Umrah Keluarga – Madinah Hari Pertama

Salam semua,

Kami bangun awal untuk pergi masjid solat Subuh. Di Madinah masa banyak untuk beribadat dan tak rushing sangat. Mutawwif bagitau nak senang keluar ikut pintu belakang, belok kiri pastu kanan. Terus jer jalan sampai masjid. Laa dekat sangat.  Rasanya Hotel Harmony ni lagi dekat dari yang Ajue stay dulu masa pergi dengan Andalusia. Kat masjid di Madinah lelaki dan perempuan asing asing. Tak boleh masuk pintu yang sama. So memang tak jumpa la. Lagipon lebih senang nak pergi dan balik. Kejut bangun Subuh, siap2 pastu terus pergi. Tak perlu nak menunggu sampai semua siap. Belah perempuan kalau lambat tak dapat duduk saf depan. So, Ajue dan gegel memang keluar dulu. Jumpa boboy kat tempat makan jer.

IMG-20151225-WA0017

Ni masa on the way hari pertama nak pergi masjid. Muka masing masing masih belum dapat terima kena bangun awal hehe

IMG-20151225-WA0013

Sejukkk sampai ambik gambar pon blur tangan ketar. haha

IMG-20151225-WA0010

Muka Afiq yang dah tak tahan mengantuk…

20151225_072958

Lepas Subuh, sementara menunggu ustazah yang akan bawak kami kaum hawa masuk Raudhah dalam jam 10 pagi nanti. Anak anak exited tengok banyak burung kat Madinah.

20151225_073106

Dugaan sepanjang di Madinah.. turun lobby hotel sebelah tu ada kedai. Hari hari ada jer benda nak diorang beli.. tapi takper. Dah memang berbelanja di Mekah dan Madinah insyaAllah akan dapat rezeki balik yang banyak. InsyaAllah..

Nak dijadikan citer, kami bertiga masuk Raudhah pagi tu. Hari Jumaat, 25 December 2015. Semasa di masjid menunggu giliran, Ajue teringat kakak Ajue yang kehilangan sejumlah wang dulu. KesudahanNya, dipendekkan citer, beliau dapat masuk Raudhah secara VIP kalau setiap kali datang ke Madinah. Ajue citer kat Anis dan Ecah pasal kakak Ajue nih. Tiba tiba terdetik dalam hati, jangan lah Ajue hilang duit .. risau jugak takut iman tak sekuat kakak Ajue untuk hadapinya. Tapi.. masa menuju ke Raudhah, ada jemaah tegur Ajue.. beg terbukak. Memang terbukak sungguh, buku nota Ajue terjatuh.

20151227_210253

Ni betul betul nak masuk ke dalam. Kena ikut turn. Kami orang Malaysia dapat turn last sekali..

20151225_104528

Alhamdullilah dapat solat saf paling hadapan sekali. Anis dan Ecah pon sama. Since kami yang terakhir, jadi dapat solat lama lama kat dalam tu. Solat hajat on dapat buat 3 kali. Syukur. Ingat lagi, masa berasak asak nak masuk tu, Anis menangis. Bila tanya , Anis kata dia tak tahu lah kenapa air mata ni nak keluar.. rasa macam sedih sangat. Wallahualam… hanya Allah saja yang tahu.. agaknya Rasullulah sahut salam Anis kut. Masa saf depan pon, dia la yang mula mula sekali dapat, lepas tu baru Ajue dan Ecah. Kena ikut giliran, sebab nak bagi semua jemaah dapat solat saf depan.

Nak dijadikan citer, balik dari Raudhah, kami lapar. Nak bei kebab. Lepas tengok Shahril hantar gambar kat wasap diorang syok makan kebab. Jadi kami bertiga pon pergi cari kedai kebab. Order 3 bungkus .. tapi masa nak bayar, Ajue baru perasan purse Ajue takde dalam Sling bag! Berdegup jantung terhenti kejap… istigfar banyak banyak… Ya Allah… dugaan sungguh masa tu. Dah la Ajue tak asingkan duit. Semua sekali Ajue letak dalam satu purse, siap dengan ATM kad semua….

Tokey kedai dah mintak bayar.. Ajue terkedu.. nak bayar dengan apa ni.. satu sen pon Ajue takde. Tapi Alhamdullilah ada jemaah Zahafiz jugak kat situ tengah makan, agaknya dia perasaan Ajue dalam kesusahan, dia bayar semua harga kebab dan air jus 3 kotak.. terima kasih banyak banyak….. maaf Ajue tak sempat nak tanya sapa. Tapi dia cakap dia sekali hotel dengan Ajue. Harap harap dapat jumpa balik dia nanti. Terus  wasap Shahril mintak doakan agar purse jumpa semula. Tak berani nak wasap family kat Malaysia.. takut diorang risau.

Terus balik hotel jumpa dengan Manager hotel sebab adik yang bayarkan kebab Ajue tadi suruh buat report. Staff hotel suruh duduk dulu… macam macam dalam hati Ajue doa.. Tengok muka anak anak lagi kesian.. tak tahu Ajue nak cakap apa. Tak lama lepas tu, Manager hotel datang dengan 3 lagi staff dia. Dan, kat tangan dia ada purse Ajue!! Ya Alllah, Maha Suci Allah, menangis Ajue kat situ… Syukur sangat sangat. Ajue kena sign surat akuan yang mengatakan itu purse Ajue serta jumlah duit yang ada.. Alhamdullilah satu sen pon tak hilang.. cukup semua. 5k riyal ++.

Balik bilik terus sujud syukur kami bertiga. Baru ada selera nak makan.

Masa nak makan tengahari Ajue jumpa ustaz Nasuha, bagitahu pasal kehilangan duit, ustaz ajarkan ayat pelindung kat Ajue. InsyaAllah Ajue jadikan amalan setiapkali lepas solat dan jugak semasa Tawaf.

Mula mula boboy yang kehilangan.. hilang sliper.. kami lupa bawak uncang kasut. yer la, first day kan. terlupa sungguh. Diorang balik kaki ayam ke hotel. Masa kami pergi Raudhah, yang lelaki ada lawatan luar. Melawat perkuburan Baqi’ dan sekitarnya.

IMG-20151225-WA0054

IMG-20151225-WA0030

IMG-20151225-WA0025

IMG-20151225-WA0020

IMG-20151225-WA0027

IMG-20151225-WA0036

 

Belah petang lepas lunch kami keluar cari jubah putih untuk Anis dan Ecah. Sebab nak ke Mekah nanti Anis takde jubah putih lagi.

IMG-20151225-WA0083

IMG-20151225-WA0082

 

Ingatan untuk diri sendiri, jika dilanda musibah, kita kena sabar.. dan terus berdoa sampai musibah itu reda. Yakin dengan Allah, serta yang paling penting kita kena redha… memang payah.. hilang purse sekali dengan semua duit 5k++ riyal dan semua ATM kad kat dalam tu… tapi kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang untuk jumpa semula.. Alhamdullilah Syukur…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *