Salam semua,
Rasanya majoriti TA yang buat pakej umrah akan bawak jemaah mereka Ziarah Dalam dan jugak Ziarah Luar. Kalau Ziarah Dalam tu dengan kata lain ialah masuk ke Raudhah dan sekitar masjid. Ziarah Luar ni antara agenda dia Masjid Quba’, Ladang Kurma, Jabal Uhud, Maqam Syuhada, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain dan Klang mencetak Al Quran (jika mendapat keizinan)
Tempat yang mula mula kami pergi ialah Masjid Quba’. Barangsiapa yang berwuduk di rumah dan datang ke masjid untuk solat, (Contohnya Solat Dhuha 2 Rakaat), bersamaan pahala 1 umrah. Dan menjadi amalan Nabi untuk Solat Dhuha pada setiap Sabtu di Masjid Quba ini. Masjid ini juga merupakan masjid pertama dalam Islam.
Since hari ni ialah hari Sabtu, maka masyaAllah… ramainya jemaah dan penduduk di sini datang. Kami hampir hampir lemas masa bertolak tolak nak keluar dari tempat solat perempuan. Kesian kat Anis la sebab dia tak nampak apa-apa.
Ni sementara menunggu bas datang, kurang sejuk sangat waktu ni. Nyaman jer rasa..
Ni masa kat dalam masjid, lepas solat sunat Dhuha. Mana Ecah?? Ada tu.. tengah pakai tudung.. hehe . Kami berdua ni sempoi jer. Tudung instant.
Okay, ni pulak lepas dah berasak asak nak keluar, sementara nak menuju ke tempat bas. Ada banyak orang menjual kat tepi tepi tu. Kami tak beli apa apa pon, just ambik gambar saja.
Ni salah satu signboard kat sana. Nampak Al Riyadh… hmmm kenangan…
Tempat kedua ialah Ladang Kurma. Kat sini boleh makan apa saja, dia bagi free. Air kurma pon ada. Kurma yang termasyhur ialah Kurma Ajwa, atau Kurma Nabi. Barangsiapa yang berpagi dengan 7 biji kurma nabi, insyaAllah sihir dan racun tak sempat buat apa apa..Ayat ni Ajue copy bulat bulat dari mutawiff yang bercerita semasa dalam perjalanan ke ladang kurma. Kami sempat membeli sedikit kurna Ajwa untuk di bawa pulang ke Malaysia.
Suasana dalam kedai kurma
Ni pokok betul ni, dalam kedai tu. Afiq cuba nak panjat.. hehe
Okay, gambar kenangan family di Ladang Kurma
Next, kita pergi ke Jabal Uhud. Pernah dengar kan, Perang Uhud. Berlaku pada 3 Hijrah. Sebelum tu Perang Badar. Kita menang. Jadi pihak musrikin nak balas dendam. Ada satu bukit Jabal Rummah yang menempatkan 50 pemanah Islam. Apabila timbul kekeliruan, semua pejuang Islam turun ke kaki bukit untuk mengutip harta pihak lawan. Akhirnya kalah dan seramai 74 pejuang islam mati syahid. Termasuk lah bapa saudara Nabi, Saidina Hamzah. Mutawwif kat belakang tu ialah pelajar dari U Madinah, tahun akhir rasanya. Kalau tak silap dari Selatan Thai. Ust Sammi Sidek.
Inilah Makam Syuhada. kalau berada kat sini, bau dia wangi .. harum kasturi. wallahualam datang dari mana baunya. Semasa banjir besar melanda, kesemua mayat timbul dan masih dalam berkeadaan baik sempurna. Ada yang kata kita kalah, tapi ada sesetengah pendapat mengatakan kita menang semasa perang Uhud. Sebab, tujuan utama Perang Uhud ialah untuk bunuh Rasullah dan untuk hancurkan Madinah. Tapi kedua dua tujuan ini tak tercapai. Jadinya… ??
Gambar family wajib satu..
Okay, lepas ziarah semua ni, kami terus balik sebab dah kesuntukan masa. Tak tahu lah kenapa bas kami yang paling akhir. Jadi tak sempat nak pergi Pasar Kurma, hanya lalu jer. Begitu jugak dengan Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain.
Sedikit cerita pasal Masjid Qiblatain.. Pada mulanya orang orang islam solat mengadap Masjidil Aqsa, tapi semasa rakaat kedua, turun wahyu supaya mengadap Kaabah di Masjidil Haram. Semasa tengah solat, Nabi pusing ke arah sana.
Masjid 7 pula ialah, mempunyai 7 kubu untuk menjaga Madinah dari tentera musrikin yang nakhancurkan Madinah.Ada 7 tempat solat jemaah. Perang ni juga dikenali dengan Perang Khandak/Parit kerana semasa perang ni, parit di gali dari Parsi lagi. Tentera kafir tidak dapat langkah parit berbulan bulan lamanya. Semasa peperangan ini juga Allah menghantar angin dan Malaikat untuk membantu. Sebenarnya tentera islam tak ramai, tapi di pandangan mata tentera kafir nampak ramai (Malaikat).