Vietnam Trip Day Three

Apa khabar Guangzhou????? Aaauummmmmm!

Cop cop, ni bukan entry Guangzhou yer, still lagi nak citer pasal Vietnam. Sajer jer bagi mode Guangzhou up sikit sebab nak travel pulak nanti lepas nih.

OK, hari ketiga, tema kaler Oren lak. So sumer pakat-pakat pakai baju ada kaler nih. Hari ni kita pergi Cu-Chi tunnel ok.

Actually Ajue dah pernah pergi sini dulu masa bawak rombongan dari Terengganu. Pernah la masuk dalam terowong tu, sebab tu kali nih dah serik tak nak masuk lagi dah. Bukan apa, kalau kita kat depan, still ok lagi, tapi kalau dah ala-ala penghabisan peserta, better fikir dua-tiga kali kut.

So, pepagi lagi kena bangun awal sebab bas nak bertolak kol 7.30 pagi. Perjalanan jauh selama 1 jam ++ untuk ke Cu-Chi Tunnel. Nasib baik ada nasi lemak masa breakfast pagi tuh… kenyang…. Alhamdullilah…

Sampai kat sana, first thing, of coz laaa bergambar, lepas tu bergambar lagi, then bergambar lagi… fuhhhhhh terasa macam artis lak. Kalau travel group Terengganu dulu takde la pulak rasa nak bergambar sakan macam nih, tapi dengan Hai-O, rasa tak complete kalau tak bergambar, naper ek? hehe

Bayangkan ek, tunnel yang di gali oleh orang orang Vietnam sepanjang 250KM masa berperang dengan Amerika dulu selama 20 tahun! Begitu kuat semangat orang-orang Vietnam demi menyelamatkan maruah bangsa dan negara mereka, kan? Kita sepatutnya bersyukur kerana tak perlu melalui segala keperitan hidup macam diorang. Begitu beremangat waja mereka semua serta sabar dan tetap usaha. Kita patut mencontohi mereka dalan berbisness nih, kena tahan dugaan dan ujian Allah, baru lah boleh barjaya. Selain itu haruslah berusaha jugak kan, insyaAllah…

Ada macam-macam peninggalan sejarah perang di sekitar kawasan situ. Perangkap, lubang kecik yang muat sorang jer, tempat latihan menembak, tempat buat seliper dari bahan terbuang pon ada. Dan surprisingly, dalam 16 ribu orang Vietnam yang bersembunyi dalam tunnel tu, lepas tamat perang dah orang Amerika kalah, tinggal 6 ribu orang Vietnam berjaya hidup!

Lepas melawat tunnel, kami pergi lunch pulak kat D’Nyonya. Best jugak lauk dia, halal? Of coz….!

Sebelah restoren tu ada masjid. sempat jugak beli kopi yang jual kat tepi masjid tuh…. baik punya!!

Lepas lunch beransur pulak ke Palace untuk acara bergambar beramai-ramai semua ahli rombongan yang terdiri dari 11 buah bas!! Fuhhhhhh..cayalah! Ni kira first time Ajue bergambar beramai-ramai ketika melancong. Teruja sungguh!

Tepat kol 5 petang nak kena ada kat hotel sebab malam tu acara kemuncak Dinner Hai-O! Tapi sebelum tuh sempat lagi ke ChinaTown untuk merasa suasana shopping kat situ. Ajue tak masuk ke dalam pasar Ben Tay tu tapi setakat shopping kat luar sekitarnya sahaja, carik toys untuk anak-anak.

Sampai hotel jam 5++ petang, rehat, solat then bersiap-siap pulak untuk Dinner. So, next entry la ek citer pasal Dinner… ada sesuatu yang paling manis dalam hidup Ajue masa Dinner malam tuh! Apa tu? Tunggguuuuuu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *