Umrah Keluarga – Mekah, first Umrah

Salam semua,

 

OK, ni entry masa kat Mekah pulak. Umrah pertama bagi kami. Umrah wajib bagi Ecah. Adik adik belum lagi, tapi kami tetap bawak untuk bagi mereka pengalaman mengerjakan umrah. Ibu dan Adlan dan Ayah dah pernah buat umrah dulu. Masa tu kalau tak silap Adlan darjah 6.

Okies, sampai di Mekah, terus check in. Dinner jap. Naik bilik ambil wuduk dan siap siap turun ke lobby untuk bersama sama dengan jemaah yang lain mengerjakan umrah.

Masa tengah berjalan dari Hotel menuju ke Masjidil Haram, kami ber enam memang stick together, sebab orang ramain sangat masa tu. Tapi Ajue dah pesan la, andaikata terpisah, masing masing teruskan tawaf cukupkan 7 pusingan, dan jumpa dekat tempat nak solat sunat tawaf.

Nak dijadikan cerita, kami perempuan selesai 7 pusingan bersama-sama. Ibu dan Ecah apit Anis kat tengah, so Anis takkan terlepas. Malangnya, lepas habis 7 pusingan, kami baru nak bergerak ke tempat solat, Ecah terlepas. Ajue dah risau giler sebab Ecah first time. Ajue doa banyak banyak supaya jumpa Ecah sebelum Mutawwif bawak jemaah bergerak ke termpat Saei. Allah saja yang tahu apa isi hati Ajue masa tu.

Yang lelaki belum tahu citer lagi… sampailah terjumpa Adlan sorang sorang baru selesai tawaf. Ya Rabbi, terpisah jugak ker. Adlan cakap… Apiq hilang! Nak luruh jantung masa tu. So yang ada dengan Ajue ialah Adlan dan Anis saja. Worse come Ajue takkan gerak kut ke tempat Saie selagi tak jumpa Ecah dan Apiq.

Doa banyak banyak, dan ustaz mutawif pon sanggup tunggu sekejap sambil suruh kami duduk satu tempat sementara dia pergi cari. Alhamdullilah nampak Ecah baru selesau sunat Tawaf… syukur sangat sangat. Menagis nagis dia masa tu.. yer laa dia first time kan. Mana nak pergi Saei pon dia tak tahu.

Last sekali baru laa nampak Ayah dengan Apiq. Syukur sangat sangat. Ayah cerita, masa tawaf Apiq lepaskan tangan dia sebab nak pergi cium hajarul aswad!. Ayah tak boleh berpaling nanti dah batal, lagipon orang sangat ramai. Sedar-sedar dah habis satu pusinagn, Apiq datang pegang tangan dia balik.

Bila dah selesai semua, bercukur pon selesai, barulah tanya Apiq, kenapa dia lepaskan tangan ayah dia. Apiq cakap dia nampak kat hajarul aswad takde orang, dia nak gi kucup. Lepas tu dia nampak Ayah sorang sorang jer tawaf, dia pon pergilah balik pegang tangan Ayah dia. Subhanallah! Ajue rasa, Allah lindungkan dia dari segala kesukaran. Dia nampakkan Apiq hajarul aswad dan Ayah dia saja.. sebab tu Apiq boleh jumpa semula ayah dia kan. Wallahualam.

Apa apa pon kami bersyulur semua dapat berjumpa kembali. Dan sama sama buat Saei dan Bercukur. Selesai Umrah Pertama kami. Alhamdullilah

 

20151229_004857

20151229_023401

20151229_024834

20151229_025159

 

20151229_025901

 

20151228_232513

20151229_025536

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *