Vietnam Trip Gala Dinner

OK, Alhamdullilah dapat jugak Ajue update entry Gala Dinner Hai-O kat Vietnam kali ni.

Sebagaimana semua yang follow blog usahawan premium beautiful, kami group Green Leaders Group telah sepakat nak pakai baju kebangsaan Vietnam kaler hijau. So, hari pertama sekali sampai Vietnam, kami dibawa ke Pasar Ben Thant untuk membeli baju tersebut. Ada juga yang ambil kesempatan untuk menempah terus memandangkan harganya amat amat murah berbanding dengan harga tempahan kat KL.

Ajue? Ajue beli jer yang ready made sebab tak reti la nak tempah-tempah ni. Maklumlah first timer kan pergi melancong dengan Hai-O, tak tahu apa benda malam Gala Dinner tu. Lagipon ada saiz Ajue, XXL! huhuhu

Kami bersiap siap petang tu dan tepat jam 7 malam semua turun ke level 2 untuk Dinner. Acara dimulakan dengan ucapan orang kuat Hai-O serta ucapan-ucapan lain. Pastu saat yang ditunggu-tunggu.. iaitu makannnnn… hehe

Lepas makan , acara diselangi dengan testimoni dan juga wakil setiap group untuk memberi semangat serta kata-kata perangsang kepada kami semua. Ajue amat amat bersyukur di lorongkan oleh Allah untuk menceburkan diri dalam bisness ini. Semangat, motivasi, kata-kata perangsang serta personal touch yang diberikan oleh leaders yang telah membina nama serta kejayaan amat diperlukan oleh Ajue untuk meneruskan perjalanan Ajue ini.

Dan, jeng jeng jeng… tiba-tiba emcee hari tu memanggil nama-nama beberapa orang dari rombongan kami yang seramai 400+- orang tu. Rupa-rupanya Hai-O dengan berbesar hati meraikan usahawan yang lahir pada bulan March malam tu. OMG!, Ajue sangat-sangat teruja dan seronok sebab dah la first time pergi melancong dengan Hai-O, diraikan pulak sebab lahir dalam bulan March. Bessttttt kannnnn???? Alhamdullilah dan syukur sangat-sangat. Terima Kasih semua!

InsyaAllah, next trip ke Guangzhou nanti Ajue akan cuba bawa seramai mungkin business partner Ajue, barulah lagi tambah seronok dan happeningssss.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *