Salam all,
Hotel kami ni dekat jer sebenarnya dengan Masjid. OTW nak ke masjid tu akan lalu Safwah, Zam Zam semua tu. Pernah jugak kami lepas solat masuk ZamZam makan nasi arab. Sedapp. turun lobby hotel terus nampak kedai jual suvenir.. haishhhh dugaan sungguh. Tak pernah kut kalau tak beli. Sure Anis dan Apiq akan habiskan masa kat situ sambil pilih apa yang nak. Mainan la apa lagi.
Lepas solat, ice cream memang tak pernah missed. sedap kan aiskrim kat Mekah. Ajue yang tak makan aiskrim ni pon tak missed. Ziarah kami yang pertama kalau taksilap pergi melawat Kilang cetak Al Quran. Banyak jugak pameran sejarah Mekah dan Islam kat situ. Masa nak keluar dari kilang tu, kami diberikan Al Quran sorang satu. Alhamdullilah.
Balik Ziarah, erhenti niat Umrah di Miqat. Sampai di Masjid, tengah Saei kalau tak silap , orang dah azan Zohor. Jadi kami berhenti sekejap dan solat. Ada satu gambar tu kami ambil dengan bukit Safaa yang masih lagi terpelihara sehingga kini.
Kami sempat solat Zohor atas kaki bukit errr alamak, bukit apa ek. hasudah tak ingat. BTW, kami bertiga sajer, sebab yang lelaki Solat Jumaat kat depan Kaabah kalau tak silap. Lepas selesai Umrah, kami masuk Zam Zam lagi ‘melontar duit’ pulak. ngee