Year End Concert 2019

Brainy Bunch International School, Cyberjaya

Sedar tak sedar dah setahun rupanya berlalu. Hari ni merupakan konsert tahunan BBIM dan konsert pertama Afiq dengan BBIM.

Afiq mewakili pelajar Upper Elem membuat persembahan Peace No War.

Konsert dimulakan denagn ucapan Founder BBIM iaitu coach Fadzil tentang hala tuju BBIM, Malakat Mall serta changes dalam High School path bermula tahun depan. InsyaAllah Afiq akan naik High School dan akan menduduki peperiksaan IGCSE di akhir pengajiannya di sini.

Konsert dipersembahkan oleh semua level pelajar bermula dari Lower Elem, Upper Elem, Freshman, Sophomore , Junior dan Senior. Ada juga persembahan dari BB UTM Johor.

Sangat terhibur dengan setiap persembahan tadi. Teruja dan salute sebab rata rata semua menggunakan bahasa Inggeris dan Arab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *