yang cukup cantik ini hanya dapat dinikmati dengan hati yang ikhlas, tak perlu nak backstabbing satu sama lain. Ajue ingat lagi, masa belum buat bisness dulu, kalau kat company tu, pantang tengok orang menyerlah, ada jer yang cucuk dari belakang. Dan yang buat tu ialah team mate sendiri. Itu semata mata sebab dengki dan rasa tak puashati tengok orang lain berjaya. Siap racun racun boss lagi untuk jatuhkan sesama sendiri. Tak bestnyerrr kerja macam tu kan.

Ok, berbalik kepada tajuk entry kali ni, kali ni Ajue diuji dengan maid lari! Waduhhhh hanya siapa yang merasai tahu apa perasaan kita masa ni kan. Orang yang tak tahu dan tak faham dengan mudahnya berkata tengok , bisness la sangat, sampai maid pon lari. Hah??? Apa pulak kena mengena buat bisness dengan maid lari. Tak faham… Sungguh tak faham. Kemudian Ajueterfikir lagi, andaikata Ajue tak buat bisness, dan maid lari, ada ker orang nak kata macam tu? Confirm tak de kan. Nasib baik bisness, ada masa sendiri, at least boleh la tengok anak anak dan kerja kerja rumah masa takde jumpa client. Pandai pandai la kita bahagikan masa, betul tak? Kalau Ajue masih kerja tetap? Camaner?

Anyway, hidup mesti diteruskan, bisness mesti dijalankan, so cara terbaik buat masa ni, hantar jer anak anak day care lepas sekolah. Tunggu sampai Ajue atau husband Ajue balik kerja baru ambik. Ada jugak suara suara yang kata sampai bila nak macam ni, takde kesudahannya...
Lor… Dah tu, nak dapat maid lain bukan 2 jam, bukan 2 minggu, silap silap 2 bulan! Takkan nak tunggu lepas tu baru nak bergerak… No matter what, life must go on!

20120618-131327.jpg

Teringat pulak gambar ni pernah ada orang post kat facebook. Kita adakah diri kita yang menentukan setiap tindakan kita. Minda dan pemikiran kita yang menjadikan setiap tindakan kita. Andaikata kita berdepan dengan satu rintangan dihadapan yang menghalang laluan kita untuk terus mengejar impian hidup kita, kita mempunyai 3 pilihan. Samada nak ke kanan, atau ke kiri atau sedaya upaya cuba mengatasi rintangan tersebut. Bayangkan, rintangan itu adalah satu tembok yang tinggi dan panjang….

20120618-132145.jpg

So, to all my Beautiful Galaxy Team, lets do this bisness together, lets face all obstacle together. Jangan berikan pelbagai alasan untuk menghacurkan bisness kita. Ingat apa matlamat kita buat bisness, ingat kenapa kita nak merubah kehidupan kita. Bukan hanya untuk diri kita, tapi anak anak kita, ibu bapa kita, nak bantu suami kita jugak kan. Ayuh, kita fight bersama sama. Kita ada great leader yang tak pernah jemu memberi kita semangat serta dorongan , yang menunjukkan kita jalan mana yang harus kita lalui. Leader dah ada untuk bantu kita, hanya kita sahaja relakan diri untuk dibimbing. Dan yang paling penting leader kita telah melalui pelbagai rintangan dan ujian terlebih dahulu daripada kita, dan di mana leader kita sekarang? Yup, dia ada bersama sama kita bagi membantu kita mengatasi segala rintangan itu. Thanks CDM Hanis Haizi atas semangat serta kata kata nasihat yang telah diberikan semalam.

20120618-134346.jpg

20120618-132743.jpg

Kita tak mampu nak capai semua seorang diri, sebab tu kita ada satu team. Kalau kita beri kerjasama, insyaAllah hasil kejayaan kita nikmati bersama. Ingatlah,

you cannot change the past BUT you can change your future!

to accomplish great things, we must not only ACT, but also DREAM; not only PLAN, but also BELIEVE

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Kita sering mendengar pepatah mengatakan Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Tapi adakah kita tahu dan faham maksudnya. Ajue ada terbaca maksud yang tersirat di sebalik kata kata tersebut. Marilah kita sama sama menghayatinya… Semoga menjadi pedoman hidup kita.

1. Sihat sebelum Sakit

lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang orang disekililing anda semasa anda masih sihat

2. Muda sebelum Tua

waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajipan anda kepada yang Maha Pencipta. Kelak bila anda tua, anda tidak lagi memikirkan hal duniawi

3. Kaya sebelum Miskin

waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan menjadi bekalan anda menghadapNya

4. Lapang sebelum Sempit

waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda

5. Hidup sebelum Mati

sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara diatas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh , sedekah dan doa anak yang soleh yang akan mengiringi anda

Gambar dibawah sekadar hiasan semata mata… Ameen

20120615-004418.jpg

Jalan jalan Venice

image

Dah lama Ajue berangan nak pergi Venice. Masa kecik lagi selalu tengok gambar orang pergi sini. Ingat lagi pernah satu ketika orang bagi tau Ajue suatu hari nanti Venice akan tenggelam sebab air dunia semakin naik, so baik cepat cepat pergi tengok Venice. Kalau tak silap masa tu Ajue kat sekolah menengah. So, sejak hari tu Ajue simpan angan angan untuk sampai jugak ke sini.

So, perjalanan dari Trento ke Venice memakan masa hampir 3 jam driving ditemani oleh italian alps serta rumah rumah kotak yang berselerak sana sini. Kami sempat isi minyak serta beli mineral water sebagai bekalan perjalanan kami.

20120607-081018.jpg

Kami sampai Venice terus call owner apartment tu Francesco. Beliau turut membantu kami untuk park kereta kat Piazzare Roma. Rupa rupanya, Venice ni tak boleh bawak kereta masuk bandar dia sebab pengangkutan utamanya ialah water boat, atau dalam bahasanya Vaporetto.

Kami disambut oleh Lyana, pembantu kepada Francesco. Beliau membawa kami dari tempat meeting point terus ke apartment. Kami dah plan, tak nak bawak beg beg besar sebab tak semua barang nak guna kat Venice nih. Just bawak barang makanan serta keperluan untuk dua malam sahaja ke sini. Barang barang lain kami tinggal dalam kereta.

Lyana membawa kami melalui short cut way untuk ke apartment. Lebih kurang 15 minit berjalan kami pon tiba ke apartment yang sangat selesa. Dari living room yang mempunyai canal view, kitchen yang lengkap untuk kami memasak, dua bilik tidur yang luas dan double bed serta dua bilik air memang cukup selesa bagi kami. Terasa seperti berada di rumah sendiri.

Sebenarnya, Fracesco mengusahakan apartment ini bersama abangnya. Apartment kami ni asalnya sebuah rumah yang amat besar maybe dari turun temurun keluarga beliau. Kemudian, bapanya yang kini pengedar dan owner kedai jual kereta Fiat telah membahagikan sebuah rumah yang besar itu kepada beberapa apartment untuk dijadikan perusahaan keluarga. Beliau datang ke apartment untuk brief kami tentang apartment serta bagi tau tempat tempat menarik di Venice.

20120607-082922.jpg

20120607-083422.jpg

Oh ya lupa nak cakap, sampai jer kat apartment isi perut dulu dengan bekalan yang kami buat dari resort Trento lagi. Nasi impit dan kami juga sempat beli pizza italy, pizza vege gitu.

20120607-084217.jpg

So, alang alang buat tour arrangment nih, Ajue masukkan sekali destinasi ke Venice. Mulanya kami nak pergi day trip jer, tapi disebabkan plan bertukar saat akhir, kami cepat cepat buat booking apartment kat Venice. Satu malam untuk satu apartment 6 orang, hanya 240 euro. Dekat sangat dengan market, tempat jual suvenir dan square. Beberapa minit jer perjalanan dah jumpa tempat naik Gondola.

image

20120607-094124.jpg

Oh ya, aktiviti yang kami lakukan semua diatur oleh adik Ajue dan pakcik Ajue. Yang lain lain ikut jer. Hari pertama sampai kami ingat nak naik Gondola, tapi sepanjang perjalanan nak naik tu singgah sana singgah sini, terus habiskan masa dengan shopping jer kekekekke

20120607-101920.jpg

image


image

Gambar ni masa naik Vaporetto..

image

image

20120607-094314.jpg