USS:Family Getaway

Alhamdullilah hasrat untuk bawa anak-anak jalan tercapai jugak. Kali ni kebetulan adik dari Doha balik, so plan baik punya, konvoi 2 kereta ke Singapore. Kami ambil pakej dari hotel The Zon Regency. Pakej 3D2N termasuk ticket ke USS (Universal Studio Singapore), breakfast dan transfer JB-USS-JB cuma RM393 seorang.

Dapat 3 bilik untuk accomodate 10 orang (7 adult dan 3 children) sungguh menyeronokkan sebab riuh rendah hotel tu dengan karenah dan perangai budak-budak.
Kami tiba di hotel lebih kurang jam 4.40 petang hari Jumaat. Terus check-in dan lepak kejap menghilangkan penat perjalanan dari KL. Masih terlalu awal untuk makan malam, lagipon perut masih kenyang dengan hidangan A&W masa tengahari di Restoren Jejantas Ayer Keroh, Melaka. Lebih kurang jam 7.30++ kami mula turun ke bawah melihat-lihat tempat makan yang berdekatan. Mujur ada deretan restoren/gerai makan berhampiran dan tanpa membuang masa terus menuju ke kedai yang paling hadapan. Dinner malam tu sungguh menyelerakan, agaknyer sebab lapar dan keletihan , sampai licin semua lauk yang dipesan. Paling best ketam yang segar masih hidup dipilih dijadikan lauk utama.. licinnn….

Sempat jugak berjumpa dengan rakan seperniagaan di sana untuk tukar saiz corset kesayangan. 🙂

Keesokan harinya, semua bagaikan tak sabar-sabar untuk masuk USS. Pukul 7 sharp kami dah memulakan sarapan pagi sekenyangnya buat bekalan tenaga nanti. Tepat jam 8.30 pagi, agen kami tiba dengan satu coach untuk 10 orang khas untuk membawa kami ke Singapore. Lepas isi form + departure/arrival card, kami bertolak dengan perasaan gembira dan exited. Cuma kami terkilan waktu check point dekat sempadan Woodlands kerana Q yang begitu panjang sekali dan terpaksa turun naik coach 4 kali untuk melepas sempadan JB-Singapore. Namun, hati kami tetap tabah seolah-olah tahu penat dan kesulitan kami akan ‘berbayar’ sekejap masa nanti.
Kami tiba di USS tepay jam 11.30 pagi dan memulakan pengembaraan dengan Madagascar. First ride kami ialah merry-go-round untuk ambil hati kids yang tak sabar-sabar sejak beberapa hari yang lepas nak pergi USS. Kemudia disusuli pula oleh Far Far Away , The Lost World, Ancient Egypt, Sci Fi City dan akhir sekali New York. Kedatangan kami disambut oleh hujan hampir sepanjang hari kami di sana. Namun, ia sedikit tidak melemahkan semangat kami untuk beratur panjang serta sabar menunggu sesetengah park/ride yang terpaksa ditutup sementara kerana hujan. Kami sempat mengisi perut di sebuah Goldilock Restaurant (halal) di dalam USS. Amik satu barrel fried chicken, 7 air large, harganya dalam SGD60+-.
Kami berpecah sekejap sebab kids tak boleh naik roller coaster. Jadi, separuh beratur untuk menaiki ride yang paling mencabar iaitu Roller-Coater Galaticca sementara yang lain-lainnya proceed dengan roller coaster junior.
Lebih kurang jam 6 petang kami berhenti semua rides dan masa untuk shopping… kejap lagi jam 8 malam Uncle Han akan amil untuk bawa kami pulang ke JB. Nasib baik perjalanan balik hanya memakan masa lebih kurang sejam sahaja berbanding waktu kami datang pagi tadi. Kami tiba di hotel, simpan barang-barang kat bilik dan terus ke kedai makan untuk mengisi perut yang mula terasa amat lapar..
Lepas dinner, acara kemuncak iaitu birthday celebration yang dah lama tertunggak sejak bulan October lagi. Kali ni combine all kids punya birthday plus Adlan nyer gift untuk 5A UPSR.
Semua anak-anak terhibur dengan gadget masing-masing.

Kami balik ke KL lepas check-out, bergegas ke KLIA untuk menghantar Adlan dan Aisyah balik ke Terengganu kerana program tahfiz belum berakhir. Ada exam dan majlis penganugerahan sijil Tahfiz sepanjang minggu depannya.

Kesimpulannya, USS ni kira ok laa…. boleh cover semua rides dalam satu hari. Cuma kids jer yang tak berbaloi sangat sebab most of the rides tak lepas ketinggian ;-(

So, whats next???? Tungguuuu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *