Cheritera Hati GA

Okay, tanpa menghampakan harapan seorang kawan, Ajue update blog kali ni dengan kenalan baru iaitu Cheritera Hati..





Sorry Mus, Kak Ajue copy/paste jer.. hehe


GA dia senang je.

Korang buat je 1 entry, kat blog citer sikit pasal  Cheritera Haty Haney ada buat GA yang due date dia sampai 3 Feb nanti nih…

Lepas tu kan, korang kena tag 2 orang blogger, kalau lebih tak surelah pulak boleh ke tak.. so untuk kali ni kita nak tag Hasnol, kawan masa kat Encoral dan jugak Uji, Ajue punya sister in law.


Dugaan dan cabaran seorang usahawan

Siapa yang tak pernah diduga dengan tohmahan dan lemparan kata-kata kesat dalam berniaga? Maka beruntunglah orang itu. Kerana bagi Ajue, itu semua asam garam dan adat orang berniaga. Kita sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan namun, sejauh manakah ketahanan mental kita mampu untuk mengatasinya?



Ajue baru saja selesai urusan kemasukan anak sulung ke asrama tahfiz Al-Quran As-Sofa. Macam-macam fikian dan perasaan bermain di minda, ok tak dia, penat tak dia, boleh ke dia, mampu kah dia.. lebih-lebih lagi dapat panggilan dari Adlan sambil nangis-nangis cakap jadual terlalu ketat sampai dia tak sempat nak buat apa-apa dan macam-macam keluhan didengar sayup di telefon… Sayu hati seorang ibu mengenangkan anaknya yang jauh di mata. Namun Ajue yakin keputusan yang dibuat adalah tepat cuma ia memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan kerana terlalu selesa dengan apa yang di’hidangkan’ di rumah selama ini. Ajue kuatkan semangat kerana jika Ajue turut menangis, takut nanti Adlan akan terus bersedih dan mungkin berpaling hati untuk tidak teruskan pelajarannya. 


Dan pada masa yang sama, Ajue turut terkena lontaran kata-kata serta sindiran yang sedikit sebanyak menggugat keteguhan hati untuk berniaga.. Namun, Tuhan itu Maha Adil, diujinya Ajue dengan sindiran, diberikan Ajue pula dengan keluhan Adlan. Apakah maksudnya itu? Jadi Ajue take it positive, untuk Adlan , Ajue kena kuatkan semangat dia, berikan dia kata-kata nasihat dan perangsang untuk tidak berputus asa, doakan Adlan dengan segala Rahmat Allah agar diperliharakan maruahnya dan dipermudahkan segala urusannya. Secara tak langsung Ajue telah lakukan untuk diri Ajue sendiri! Yes! Ajue berjaya motivasikan Adlan, dan dalam ertikata sebenarnya Ajue telah berjaya motivatekan diri Ajue sendiri!. Mungkin ini secara tidak sengaja dilakukan namun ia telah memberi kesan yang mendalam bagi diri Ajue. Alhamdullilah…


Secara tak langsung, ujian dan dugaan Allah inilah membuatkan Ajue meneruskan perjuangan ini walau apa jua keadaan sekalipon kerana “bekerja keraslah kamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok harinya“

Petikan dari rakan seperjuangan dalam facebooknya: 

Nature biz yg i ceburi sekarang memerlukan KETAHANAN mental & emosi yang kuat; juga KESABARAN yg sgt tinggi. Kalau org gelakkan sikit dah MALU, kalau org cemuh sikit dah MELENTING & org tegur sikit nak BERKECIL HATI, memang akan mudah sgt MENGALAH lalu TERSUNGKUR di pintu KEJAYAAN

 

Sekadar Peringatan untuk diri sendiri

Sepanjang minggu lepas dalam kesibukan menyiapkan urusan pejabat serta mengatur stratergi kumpulan, Ajue dikejutkan dengan berita kematian sepupu sebelah husband. Masa tu baru jer selesai demo dan fitting customer kat Putrajaya. Setelah selesai, balik rumah untuk solat Asar, terus bergegas ke Tanah Perkuburan Selayang kerana arwah akan dikebumikan selepas asar pada petang itu juga. Padahal masa tu telah set kan 2 appointment untuk potential rakan kongsi. Dengan berat hati Ajue terpaksa membatalkan semua urusan pada hari itu.

Setibanya di Selayang, arwah telah selamat disemadikan dan tiba-tiba hati terasa sayu dan pilu melihat kubur yang baru sahaja disempurnakan. Terlintas di fikiran, apakah tiba masa Ajue nanti ramai orang akan datang mengiringi jenazah hingga ke kubur? Atau semua orang sibuk dengan urusan dunia sehinggakan langsung tidak pedulikan Ajue? Tanpa disangka airmata bercucuran dan hati berdebar-debar serta perasaan bercelaru hinggakan mulut tak terkata apa-apa… hanya beristighfar banyak-banyak kepada Allah atas segala kelalaian yang dilakukan samada sengaja mahupun tidak.  
Alhamdullilah Allah masih sayangkan Ajue dengan kesedaran ini. Jika dulu terpaksa kerja siang malam, selalu pergi outstation tinggalkan anak-anak kat pembantu, semata-mata kerana mencari rezeki, kini Ajue lebih nekad dan bersemangat untuk mencapai impian dan matlamat menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak selepas ini. Dan impian paling besar sekali ialah untuk pencen awal by age 40 demi keluarga. InsyaAllah…

Setiap insan pastikan merasa 
Saat perpisahan terakhir 
Dunia yang fana akan ditinggalkan 
Hanya amalan yang akan dibawa 

Terdengar sayup surah dibaca 
Sayu alunan suara 
Cemas di dada lemah tak bermaya 
Terbuka hijap di depan mata 

Selamat tinggal pada semua 
Berpisah kita selamanya 
Kita tak sama nasib di sana 
Baiklah atau sebaliknya 

Amalan dan taqwa jadi bekalan 
Sejahtera, bahagia pulang…kesana 

Sekujur badan berselimut putih 
Rebah bersemadi sendiri 
Mengharap kasih anak dan isteri 
Apa mungkin pahala dikirim 

Terbaring sempit seluas pusara 
Soal bicara terus bermula 
Sesal dan insaf tak berguna lagi 
Hancurlah jasad dimamah bumi 

Berpisah sudah segalanya 
Yang tinggal hanyalah kanangan 
Diiringi doa dan air mata 
Yang pergi takkan kembali lagi

Premium Beautiful : Payment plan for your premium corset

Buying Premium Beautiful corset will be the best investment ever as it is not only for your beauty but it is designed 70% for health and 30% for your beauty.



It will make your body shape better and your women’s problem will be cured through consistent wearing. 


Examples of woman problems including :
  • period pain, 
  • backpain, 
  • migrain, 
  • cist, 
  • keputihan, 
  • selulit, 
  • period tak teratur, 
  • flabby 
  • excess fat, 
  • “failed their diet and gym activities”



Premium Beautiful is the answer for all above and also help to stay slim and in shape without sacrificing your time for diet and exercise. 


And it isLifetime Warranty! So any problem, you can send it for repair for free anytime and anywhere you area.




Want to know the installment plan?



For further information, please call me at 6013-2260082!







How about RHB EASY loan??


RHB Easy nie adalah from RHB. Easy-Pinjaman Ekspres – Personal Financing

Require access to funds urgently? Just bring along your MyKad and head to the nearest Easy branch to apply for a personal loan and obtain instant approvals and loan disbursement. Unique features:
* No documentation required
* On-the-spot approval and disbursement in less than 10 minutes
* Flexible Personal Financing amounts from RM2,000 to RM50,000
* Low monthly installment amount from less than RM60 per month
* Flexible loan repayment tenure of up to 5 years (60 months)



Example plan as below:







So, with this info hope to help those who really want to have their own PB corset!. 



>SBPI Interview

>

Adlan juga mendapat panggilan untuk menghadiri temuduga kemasukan ke SBP Form 1 tahun depan. Sekolah SBPI Gombak call cakap interview on Selasa 22 November 2011. Since Adlan still lagi kat KYS untuk Residence Based Selection, kami request untuk sesi lain lepas tamat RBS. 



Still kepenatan sebab baru jer habis RBS pagi tadi, then terus tukar baju pergi interview SBP pulak. All the best Adlan!



This is taken from some web:

Tetapi untuk pengetahuan para ibu bapa, murid-murid yang ditemuduga oleh SBP dan SBPI adalah merupaka kuota 20% yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pengetua sekolah untuk memilih sendiri pelajar mengikut kriteria keperluan khas sekolah. Sekiranya anak-anak tuan-puan aktif dalam bidang kokurikulum dan ko-akademik dalam dan luar sekolah serta memegang jawatan-jawatan penting di sekolah, mereka akan mendapat keutamaan untuk kuota 20%. Pihak SBP da SBPI juga akan memaklumkan pihak sekolah (sekolah asal -SK) dan waris samada melalui surat atau telefon jika tersenarai dalam list (senarai) temuduga.

Walau bagaimanapun, sekiranya anak-anak tuan-puan tidak ada dalam senarai temuduga atau tidak mendapat apa-apa makluman daripada pihak SBP dan SBPI jangan bimbang kerana kuota 80% lagi adalah pemilihan daripada KPM.

 Kami as parents of course mahukan yang terbaik untuk anak-anak. And I believe all parents are with the same thought as me. Apa-apa pon, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. So Adlan, buat yang terbaik dan selebihnya berserahlah kepada yang maha Esa. Ameen.