Umrah Keluarga – Mekah all

Salam my blog readers,

 

This entry cerita pasal semua aktiviti kat Mekah sehinggalah pulang ke Malaysia. Dah tak ingat sangat sebenarnya, tapi nak kongsi gambar kenangan supaya bila anak anak dah besar nanti, diorang boleh recall balik apa ibu dia tinggalkan untuk mereka. Semoga coretan ibu ni menjadi kenangan yang tak dilupakan dan ibu harap bila ibu sudah tiada nanti, anak anak semua berbaik baiklah antara satu sama lain yer. Jangan bawa diri dan jauhkan diri.

20151230_174913

20151230_174924

20151230_181435

20151230_192133

 

Ni sekitar masa makan malam dekat rumah Dato Zainal. Pengurus besar Zahafiz. Beliau selalu ajak para jemaah makan jika kebetulan beliau berada di Mekah. Alhamdullilah dapat merasa nasi Mandy arab yang dimasak bawah tanah. sedappp. Terima kasih Dato, semoga dimurahkan lagi rezeki Zahafiz, aamiin.

20151231_092011

 

Masa ni kalau tak silap dekat Jabal Rahmah. Tempat pertemuan Adam dan Hawa. Harap anak anak dapat kekalkan kasih sayang antara satu sama lain bila dewasa kelak yer. Jangan pentingkan diri sendiri. Ingat bagaimana ibu besarkan kamu dengan kasih sayang, ibu sorang sorang kay. Dengan kerja nya lagi. Tapi demi anak anak semua ibu tukar rasa penat dengan sesuatu yang menggembirakan bila dilakukan bersama sama.

20151231_230938

Ni masa pergi shopping jubah untuk kawan kawan Adlan. Punyalah banyak barang kiriman.. haha. Takperlah, kawan kawan Adlan dah macam anak anak ibu jugak. Rumah kita lah jadi tempat lepak budak budak IQKL setiap hujung minggu. Rumah takdelah besar mana tapi Alhamdullilah muat untuk semua.

20160101_143730

 

Anis ni nak sangat bergambar dengan burung. Ada kisah disebalik gambar ni. Sebenarnya Anis dah terjatuh masa berlari nak kejar burung burung tu. Tapi cepat cepat dia bangun nak ambik gambar. haha. kelakar lahh Anis. Balik hotel baru nangis sebab sakit. ngee

20160101_163943

 

Ni dekat area wanita. Kami pergi masjid waktu Subuh. Pastu Zohor kat bilik, lepas lunch dalam jam 3 petang kut baru ke masjid untuk Asar sampai ke Isyak. So, masa lepas Asar tu, Apiq akan datang kat tempat kitaorang sambil makan apa apa yang ada. Dia tahu makan dan tido jer haha.

20160102_084626

20160102_084951

 

Ni pulak masa keluar untuk berniat ihram dekat Tana’im. Dengan Zahafiz, Alhamdullilah dapat buat umrah beberapa kali. Setiap kali pergi Ziarah mahupon purposely keluar untuk bermiqat. Kalau tak sila ni last Umrah kut sebelom pulang ke Malaysia.

20160103_063859

 

Akhirnya setelah beberapa kali cubaan nak beli anak patung. Ibu belikan jugak untuk Anis. Siap bawak tido lagi tu.

20160103_145657

Sejadah untuk mak dan mak mentua..

20160104_034803

 

Beg dah tersusun…. eh eh mana lagi 2 ek?? Ooo baru ingat. Semua beg kat bilik ibu sebab ibu nak packing. Mau pulang sudah. Lagi 2 tak siap packing lagi. Memang macam ni pon kalau setiapkali kami travel. Tak reti packing sendiri. Semua campak kat ibu jugak.. haha

20160104_122157

 

Kat airport Jeddah, terminal haji. Terminal ni hanya meriah sekali setahun saja. Iaitu musim haji. Nampak tak terjaga sebab tak digunakan sangat. Rasanya pihak negara Saudi perlu buat sesuatu kut. Sebab ramai jer jemaah yang guna terminal ni selain dari musim haji kan. Wallahualam…

 

Okay, Lagi gambar banyak kat facebook Ajue yer. Kat blog ni terlalu banyak kalau nak masukkan semua. Anyway, Ajue bersyukur sangat sebab impian dan hasrat untuk bawak anak anak ke tanah suci termakbul setelah apa yang kami lalui sebelum ini. Harapan Ajue agar anak anak semua bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi serta nikmat yang diberi. Tanamkan azam untuk mengerjakan haji pulak nanti suatu hari di usia yang masih muda. InsyaAllah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *