Road to Nebraska – Labour Day

2 September , Labour Day in States

So, hari ni public holiday kat US. Adlan dan housemate takde kelas. Dorang tengah kemas rumah. Ni last day nak angkut semua barang Adlan ke apartment. Dan Ajue nak passkan balance bahan mentah yang tak sempat Ajue habiskan dah. Bagi jer la kat dorang kan.

Adlan ajak makan dekat Lan House. Sedappp. Fish black pepper dia terangkatttt.

Summer sini masih lagi kut, sebab panas yang amat. Bunga bunga pon masih segar lagi. Cantik pulak tu. Ajue teringin nak belanjer housemate Adlan makan sekali sebelum Ajue berangkat balik lusa. Tapi, Redza kerja dan Rahim tak nak keluar cuaca panas sangat. Teringat pulak dekat anak anak gegurls kat Korea dulu. Setiap hari Ajue bawak makan sama sama.

Agaknya Redza dan Rahim segan jugak kut, maklumlah dorang dah Senior dari Adlan. Its ok, harapan Ajue agar dorang dapat tengokkan Adlan dan bagi tunjuk ajar. Anggaplah macam adik sendiri..

Road to Manila

WSC – World Scholar Cup Challenge

Sorry Anis, ibu tak dapat bersama sama Anis untuk hantar Anis KLIA ke Manila. All the best to KYS Team and bring back more and more Alpacas!!!

Kalah atau menang bukan ukuran. Yang penting, pengalaman yang Anis akan kutip sepanjang pertandingan di sana. Ada rezeki dapat pergi ToC di Yale, USA.

Terima kasih tak terhingga kepada Tok dan semua yang sanggup turun awal pagi untuk pastikan Anis selamat berangkat. Thanks jugak kepada mummies KYS yang tolong tengokkan Anis juga. Ajue masih lagi di sini. Flight balik lagi 3 hari.

MasayAllah, dia angkut semua anak anak dia sekali. Sampai dua beg. haishh budak ni laaa. Semoga dipermudahkan segalanya KYS delegasi ke Manila untuk Global Round WSC 2019 ! All the best kids.

Ajue sempat bewasap group call dengan Adlan dari sini.

Life must go on

Foundation in Business, Route to Actuarial Science

Tomorrow is the day!. After struggling, fighting and negotiating seems not going anywhere, we don’t want to talk about it anymore. Life must go on and somehow Ecah has to move on. She took some times to recover from deep depression and stress, with all the heartbroken and lost hope, finally she has made her decision to further her studies here in Herriot Watt International University Malaysia campus.

This is not the end, this is just the beginning. There is nothing to lose anyway. Your precious time in Korea definitely value added experience in your life.

So, here we go, all the best and never give up! Straighten your crown and REMEMBER who you are 😉

Edinburgh definitely my next long vacation leave in 2 years time

Road to Nebraska – Last weekend here

Alhamdullilah kami dah angkut kesemua barang adlan masuk apartment dia. So Adlan dah officially start duduk apartment this week. Lagipon, baguslah macam tu biar dia biasa dengan environment kat sana. Dan tahu nak naik bas apa, nombor berapa, pukul berapa nak kena tunggu. Dan jugak kena biasakan diri dengan housemate semua.

BTW, Adlan dah lulus test Financial Accounting. Alhamdullilah Dapatlah transfer credit untuk subject tu. Dekat Intec Adlan dapat A untuk subject ni.

Jadual kelas Adlan semua ok, Selasa dan Khamis 2 class jer. Jumaat la susah sikit. Sebab kelas English dia clash dengan solat jumaat. Dia susah nak skip. Worse come kena ponteng jer la. Tapi nanti dah masuk winter, zohor akan masuk awal. so hopefully sempat lah dia solat jumaat sebelum masuk kelas nanti.

Bagus betul Rahim ni, baik orangnya. Dia ajar Adlan satu satu apa yang Adlan patut tahu pasal kehidupan kat sini. Ni pon Adlan tengah belajar online apps untuk manage duit nanti.

Hari ni Sabtu, rupanya, bas memang takde. Alahai.. sebabnya first football game musim ni. So, kami terpaksa naik Lyft untuk pergi Walmart pulak. Corelle kat sini tak menarik sangat. Tak macam Target. Adlan kata Gateway Mall lagi besar, macam MidValley. Sebab dia dah pergi dengan housemate dia Jumaat lepas kelas. Selalunya, setiap Jumaat dorang akan keluar gi mana mana sampai lewat tengah malam. Main bowling ker, karaoke ker, wayang ker. Sebab tu jer masa yang dorang ada. Okies, at least takde la Adlan boring sangat nanti kan.

Sempat belikan Ad;an set correlle merah tu untuk kegunaan dia kat apartment. Dan jugak sikit suvenirs untuk sedara dan kawan kawan. Adlan ada kirim jugak baju2 untuk adik adik dia. Dah tak lama lagi dah nak balik…. sob sob sob 🙁

Road to Nebraska – screen protector hunting

Adlan bangun tersangat awal hari ni. Nak study untuk test yang dia nak buat transfer credit tu. Yang best nyer, satu notes pon dia tak bawak. Penyudahnya, adik kesayangan la yang jadi mangsa. Ecah kena screenshot semua notes dia 🙂

Tak kurang dari tu, Ecah jugak bacakan untuk Adlan apa yang tak boleh nampak untuk snap. gasak lahh korang dua beradik.. hehe

Esok Walmart nak deliver barang Adlan yang balance tu. Study table, swivel chair, comforter, 3 tier storage. Jadi hari ni Ajue nak pergi settlekan screen protector phone Adlan. Ajue pergi Best Buy outlet. macam macam ada kat sini… murah plak tu. Ajue naik bas jer. $1.75 sehala mana mana nak pergi pon takper. Brand Kate spade pon ada jual sini.

Upah pasang screen $8. Ada warranty lifetime in case tercabut ker, terkoyak ker, boleh tukar baru Free lagi. Phone casing beli yang slim jer. Sebab Adlan kata dia tak suka yang gemuk, susah nak masuk poket seluar.

Settle semua, jom masuk kedai kopi. kita pekena Tutle Latte !

OTW nak pergi bus station ternampak kete/jeep ni, ker orang panggil apa benda ni? haha jakun jap. Macam ala ala kereta Bella Swan dalam citer Twilight pon ada gak kan. Tapi yang best nya kaler dia tuh.. fuuhhhh menarik tertarik memang the bomb.

Singgah kedai KT Asian lagi, beli tumisan Kari, yeay hari ni mak masak kari. Adlan dapat telur mata 2 bijik dia on jer.. tak susah pon nak bagi dia makan.

Road to Nebraska – first day of class

Adlan officially start class dia hari ni. Monday, August 2019. Hujan tersangat lebat, nak jalan kaki takde payung la pulak. Last last Ajue order Lyft teman dia pergi campus.

Beli terus payung lipat senang nak simpan dalam bag pack dia. Pastu pergi bank buat card replacement. Sebabnya, Adlan lupa PIN number, dah 3 kali cobaan, terus kad kena block. UBT bank takde reset PIN agaknya. Terpaksa replace kad baru. Yang best nya, debit card dia terus boleh emboss nama on the spot. Kalau kat AlRajhibank, Card Replacement tu ada lah module nya.. hehe

Lepas tu Ajue jalan kaki balik homestay. Sampai bilik, cleaner datang nak service bilik. Lapar la pulak, nak makan nasi tak masak lagi. So, terus google cari kedai coffee yang paling dekat. Dapat pekena latte sedap gakkk nih.

Then dapat email , Walmart dah deliver barang Adlan. Ada few things lagi still on the way. Its ok, lepas Adlan habis kelas kita pergi apartment yer.

Handphone S9 dia pon dah arrived. Yeay!! finally his brand new smartphone.. all this while dia pakai apa yang Ajue punya. Once Ajue tukar Notes baru, Adlan akan ambik Notes lama Ajue. So far dah 3 kali dia ambik Ajue punya. 😉

Road to Nebraska – Tour to Health Centre

blood test – TB jab

Hari ni plan nak gi Health Centre. Dalam requirement for new student, Adlan kena buat blood test untuk mementukan dia dah ada imunisasi MMR atau tak. Kalau belu ada, then kena buat kat sini.

Dan semua student wajib ambik jab TB. Lepas dah confirm kami nak purchase insurance dari UNL, baru housemate dia cakap actually kalau buat kat luar lagi murah. Alahai.. dah terlepas. Baru jer confirm tadi.

Sebab Ajue fobia dengar kawan ecah yang dekat Korea tu. Duduk dekat emergency jer bil melambung sampai RM4k. Belum warded lagi. So, tak nak ambik risiko, just purchase jer la..

Lepas settle sini, ambik grab pergi Target. Kat sini diorang panggil Lyft. Kena link dengan Debit atau Credit card kita. So, Ajue link terus dengan BigPay. Takde conversion fee.

Target ni macam Aeon Big la. Adlan nak sweat pants dia. Yang bawak dari KL tu cam tak sesuai pakai kat sini. Nampak bahagian pinggan mangkuk.. nampak Corelle, Kitchen Aid.. mak aiiiii terbeliak mata kejap.. murahnyaaaa……

Tapi ada orang cakap better pergi outlet, cuma jauh la. Lyft dekat 70usd sehala, macam tak berbaloi la pulak. Lagipon tujuan Ajue datang sini nak settlekan Adlan. Shopping duduk tepi sat no!

Isnin depan baru dapat air-bed dia. study table belum deliver lagi. Kat sini senang sebab semua online, dan ada jugak yang free delivery. kena pandai cari la. Ajue belikan Adlan air-bed jer dulu. Sementara pakai kejap jer. Lepas Adlan dah expert nanti, dia boleh beli katil betul dan mattress la sendiri. Lagipon Rahim dah nak balik Malaysia hujung tahun. Boleh jer beli katil Rahim tu. Ajue tahu ramai yang perli cakap dah hantar anak luar negara kenapa nak ikut pulak. Biar lah dia berdikari sendiri. Well, Angelina Joli pon hantar gak anak dia sampai korea. Siap beli rumah lagi. So?

Ajue tahu siapa Adlan, dan Ajue tahu limit dia. Kalau tak temankan dia , tak tahu apa jadi kat dia dalam flight, dah la baru lepas operation tak sampai 24 jam.

Weekend kat sini tersangat la boring tak tahu nak buat apa. Adlan belajar masak ayam .. lol.. baru ak belajar. Dah suruh buat dari Shah Alam lagi dia tak nak. Sampai sini baru la nak belajar itu ini 😉 Ajue ada ajak Adlan keluar, tapi dia nak study, ada test next week. Arrghhh kelas baru nak start hari Isnin dah ada test… nasib ler labu…

Last last angkut gak kuar teman Ajue nak beli ayam. Nak re-stock untuk next week.

Road to Nebraska – Tunnel Walk N

its a tradition to welcome new student experience – Tunnel Walk N

Dah menjadi tradisi Nebraska Uni menyambut students baru masuk serta menyambut kepulangan student lama.

Kami digalakkan pakai merah pada hari tu. Actually Ajue masih lagi blur apa benda laa Tunnel Walk N ni, so pakai redah jer lah pergi dan join the crowd.

Wahhhhh teruja wey.. ramainya students. student tua sesat pon ada gak haaa sini. kakkaka

So, actually kami semua akan berkumpul dekat satu gate yang ditetapkan, pastu akan dilepaskan semua kena berlari ikut lorong yang disediakan, akhir sekali terbentuklah N yang besar memenuhi stadium bola tu. Ooooo camtu.

Sini Ajue ada upload video, tapi bukan yang masa Ajue join tu, ni video lama la. just nak show, macam ni keadaan nya Tunnel Walk tu.

Road to Nebraska – Orientation Day continue

Health insurance – Safety – Living on or off campus – Books – Transportation – Job on Campus

Health Insurance

Agenda today pasal items kat atas tu. Untuk insurance ni, semua student wajib beli, kecuali parents yang bekerja di US yang company ada provide insurance untuk family. Macam Ajue, company memanglah HQ dekat Florida, tapi sebab branch dekat Malaysia, tak kira la.

Harga dia memang la mahal, last entry Ajue tulis 1kUSD, tapi sebenarya RM1k sebulan.. dalam 3kUSD la setahun. Tapi, dia covers semua apa yang students perlukan, injections, operation, ambulance semua yang berkaitan dengan health lah.

Safety

Ok, dari segi safety pulak, Nebraska tak banyak criminal case, tapi bila certain period tu, kalau ada event ker apa, orang mabuk tetap ada. So, police officer tu advise, kalau perlukan polis bantuan untuk kemana mana, boleh jer dial hotline number. Polis ni dah dedicated untuk semua students UNL. Let say, Adlan nak balik rumah dari Library tengah malam, boleh call polis untuk temankan jalan. So, Adlan kena simpan number tu siap siap dalam phone.

On or Off Campus

Semua freshmen under 19 tahun wajib duduk dalam campus. Adlan optional. Sebab tu Adlan pilih nak stay luar dengan senior dia masa dengan Intec. Redza ni budak Kota Damansara. Dia senior Adlan setahun.

Kalau on campus, yang paling murah ialah dorm, sharing bathroom. Meals ada 3 kali sehari mana mana dining hall. yuran dia 6000USD per sem ( 4 bulan). Dalam RM18k la satu sem. Mahalll kan, Laundry sendiri, satu load 1usd. Cuti Summer break 4 bulan kena kosongkan bilik. Unless u bayar la untuk Summer Sem.

Semalam buat calculation dengan Adlan, sewa rumah Adlan termasuk makan dalam 7kusd setahun. Sebab sewa rumah kena lah ikut tahun. Tak boleh sewa ikut bulan. Cuti panjang Summer break tak perlu kosongkan rumah. Lagi jimat Ajue rasa. Dan kalau masak sendiri boleh lagi untuk few hundreds kat situ.

Books

Seminggu dua pertaman ni, belum wajib beli lagi. Lagipon, ada add drop class. So tak tahu lagi subject apa yang takkan ambik sem ni. Tapi Adlan under Global Scholar, at least kena minimun 12 credit hour per semester. Textbooks ni, loan jer. Takyah la nak beli semua. Selalunya, hujung sem, orang dah start jual balik harga murah. Sebab dah memang tak pakai lagi untuk sem depan. So, Adlan kena belajar lah caner nak buat loan buku lepas nih. Boleh refer dekat Redza lah nanti. Tapi , incase Adlan nak beli, boleh search online mana yang murah. Selalunya dekat Amazon la. Tapi, incase Amazon jual lagi murah dari book store dalam campus, book store tu akan ikut harga Amazon. Wahh menarikss kan.

Transport

Adlan dapat pass untuk transport. So boleh naik mana mana bas yag ada dalam Lincoln ni, FREE jer. Just activate kan pass tu kat mobile phone jer. Walla!

Jobs on campus

Setiap student boleh bekerja 20 hours seminggu. Kalau kita sini 40 jam kan. Satu jam diberi gaji 10usd. So, sebulan dalam 800usd!! weeewiittt. Tapi Ajue pesan kat Adlan hold dulu la, Nak kerja start next sem jer kut. Biasakan diri dengan environment sini dulu.

Misc

Oklah, basically, Nebraska ni macam hutan sintok jer la masa Ajue mula mula masuk UUM dulu. Nak keluar boleh naik bas, Paling dekat pon pekan Sintok. Sini pon sama, bas dia kira pengankutan utama. Ada jer grab, dia panggil Lynx. Nasib baik Ajue ada BigPay mastercard. So jimat lah sebab dia takde currecny fee. Kalau Ahad , bas tak function. Atau kalau ada game dekat stadium, bas pon tak function. Ajue belum try lagi naik bas kat sini. Sebab tak tahu mana nak beli pass tu, Adlan dah ada pass free.

Oh ya, Ajue stay dekat homestay Extended Townhouse namanya. notbad la, katil queen dan ada full kitchen, living hall pon ada. Boleh la nak masak apa2 kat sini 3 minggu.

Sempat pergi ke apartment Adlan nak sewa nanti. Ada Rahim dan Redza kat situ. Redza satu bilik sorang. Rahim yang akan share bilik dengan Adlan. Basically bilik Rahim dia punya side dah full la dengan meja study dan katil. Adlan kena beli semua benda sendiri.. So, inilah gunanya Ajue di sini, nak make sure semua kelengkapan Adlan cukup, baru Ajue lega nak balik. Kita cari pelan pelan yer.. no worries.

Rahim ni dah final year, December tahun ni dia habis belajar lah. So Adlan akan tinggal sorang kat bilik tu. Unless ada lelaki melayu datang la next sem, boleh offer bilik share. Tapi kalau sorang pon ok jer. Better kut. Hujung tahun ni at least 5 student Malaysia akan graduate.. maka tinggallah tak sampai 7 orang pon kat UNL ni.. unless JPA atau MARA sponsors student lagi la datang sini. Sebab dah lama takde student sponsors sambung sini.

Redza baru tahun dua, Sophomore.Means, dia 3 tahun kat sini. Cuti summer lepas dia balik. Sebab boleh belajar dekat Help atau Taylor college satu dua subject. Lepas tu datang sini buat transfer credit. Menarik jugak kan! Tapi Ajue cadang nak carikan Adlan intern kat mana mana FIS punya branch. Paling dekat pon kat Minnesota. Wisconsin pon ada. See how ya.

Fahmy dan Naz pulak adik beradk. Tinggal berdua jer. Adlan kata berkemas jer bilik dorang.. of cos la, dah ada pompuan kut. Adlan kena la belajar mengemas rumah. bila lagi. Teringat pulak dekat Ecah, kalau lah dari dulu Ajue decide dia belajar sama sama dengan Adlan kan senang. Takyah pening2 nak pk pasal IC yang tak dapat tu, takper laa benda dah lepas. Ada lah hikmahnya kan. Allah jer yang tahu.