Wedding Anak CT

My bff punya son wedding. Sumai Hotel Terengganu. 14 MAC 2020

Alhamdullilah, berjaya juga merealisasilan impian dan hasrat bestfriend Ajue untuk menjadi Floor Manager bagi majlis perkahwinan anak teruna nya. Tahniah sahabatku Siti Munirah Jusoh dan Dr Azmi. Im very happy for both of you. Mak mentua yang tetap vogue de vass gethu!!!

Kami lawan kawan rapat serta family CT dihadiagkan kain lace serta lining untuk dipakaikan sedondon di hari yang berbahagia ini. Kain tu Ajue dapat masa end January. Pikir punya pikir tak tahu nak tempah kat mana. Most tailor dah taknak ambik. Lagipon nak pakai 14 Mac 2020. Nasib baik Ajue ada kenalan butik owner dekat SACC Mall Shah Alam ni. Tanpa buang masa, Ajue ke sana jumpa dengan Owner dia sendiri. Adreanarose. Yes, itulah butiknya.. hasil perbincangan sejam jugak nak design baju sesuai dengan Ajue yang ala ala model pencen ni kan. Haha

Hasilnya.. yesss marvelesss. I likeeeee sangat. Thank you Ros, semua puji hasil kerja tangan beliau. Siap dengan shawl sulam tangan lagi dapat untuk matching dengan dress tu. Happy samgatttt. Jauhlaaa nak compare dengan Jxxxx tu. Hampeh jer. Dah la mahal.

Flite Ajue jam 6.55 petang, lepas waktu kerja Jumaat 13 Mac 2020. Ajue taknak skip kerja, so Ajue hangkut sekali laptop lepak Golden Lounge buat kerja sampai 5.30pm. Bestt lepak sini. Makan dah la FREE.. haha. Latte 3 kali . Menu bertukar, Ajue hentam semua. Lol

Oh ya, sebelum masul lounge, Ajue singgah butik Laneige nal beli compact powder. Last Ajue beli masa kat Korea dulu. Dah habis pon. Tapi malangnya, kat KLIA takde yang anti aging. So Ajue ambil jer yang ada conceiler. Pastu tanya sales girl tu, sun block untuk 14 years old. Dia suggest beli yang spf50 light. Ajue tunjuk lah muka princess Anis yang hangus terbakar dek cuaca panas berjemur masa MSSM Archery. Dia kesian, terus bagi FREE set whitening trial kit dan night gel and mask. Alhamdullilah, rezeki Anis. Pastu Ajue cakap la, Ajue ada 2 anak dara .. alih alih, dia bagi lagi FREE trial set untuk Ecah. Yeayy rezeki Ecah jugak.

Sampai KT, Ajue ambik grab jer untuk ke Sumai Hotel and Apartment. CT dapat 4 bedroom apartment. Alhamdullilah. Ajue dapat bilik katil single. Maklumlah, sorang jer kan. ANN dudul queen bedroom dengan anak dia . Then master bedroom untuk bilik pengantin bersiap pagi tu

Malam tu majlis berinai, tema Bollywood. Tapi Ajue tak join la.. pakai jubah jer. Haha. Rehearsal habis jam 12 malam. Masing masing berdebar untuk majlis esoknya. CT ada bawalkan 2 bekas Qasidoh. Bestttt favourite Ajue.

Esoknya , jam 9 pagi lami para AJK yang stay kat Sumai dah turun bersiap sedia. Makanan sampai awal, nice. Senang nak susun terus bagi kitchen buat. Then one last rehearsal.

Alhamdullilah majlis berjalan smooth seperti yang dirancang. MC, Nasyid, AJK semua have done really great job!!!! Syabasss. Tuan rumah happy. Kita pon turut la happy. Thank you all. Tiada yang mustahil apabila satu team saling bagi kerjasama yang terbaik.

Nak jadikan citer, belah pengantin perempuan merupakan adik bongsu kepada Sukma Team teganu Archery Ajue dulu.. yaaa Allahh. Kecilknya dunia. Happy to see him and Abang Aji. Tapi tak sempat nak sembang dengan abang aji sebab beliau dah balik terlebih dulu.

Petang kol 4, mama Ajue datang ambik bawak balik Permin Jaya. Flite Ajue balik KL malam esoknya.

Ahad tu mama Ajue beli nasi lemak ikang aye untuk breakfast. Then, tengahari cousin Ajue datang dengan makcik bawak nasi kerabu. Yum yum. Sempat lagi Ajue beli roti paung Nazir dan nasidagang untuk bawak balik Shah Alam. Flite Ajue yang lite, takde kilo. Tapi sebab Gold member, Ajue entitle 10kg free. Nasindagang sajer dah 7kg hand carry. Haha. Sampai airport, mak Ajue hantar awal sebab mama tak boleh drive malam. Boarding gate tak bukak lagi, so lepak dulu kedai depan boarding gate tu. Ngeteh dan makan satay ikan. Sedappp.

Skrang dalam flite nak tunggu fly. Sempat jugak update blog ni. Yeszaaaa.

Sorry la dalam.blog ni tetiber ada gambar kasut. Tu sebab geng ehem ehem tanya kasut tinggi mana Ajue pakai. Haaa kau. Kutayang di sini lol

Post knee procedure

Brisk walk and Slow jog

Alhamdullilah lepas knee procedure last year, now knee Ajue dah makin progressive. My Orthopedic advice to start brisk walk 3 weeks, slow jog 3 weeks sebelum my next appointment 20 March 2020.

So yeah.. Ajue consistently did it. This week dah masuk 2nd week slow jog.

Ajue tak buat jauh pon, hanya 3km jer. Dapatlah pusing tasik shah alam tu.

Age is just a number. Finally 45!

Surprise birthday from family

Alhamdullilah, genap sudah 45 tahun Ajue hidup dimuka bumi Allah ini. Syukur kerana diberikan kesihatan serta anugerah 4 cahayamata yang tiada galang gantinya.

Semoga nikmat ini kekal malah makin bertambah sehingga ke akhir hayat Ajue, insyaAllah.

Kejutan dibuat oleh keluarga serta anak anak. Mastermind nya ialah Ecah. Siap pakat dengan sepupu2 lagi.

Terima kasih dengan kejutan ini. Sangat la terkejut. Namun begitu, Anis dan Adlan hanya dapat mengikuti di alam maya sahaja. Maklumlah jauh …

Terima kasih semua kerana menjayakan kejutan birthday Ajue yang ke 45 😍

Road to MSSM Baling Kedah 2020 Archery

KYS to MSS Melaka to MSSM 2020

Alhamdullilah. Setelah hampir 5 tahun Anis berkecimpung dalam sukan memanah, akhirnya ni kali pertama Anis memenangi medal.

Pusingan pertama Anis tak berapa ngam dengan padang dan persekitaran. Ditambah pula dengan angin kencang, Anis hanya mampu berada di kedudukan ke 7 ranking.

Walaubagaimana pon, pada set kedua kejohanan MSS Negeri Melaka, Anis melonjak naik 80 lebih mata menjadikan beliau di kedudukan kedua teetinggi. Agak jauh untuk mengatasi idola nya iaitu Aleesha yang setiap tahun memegang juara B15 Negeri Melaka.

Pada keseluruhannya, Anis berjaya mendapat tempat ke 3 untuk Negeri Melaka. Maka dengan itu, Anis secara langsung terpilih untuk menyertai kontigen Negeri Melaka pada temasya sukan MSSM peringkat kebangsaan yang akan di adakan di Baling, Kedah nanti.

Manakala dalam pusingan Olympic pula Anis berjaya ke peringkat Semi final namum kecundang pada pihak lawannya. Syukur dapat jugak pingat gangsa pada pusingan ni.

Keseluruhan, 3 medal.

  • Kedua set2, pusingan kelayakan
  • Ketiga keseluruhan pusingan kelayakan
  • Ketiga pusingan Olympic

Syabas Anis, teruskan perjuangan mu. Usah pedulikan apa orang kata, yang penting how you represent yourself. All the best!

Birthday Aleesha

Happy Birthday Aleesha 6th !!

Surprised birthday untuk cucu Tok Alang yang ke 6. Dan jugak surprised untuk Ami Luq hehe. Birthday tema Frozen gethu!!.

Lama tak kumpul ramai2. Seronok pulak. Semoga dapat gather2 lagi lainkali. InsyaAllah.

Sesi membawang sampai ke malam baru habis haha

KYS Cross Country 2020

Annual Event for KYS

Acara setiap tahun oleh KYS. Last year Anis dapat tempat ke 7. Tahun ni merosot sedikit sebab compete dengan F3. Overal kategori dia tempat ke 11. Tapi dalam F2 still top 10.

Ajue plan nak pergi tengok pon dah last minute. Jam 5 pagi tolak dari Shah Alam. Solat Subuh dekat RnR Ayer Keroh. Sampai KYS gulap gulita lagi hahaha. Semangat haaaa parents rumah Rahman ni.

Run bermula agak lewat jugak. Matahari dah keluar. Alhamdullilah semua berjalan lancar. Overall rumah Rahman menjuarai tempat pertama dalam semua kategori kecuali 1 jer tak dapat tempat pertama. Its ok, apa apa pon tahniah Rahman, juara keseluruhan Kejohanan Cross Country kali ni. Yeszaaaa