My colourful of LIFE in 2012

Pejam celik pejam celik 2012 dah pon nak menutup tirai. Ajue percaya semua orang mempunya banyak kenangan pahit manis yang akan ditinggalkan sepanjang tahun ini kan. Ada hitam, ada putih , kelabu pon ada. Tapi lagi best kalau ianya berwarna warni, betul tak!

So, Ajue pon melalui satu perubahan yang ketara sepangjang tahun 2012 ini. Bermulalah dengan family sendiri, pekerjaan yang selama 14 tahun Ajue berjuang, vacation trip samada dengan keluarga mahupon bisnes sehinggalah kepada kesihatan. Semuanya ada ups and downs, ada hitam putih dan warna warni, ada senang ada sukar. Namun semuanya dilalui dengan tenang dan sabar. Life must goes on, setuju tak?

So, bermula dengan family.

First time rasa anak masuk asrama. Tak lain tak bukan, anak sulong Ajue. Sedih, bangga, pilu, gembira, rindu. Semua lah perasaan ada. Jadi tak hairan lah kalau every week Ajue ulang alik Shah Alam – Rembau semata mata untuk jenguk dia. Bayangkan, selama setahu. Tak pernah miss walaupon sekali.

Diikuti pulak dengan anak kedua punya cerita. UPSR tahun nih. Dan Alhamdullilah ikut jejak abang dia dapat 5A. Tahniah Ecah!

Anis pulak, dah graduate tadika 6 tahun. Suka sangat dengan drama pentas. Dan tak kekok bila on stage. Dah besar princess sorang nih..

Apiq? hmmmm apiq tunggguuu.. Story dia kat bawah sekali.. Hehehe

Orait coming to dunia pekerjaan pulak. Setelah 14 tahun Ajue didalam dunia pekerjaan sebagai IT Consultant, akhirnya Ajue mengambil keputusan untuk resign dan menumpukan sepenuh masa Ajue dengan dunia bisnes. Dan dah ada company sendiri iaitu AjueRashid Enterprise. So, bermula dengan April 2012 Ajue bergelar Fulltime Business Woman. InsyaAllah akan meneruskan matlamat serta impian Ajue untuk Freedom Time dan Freedom Money by age of 40 nanti. Ameen…

Takkan bisness jer memanjang, boring la jugak, kan. So, Ajue isikan dengan menjadi PIBG kat sekolah anak Ajue serta Komuniti IbuBapa untuk bantu anak anak menghadapi UPSR tahun ni. Barulah balance kan. Work and Life Balance!

And 2012 jugak paling mencabar Ajue sebagai full time ‘housewife’ kerana pembantu Ajue yang selama lenih kurang 6 tahun dengan Ajue telah balik ke Medan kerana ingin berumahtangga. Ida, banyak membantu Ajue. Malah kalau Ajue outstation, langsung tak risau kalau Ida ada. Tapi nak buat macamaner, dia pon ada life dia sendiri, kan. dan inilah merupakan perubahan yang besar dalam hidup Ajue, kerana semuanya kena buat sendiri daripada kemas rumah, laundry, masak, serta uruskan anak anak. Nasib baik kan buat bisnes sendiri, so TIME is MINE!

Orait, bercakap pasal Vacation pulak, Ajue dah qualified 3 trip perlancongan since buat bisnes nih. Dannnn semua ha adalah FREE!!! Lain tau kalau pergi free nih. Sebabnya semua orang aturkan u tuk kita. Beza dengan trip yang Ajuerashid Enterprise buat. Sebab Ajue adalah agent. So, kenalah pastikan semuanya berjalan lancar.
Dengan Hai O, Ajue dah pergi Veitnam dan Guangzhou. Untuk yang ketiga iaitu London dan Paris akan pergi bulan March tahun depan. Besttttttt!!!!

Dan dengan Ajuerashid Enterprise pulak, trip ke Zurich, Milan, Trento dan Venice via Oman Air.

Dari segi kesihatan pulak, agak kurang memberangsangkan. Tapi Ajue percaya ada hikmah disebaliknya, kan. Tuhan saja yang maha mengetahui. Bukan Ajue yang sakit, Tapi anak anak serta husband Ajue…. Sorang denggi, sorang demam panas dan sorang lagi terkena wap panas kereta..

Well, perjalanan bisnes Ajue turut menyaksikan perkembangan network serta keberanian menjelajah satu semenanjung dalam setiap bulan. Ajue mempunyai network di Perlis, Kedah, Penang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan KL, Negeri Sembilan, Johor, Melaka. Dan bakal mengembangkan lagi ke Pahang, Perak dan Sarawak insyaAllah…

Akhir sekali, pencapaian dalam bisnes. Ajue merasa syukur atas apa yang telah Ajue kecapi setakat ini. Dan sesekali tidak timbul rasa menyesal kerana memilih untuk melakukan perniagaan sendiri setelah 14 tahun dalam dunia corporat. Ini semua dilakukan demi anak anak serta masa depan keluarga.

Walau rintangan, walau dugaan, walau kesilapan sekalipon yang telah Ajue lakukan, Ajue tempuhi juga dengan hati yang tabah dan teruskan usaha Ajue.

Untuk semua pembaca blog Ajue, ini untuk anda…

Semalam adalah kenangan, Hari ini adalah kenyataan dan Esok adalah Harapan.

Selamat menyambut 2012!!!!

Result UPSR Officially released

Alhamdullilah hari yang ditunggu tunggu sudah tiba. Semua sudah maklum dengan nya kan.. Hehhehe well,sebagai ibu dan juga AJK Komuniti IbuBapa serta wakil PIBG SK 24 sudah tentu debaran tu sangat sangat kuat.

Tahun nih merupakan tahun kedua Ajue dalam Komuniti Ibu Bapa membantu para pelajar serta guru dalam meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam UPSR.

Walau apa pon, kita manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan punya perancangan lagi hebat dan kita semestinya Redha dengan segala ketentuannya.

Oraitt, tahun nih keputusan peringkat daerah dilakukan kat sekolah anak Ajue. So, sebelum kol 10 pagi lagi dah berderet kereta wakil sekolah daerah petaling datang untuk ambik result sekolah memasing.

Lebih kurang jam 11 pagi baru kami warga SK 24 berkumpul untuk dengar keputusan dari guru besar.

Debaran para pelajar kian terasa…

Ibu bapa pon turut berdoa saat saat akhir menjelang keputusan diumumkan….

Orait, ni keputusannya….

Alhamdullilahhhh sebagai ibu Ajue bangga dengan pencapaian cekemek nih. Even masa trial tak pernah langsung dapat full A… Tak macam abang dia, semua trail dan ujian bulanan sentiasa dapat 5A. Tu lah, saper kata mak buat bisness tak mampu lahirkan anak yang berkualiti??? sebab apa Ajue cakap macam nih, sebabnya masa buat bisnes dulu kedengaran suara suara yang mengatakan mak sibuk kehulu kehilir buat bisnes, anak anak kelaparan kat rumah, terbiar macam tu sajer. Well, hari nih Ajue buktikan bahawa walau sessibuk mana Ajue dalam mencari rezeki Ajue tak pernah lupa dengan kewajipan sebagai seorang IBU! Dan bisnes ni pon adalah semata mata kerana anak anak jugak. Suka hati la orang nak cakap apa, kan. Kegembiraan Ajue telah menutupi segala kesakitan dalam hati setelah apa yang diperkatakan!

Hanya dengan kejayaan anak anak sahaja yang mampu membuat Ajue tersenyum dan merasa bangga. Thank you all my children. And thank you Allah atas segala yang Ajue perolehi setakat ini.

Inilah barisan anak anak AJK Komuniti yang berjaya dalam UPSR. Syabas anak anak ibu… Ibu bangga dengan kalian!

YAY!!!! kami berjaya dengan cemerlang. Thank you Allah.

Azam, Kesungguhan serta kepimpinan Part III

InsyaAllah entry kali ni part terakhir kut untuk citer pasal keazaman, kesungguhan serta kepimpinan nih.

Dalam Part I dan Part II dah citer / flashback apa yang terjadi dalam hidup Ajue serta apa yang telah Ajue usahakan selama ini. Ingin Ajue mention lagi sekali bahawan bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar mengimbas kembali serta muhasabah diri sendiri atas segala yang telah dilakukan agar menjadi penguat semangat serta dorongan untuk Ajue teruskan perjalanan hidup dan perjuangan ini.

Ajue dah bekerja selama 14 tahun dan Alhamdullilah Ajue telah capai apa yang Ajue impikan dalam kerjaya sebagai IT Engineers. Nak pergi oversea pon dah tercapai jugak hasrat samada dengan melalui business trip mahupon personal expenses. Thanks to PalacaVacationClub yang memjadikan Ajue members untuk vacation club nih. Details pasal Vacation Club baca sini yer. Pastu Ajue jugak members untuk Traditional Chinese Medication (TCM Wellness) Club. Semua nih ambik untuk family. Sebab yer la, dah kahwin sure fikiran tertumpu kat family jer.. And, dua dua club yang Ajue join nih bukan sahaja untuk family, siap boleh gunakan untuk parents, adik beradik dan kawan-kawan lagi. Untungkan! Ajue memang suka lakukan aktiviti bersama-sama family and friends.

Orait, nak sambung pasal entry ni, mungkin ada yang dah tahu Ajue dah Fulltime buat business Premium Beautiful. Dan ada yang jugak tak tahu, kan. Ramai yang tanya naper berhenti kerja nak buat business?

Actually dah lama Ajue nak carik side income untuk top up mana-mana yang perlu dalam perbelanjaan keluarga. Yer la, kalau dulu Ajue dan husband selalu travel sana sini dan kami hidup dengan allowance dari company. Rezeki datang dari Allah so tak perlu kita persoalkan lagi,kan. Sampailah ke satu tahap Ajue dah rasa boring nak travel, kalau kejap takper, sekali tavel ada yang sampai berbulan-bulan tinggalkan family. Berbaloilah dengan apa yang kita pelajari dulu masa U, boleh praktikkan, ilmu boleh dikongsi bersama, insyaAllah dapat manfaat kepada manusia. Tapi, bukan sebab dah tak nak share ilmu di dada, tapi bila memikirkan anak-anak yang sedang membesar dan perlukan ibu dia di rumah, Ajue terpanggil untuk hentikan semua itu dan fokus kepada anak-anak pulak.

Dulu husband ada mintak migrate ke Arab Saudi, Alhamdullilah dia lepas, tapi kekurangannya tak boleh bawak family.. hmmm sebab itu lah kami tak jadi migrate. Ingatkan kalau dah migrate boleh la Ajue berenti kerja jadi fulltime housewife.

Then, teringin nak buat franchise. Bukak coffee shop. Lepas attend seminar PNS, perlukan modal dalam 245K untuk simple coffee shop.. mak aaiiii…. banyak tuh! Memang la boleh nak buat loan, tapi rasanya tak berbaloi la pulak, dah la kena berhenti kerja, pastu ROI dapat lepas dah 2 tahun running business.. habis dalam masa tuh camaner nak survive kan.

So, dipendekkan cerita, awal tahun 2011, Ajue bersama dengan beberapa parents yang ingikan anak-anak kami mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR menubuhkan satu Komuniti di mana parents bekerjasama dengan cikgu sekolah untuk jalankan aktiviti bersama anak-anak kami yang berada di tahun 6. Dan Alhamdullilah, keputusan UPSR tahun lepas menunjukkan peningkatan 100% sekolah anak Ajue dalam UPSR. Dan Ajue sekali lagi diberi kepercayaan untuk membawa Komuniti untuk 2012 pulak. InsyaAllah akan Ajue lakukan sebalik mungkin. Ada yang tertanya, apa Ajue buat dalam Komuniti? Nak cerita detail kat sini agak panjang la jugak kan, so details dia ada kat sini. Ajue sempat hasilkan satu video yang merangkumi semua aktiviti yang kami jalankan sepanjang tahun 2011. Tengok lah kat sini. 😉

Awal bulan March tahun ni, Ajue dan family diuji dengan pelbagai dugaan. Orang kata Allah takkan menguji hambanya sekiranya Dia tahu hambaNya tak mampu untuk menghadapinya. Memang betul. Alhamdullilah kami mampu mengharunginya malah kami merasa begitu agungnya kuasa serta rezeki yang Allah berikan. NikmatNya memang tak terhingga, sukar untuk diluahkan!

Rancangan awal untuk ambil cuti tanpa gaji atas alasan untuk settlekan problem kami, bertukar dengan resign terus dari company. Maaf yer atas sebab-sebab tertentu Ajue tak dapat share kan disini. Hanya orang yang rapat sahaja mengetahui. Namun apa pon yang terjadi Ajue redha dengan ketentuan Allah. Malah Ajue merasakan begitu tenang sekali sekarang ini. Ajue dapat tumpukan sepenuh masa Komuniti yang Ajue pegang seramai 70 pelajar dan 15 parents. Juga PIBG sebagai Biro Pendidikan Sekolah di Shah Alam ni. Dan yang menjadi punca rezeki Ajue sekarang ni jugak iaitu Premium Beautiful. InsyaAllah akan Ajue pimpim networks Ajue dengan bersungguh-sungguh dan seikhlasnya agar sentiasa diberkati dan dirahmati Allah serta dimurahkan rezeki kami.

Walaupon dah tak kerja pejabat yang menjanjikan income tetap every month, namum sebagai seorang entrepreneur kepada produk Premium Beautiful, Ajue yakin, rezeki yang Allah berikan. Kerana ,

bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup selamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari

 

Kepada semua business partner Ajue yang baca blog ini, marilah kita pasangkan NIAT yang ikhlas kenapa kita nak buat business ni. Kerana niat yang ikhlas akan dipermudahkan Allah rezeki kita. Niatlah:

  1. Untuk bantu keluarga, menigkatkan ekonomi keluarga agar hidup kita terjamin di masa hadapan. Dan jugak untuk bayar segala hutang yang telah kita lakukan dulu. Sanggup kah kita tersenarai dalam black-listed sewaktu usia masih muda?
  2. Untuk bantu suami. Ini ditujukan kepada para isteri. Takkan la kita sanggup tengok suami kita kerja siang malam cari duit sedangkan kita yang paling banyak habiskannya? Apa akan terjadi jika suatu hari nanti suami kita tak mampu untuk bekerja lagi? Adakah kita mampu untuk memikul tanggungjawab selepas itu tanpa berbuat sesuatu sebagai back up?
  3. Untuk diberikan kepada Ibu Bapa kita. Ingatlah yer, kita asalnya daripada orang tua kita. Tak kan terdetik di hati kita untuk membalas segala jasa mereka bila kita dah bekerja? Takkan selamanya kita mahukan simpati dari orang tua kita? Nanti esok takkan parents kita nak tanggung cucu mereka pulak? Fikirkanlah yer..
  4. Tabungan untuk pendidikan anak-anak kita. Semua dah tahu kan, pendidikan sekarang amat memerlukan duit. Tak kan kita sanggup biarkan anak-anak kita tanpa pelajaran? Andai kata mereka berjaya dapat masuk U, takkan nak mengharapkan bantuan kerajaan ataupon loan PTPTN? Kepada yang baru kahwin, dan bakal berkahwin, mungkin tak terasa ini semua. Tapi ketahuilah, bila anak dah besar, semuanya memerlukan duit. Kalau kita tak de simpanan? Camaner?
  5. Jangan menunjuk!. Ingatlah kalau niat kita nak menunjuk-nunjuk dengan kekayaan kita, kita mungkin tak kekal lama dalam business ni. Malah takut pulak kita susah nak dapatkan rezeki kalau niat tak betul. Ayuh, perbetulkan niat kita yer!

 

 

Azam, Kesungguhan serta kepimpinan Part II

Ok, sementara menunggu kawan untuk lunch, update blog lah.. Untung dapat lucky draw ipad2 masa company hubby dinner hari tu. boleh gak la jadi peneman setia sekarang nih.

Enrty lepas Part I citer pasal zaman sekolah, U dan kerja. Ni nak sambung pulak aktiviti yang pernah Ajue lakukan sajer untuk suka suka. Ajue kan suka mencuba, suka explore benda baru yang jarang orang buat. Sebab Ajue sukakan keunikan tersendiri, chewah…

Suatu hari masa lepas pantang anak keempat, badan dah naik sikit… Errrr bukan sikit, banyak kut…lol! Pastu tengah lepak2 ngan Ina, dia cakap dia ada aktiviti besttt. Ina nih dah macam kakak Ajue, even kalau ikut umur lahir Ajue lagi tua dari dia tapi Ina lah tempat Ajue berkongsi suka duka dan Ajue cukup cukup kagum dengan beliau. Even anak Datok, Ina very down to earth. Lagipon Ina nih satu kepala ngan Ajue. Ingat lagi masa tournament memanah kat UUM dulu, kami ikut abang abang polis masuk sempadan Thailand, kekekeke dah la takde passport, selamber jer kan. Berani buat sebab naik truck polis. Hehe.

Ok, cakap pasal aktiviti baru kami, iaitu Boxing! Tak percaya? betulll… Kami masuk boxing, dengan kata lain cardio boxing. Sajer untuk cepat kuruskan badan masa tuh, tapi dah jadi ketagih la plak. Syookkkkk.. Kami register kat True Fitness Mont Kiara ambik passport terus so boleh pergi mana mana fitness centre kat Malaysia. Dapat pulak instructor yang satu kepala.. Apa lagi, happeningsss laa. Thank you Suhaimi train kami tanpa jemu..kikiki

Then lepas boxing sampai habis session. Ajue bertukar angin pulak dengan hidupan dasar laut, iaitu diving. Siap gi Tioman ambik first lesen. InsyaAllah bulan May nanti ambik next level plak. Masa kat Tioman, en suami teman tapi dia tak suka sangat lagipon dia ada sinus, so susah sikit nak menyelam dalam. Next trip kat Pulau Bidung dengan instructor Jay iaitu cousin Ajue. Kali nih bawak anak buah Ajue sekali , dia nak buat lesen gaks..
Bila diving nih, kena ikut jer arahan sebab kita mana boleh sembang kan , yer laaa dah duduk dalam laut, so pakai isyarat tangan jer. Mula mula memang nerves la tapi bila dah kat bawah sana melihatkan keajaiban Allah, macam tak nak naik! Begitu menakjubkan. Hati kitia akan tenang tengok hidupan dasar laut. Trust me! Sesaper yang belom mencuba, dipersilakan. Susah nak explain camaner tapi memang hebat!

20120402-133608.jpg

20120402-133651.jpg

20120402-133726.jpg

Azam , Kesungguhan serta Kepimpinan Part I

Assalamualaikum,

Dah lama tak membebel kat blog Ajue nih, past entry cerita sikit pasal whats happening jer kan. So kali ni rasanya nak flashback kembali apa impian serta matlamat yang Ajue telah setkan serta apakah dah tercapai target yang telah Ajue tetapkan dalam hidup ini.

Kita mula dari lepas sekolah menengah lah ek, sebab kalau nak imbas kembali zaman kanak-kanak dulu terlalu banyak la pulak nak tulis kat sini, hehe.

Masa kat UUM, Ajue suka mencuba sesuatu yang jarang orang nak cuba. Wah apakah itu? Takde laa benda simple jer, Ajue nih minat sukan, tapi masuk bola tampar tak menjadi, kunun nak jadi macam citer Moero Attack tu la.. hehe. Lepas tu, kawan baik Ajue (Tuty) introducekan satu sukan yang memang menguji tahap kesabaran diri serta sejauh mana kita dapat menumpukan perhatian dalam bidang sukan itu. Tak lain dan tak bukan ialah Archery. Masa mula-mula masuk dulu ramai jugak yang mengkritik penglibatan Ajue. Nanti gelap la, tak laku la sebab muka berbelang berjemur tengah panas masa buat latihan,  jaguh kampung la, dan macam-macam lagi. Tapi Ajue kuatkan azam dan semangat Ajue serta Ajue bersyukur kerana dikelilingi oleh barisan pemain yang dah seperti adik beradik yang sentiasa memberi semangat agar tak mudah mengalah dan yang paling utama Ajue mempunyai Coach terbaik di Malaysia yang mencanai Ajue dengan tak jemu-jemu hinggalah Ajue mencapai kejayaan yang paling besar dalam sejarah penglibatan Ajue dalam bidang memanah iaitu 5 Emas dan 1 Perak dalam satu pertandingan terakhir Ajue sertai sebelum bergelar Siswazah UUM.

 

Dan masa kat UUM jugak Ajue suka bawak motor besar.. huhu tak percaya? Tanya la Ina. Kan Ina? (sure Ina baca blog ni, confirm punya!) Ajue dah selalu bawak motor besar Acai kan. Siap bawak Ina lagi masa tu masa kat kompleks sukan. Best giler…

Dalam tengah dok memanah tuh, Ajue jugak diberi kesempatan untuk memimpin satu kumpulan kecil pelajar-pelajar sekolah yang nak belajar archery. Agaknya bakat serta kepimpinan yang ada dalam diri Ajue dah ada sewaktu belajar lagi sebab Ajue memang sukakan kanak-kanak serta suka libatkan diri dengan mereka dalam apa jua lapangan. Suka mendalami jiwa mereka dan secara tak langsung kita boleh mengetahui isi hati mereka di samping menjadi sahabat mereka juga.

Dah lepas alam sekolah, matriks dan U masuk pula alam seorang profession. Tak kira la apa jua pekerjaan yang kita lakukan, yang penting adalah NIAT kita sebab keberkatan rezeki tu bergantung kepada hati kita yang suci dan ikhlas. Kalau niat kita ikhlas insyaAllah rezeki kita juga Berkat, betul tak? Tak perlu la kita nak kutuk kutuk orang buat apa yang mereka suka, cermin diri sendiri jugak la sesekali. Apakah kita hanya tahu mengkritik orang sedangkan diri sendiri entah kemana?

Ok ok, tak nak bebel panjang kat sini. Just nak recap balik apa yang telah Ajue capai dalam hidup sewaktu bekerja makan gaji dulu. Bukan nak menunjuk, tapi sekadar imbas kembali kenangan dan segala kejayaan yang telah Ajue kecapi berkat usaha dan kesungguhan dalam melakukan setiap pekerjaan Ajue. Semoga memberi semangat kepada pembaca blog Ajue dan juga diri Ajue sendiri untuk teruskan perjuangan ini. Dan juga bila anak-anak Ajue dah besar, mereka akan baca blog Ajue. Sedikit sebanyak member perangsang serta dorongan semangat bila mengetahui Ibu dia pernah buat itu ini dan Ibu dia telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran yang membuahkan kejayaan. Kalau Ibu dia mampu lakukan, takkan la dia tak mampu? InsyaAllah…

Orait, kerja pertama Ajue iaitu kat Encoral. Bermula dengan trainee kat situ sampailah post Project Manager di akhir tahun kelima Ajue kerja. Dah macam-macam pengalaman dan kenangan Ajue lalui. Kawan rapat, kawan biasa , sahabat sejati semuanya ada. Dulu Ajue Java programmer.. kerja buat coding jer… pastu dah banyak sikit pengalaman, naik sikit sikit sampailah jadi Project Manager. Satu sistem yang menjadi expertise Ajue ialah Sistem Maklumat Pelajar. Sistem ni merangkumi pendaftaran pelajar kat sesuatu kolej atau universiti, daftar subjek, markah peperiksaan, reports, dan sehinggalah seseorang pelajar itu graduate. Eh eh, berkenaan dengan pelajar lagi… hmmmm masa UUM pon Ajue suka involve dengan students, masa bekerja pon dengan students gak. Cuma bidang jer lain-lain, kan. Tak sangka!

Dan kerja kat Encoral la Ajue banyak jelajah seluruh Semenanjung Malaysia, drive sendiri ke Utara, Selatan pastu ke Timur dan balik semula ke KL. Drive sendiri long distance. Maklumlah masa tu kan baru awal 20-an. Semua kena buat sendiri. Tapi Ajue bersyukur sebab dikurniakan sepasang cahaya mata yang menjadi penguat semangat Ajue di kala Ajue lemah. Tanpa mereka rasanya Ajue takkan sampai kut ke tahap yang Ajue inginkan. Alhamdullilah…

Atas desakan hidup masa tu, Ajue bertukar tempat kerja disamping mendapat tawaran yang lebih dari UNITAR. Tapi tak lama pon, lepas tu masuk MNC (multi national company). Mula mula US-based buat CRM, lepas tu company US jugak (Makeena/FNIS) buat sistem ATM machine tu, buat sistem credit card jugak. Kat company ni Ajue pernah ulang alik Singapore sebab client kat DBS Bank sana.

Masa company tu kena beli dengan company lain, Ajue cabut buat Telco pulak kat Orga Systems, German based company. Hampir empat tahun Ajue kat situ dan Ajue antara yang terawal bekerja sebab company tu actually baru jer bukak branch dia kat Asia.

Business travel? Yup, memang banyak sungguh travel dengan Orga nih. Bermula dengan German (5 weeks) untuk product training. So far dah Brazil, Amsterdam, Serbia, India dan lain lain. Details entry ada kat tab menu Travel Diary (update soon kay).

Orang tua tua kata jauh perjalanan, banyak pengalaman. Memang betul pon. Ajue dapat tengok pemandangan, kenali budaya asing, belajar cara diorang hidup dan lain lain lagi. Paling best kat Brazil sebab dua kali kena hantar kat sana. Dan dua tahun berturut-turut Ajue celebrate birthday kat sana! Best sangattttt sebab dapat merasa cara orang sana sambut harijadi! Cake sana sedap.. cara potong kek tak sama ngan kita tau. Derang potong buat bulatan kat tengah dulu, baru potong kecik kecik. Apa pon, Ajue sangat sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Dua bulan kat sana mematangkan diri Ajue untuk menangani pelbagai masalah. Dapat lihat secara live cara diorang hidup dan bekerja demi menyara hidup mereka.

Okaylah kena publish entry ni dulu sebelom sambung Part II dan seterusnya. Sekarang nak hantar anak pi skolah lak… syoknyerrrrr FREEDOM TIME!!!! Tak perlu fikir nak cepat-cepat siap gi kerja harung jem!

Teringat CDM Kak Ana pernah berkata

Kita mesti cipta sejarah diri kita sendiri!

 

Takdir dan Waktu

Title kali ni macam lagu kumpulan Mega kan? Sebab Ajue suka sangat lagu ni masa belajar dulu.

Ok. Nak citer sikit whats happenings lately. Well maid Ajue (ida) yang dah 6 tahun dengan Ajue cakap nak balik kampung dan maybe nak berhenti terus. Fenin jugak nak cari pengganti sebab Ida ni pandai dan tahu segalanya dari kemas rumah, masak dan jaga anak. Even kalau Ajue outstation sebulan pon Ajue tak risau sebab Ida dah macam kakak sulung bagi anak anak Ajue. Malah seluruh family Ajue pon tahu dan kenal hatibudi dia.
Nak tak nak terpaksa jugak cari pengganti baru sebab kita pon fahamkan dia pon nak bersama keluarga dia jugak kan.
So, dipendekkan citer dapatlah sorang maid baru. Tapi Ajue harus ke Medan jemput dia. Ajue ambik day trip last week atas urusan maid baru ni.
Everything went well termasuklah urusan kat imigresen walaupon kena pau hampir 1 juta dari ulat ulat masa nak check in hari tu.
Sampai KL,  baru tahu skrang dah tak boleh buat JP visa sebab last boleh buat bulan Feb jer. Maid baru terpaksa balik ke Medan untuk urusan visa dari sana. Dah nampak dah apa akan terjadi nanti sebab Ajue takde maid nanti kurang kurang sebulan jugak tu. Hmmmm….
Kalau nak diikutkan Ajue tak boleh nak harapkan maid baru kerja macam Ida sebab dia baru sampai. Tak pernah kerja sebelom ni pon. Terus Ajue decide nak work from home jer sambil nak monitor maid yang baru ni.
Dengan takdir Allah waktu yang Ajue nak hantar Ida balik tu, Shahril pulak accident. Nasib baik takde kecedaraan serius cuma kereta Kia tu kena tow la jugak. Terus EL dua hari nak settlekan report police dan insurans. Nak jadikan citer sangkut pulak kat insurans sebab atas nama Ajue tapi yg bawaknya Shahril. So kena settlekan sebelom Ajue ke Medan hantar Ida.
image

Alang alang nak jumpa family Ida, terus Ajue terfikir nak pujuk Ida sambung kerja lagi at least setahun sebab rasanya Ajue tergerak hati nak buat business ni secara Full Time. Kalau ada Ida lega sikit hati nak tinggalkan rumah since anak anak pon dah biasa dengan dia. Lagipon camaner nak handle semua benda serentak kan. Betul tak?
image

Kerja tetap yang hakiki, business PB, Komuniti Tahun 6 UPSR serta PIBG semua ni tanggungjawab. Then anak anak adalah amanah Allah. Semua perlu dilakukan dengan niat yang betul serta ikhlas baru lah mendapat hasilnya yang tak ternilai nanti. InsyaAllah…

So Ajue decide nak ambik unpaid leave untuk uruskan hal hal anak anak, maid, komuniti serta pibg dan yang paling utama ialah business ini. Mudah mudahan rezeki yang bakal diperolehi nanti makin berlipatganda serta diberkati Allah.
image

Balik dari Medan, fikiran dan hati still mengharapkan agar Ida agree untuk sambung kerja lagi. Nak kerja pon tak boleh nak concentrate macam macam nak kena fikir. Nasib baik ada vacation club terus redeem 1 malam kat hotel bawak anak anak mandi kolam. Tengok wajah anak anak terus menaikkan semangat serta impian untuk terus bangkit dan berjuang demi keluarga. InsyaAllah..
image

Reunion pertama Ex-Komuniti 6A

Alhamdullilah, terlaksana jugak perjumpaan pertama kepada Ex-Komuniti 6A 2011 SK24 baru baru nih. Sempena anak-anak kami bercuti panjang kerana CNY dan sebelom masing-masing kembali bersekolah dan ada juga yang pulang ke asrama. Cuma Adlan jer yang tak tak dapat hadir kerana cuti dia tak sama dengan sekolah harian biasa. 



Pelbagai isu dibincangkan termasuklah Komuniti 6A pada tahun ini yang masih belum menjalankan apa2 aktiviti berbanding dengan tahun lepas. Kami memang aktif dengan satu niat untuk memotivasi anak-anak kami serta berusaha ke arah pencapaian cemerlang anak-anak kami dalam UPSR 2011 tahun lepas. Berkat usaha kami menjalankan pelbagai aktiviti serta latih tubi, alhamdulliah pencapaian UPSR di SK24 naik mendadak 100%!! Syukur…..


Ada juga yang mencadangkan Ajue menyertai Komuniti 6A pada tahun ini demi untuk mengekalkan prestasi anak-anak SK24 yang bakal menghadapi UPSR pada tahun ini. Lagipon, Aisyah merupakan salah seorang calon UPSR tahun ni. InsyaAllah, jika diizinkan, Ajue akan menyahut cabaran ini demi anak-anak kami.
Danish (MCKK), Faiq (MRSM) dan Lokman (SBP Temerloh)

Old Entry : UPSR Result 2011

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Pagi-pagi lagi I dah bangun, kejutkan Adlan, solat hajat agar mendapat kejayaan yang besar hari ni, insyaAllah.

Sampai kat kantin sekolah, parents dah ada yang sampai sejak pukul 8 lagi, walhal result akan di-announcekan lepas jam 10 pagi. Tapi, sanggup ambil cuti semata-mata untuk meraikan kejayaan anak-anak SK24.

Alhamdullilah, seramai 18 orang dari kelas Adlan berjaya mendapat 5A termasuklah Adlan sekali. Ada jugak yang tak pernah-pernah dapat 4A sekalipon masa percubaan, berjaya jugak akhirnya. Kami parents yang bertungkus lumus sejak awal tahun iaitu Komuniti 6A amat berbangga dan bersyukur atas segala usaha kami selama ini. Program-program seperti sleep-over, latih tubi, lawatan motivasi sedikit sebanyak mampu membawa perubahan ketara kepada anak-anak kami.

Namun, ada juga yang tidak mendapat seperti apa yang dirancangkan, usahlah bersedih dan berputus asa. Ini bukan penamat, bahkan inilah titik permulaan untuk kita melangkah ke suatu persekitaran baru. Mulakan dengan niat yang suci, insyaAllah suatu hari nanti kita juga akan berjaya juga.

To all anak-anak Komuniti 6A, I ucapkan syabas dah tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dan bila dah masuk Form 1 nanti, janganlah lupakan kawan-kawan anda semua yer 😉

Airmata seorang Ibu atas kejayaan anaknya..
Tahniah Adlan!

Zuhaer, Danish, Adlan, Lokman, Faiq, Hidayat, Alia, Sofea, Intan, Umairah, Rizwana, Anis Suraya, Azriyati, Nik, Laura.. dan lain-lain yang Autie lupa nama di sini.

This movie presentation is for all UPSR’s students 2011 in SK24