Umrah Keluarga – KL ke Madinah

Salam semua,

Lama sungguh tak update. Last entry masa pergi Hong Kong tahun lepas. Dah nak masuk pertengahan February pon hari ni. Kejap jer kan masa berlalu…
Kali ni nak citer pasal Umrah Keluarga yang dah lama plan, sejak awal tahun 2015 lagi sebenarnya. Tapi pelbagai halangan yang membuatkan plan ni kejap jadi, kejap tal jadi. Kejap cancel, kejap on balik. Last minit baru confirm. Itupon seminggu sebelum berangkat.

Malam sebelum berangkat, kawan baik Ajue all the way dari Ampang datang ziarah . Thanks N.. malam malam datang dengan anak anak haaa. Terharu rasa.

20151223_221742

 

20151224_042804

Bergambar kat lobby sementara menunggu teksi En Azim datang. En Azim ni dah jadi dedicated teksi untuk kami ker airport sejak tinggal kat Seksyen 24 Shah Alam lagi. Lama sungguh dengan beliau. Dah masuk 8 tahun kami guna khidmat Β En Azim. Memang terbaikkk

IMG-20151224-WA0010

Pagi tu kami jamu nasi lemak RM2 dengan air kopi panas dekat Food Garden Level 2 KLIA. Sedap giler. Kenyang la jugak portion dia. Alhamdullilah. Ini jer yang kami mampu ‘hidangkan’ untuk semua yang sudi hantar kami anak beranak ke Mekah. Terima kasih all.. πŸ˜‰

IMG-20151224-WA0021

Taklimat oleh Dato Zainal, Pengerusi Zahafiz sebelum berangkat. Ni first time Ajue ikut Zahafiz. Masa Umrah pertama dulu pergi dengan Andalusia. Alhamdullilah kedua dua servis memang tip top. Ustaz pengiring dan Mutawwif memang terbaik.

IMG-20151224-WA0011

Beg dah beratur …. syabas kepada petugas petugas Zahafiz yang cekap menguruskan beg beg jemaah umrah kali ni. Semua berjalan lancar.

IMG-20151224-WA0018

Bye semua..nak boarding dah…

20151224_114141

Seating dalam flite MAS yang di chartered khas untuk pakej umrah ni. Alhamdullilah tak perlu nak tukar tukar seat. Kami dapat row yang dekat dan satu family sama.

20151224_114954

Ini route penerbangan kami. Dari KLIA terus ke Madinah. Dalam flite 3 kali layan Snow White.. hehe

20151224_191026

Antara makanan yang disajikan semasa perjalanan kami. Sedap… Kanak kanak akan dapat makanan terlebih dulu dari orang dewasa.. Terima kasih MAS crew!

20151224_183421

Alhamdullilah dah sampai Airport Madinah setelah delay 2 jam dari KLIA. Its OK, asalkan semuanya selamat tiba.

20151224_173217

Sampai kat Madinah kami solat jamak Zohor dan Asar kat Airport. Sebab Mahgrib masuk awal. Jadi sementara menunggu beg kami keluar, sempat jugak solat jamak Maghrib dan Isyak. Ada jugak setengah jemaah yang nak solat di Masjid Nabawi. Lagi afdal dan lebih pahala. Cuma, kami masikh blur blur lagi tak tahu hotel kat mana nanti. Walaupon Ajue dan Adlan pernah sampai Madinah dulu masa 2010, tapi masa tu pergi dengan mak dan makcik pakcik semua. Kali ni kena initiatif sendiri..lagipon takut anak anak dah flat nanti bila dah sampai hotel.

20151224_204207

Okay, ini lah bilik kami. Dapat 2 bilik. Memang kami pilih untuk bertiga lelaki dan perempuan. Senang nak manage anak anak. Hotel kat Madinah besar dan sangat selesa. Tak jauh pon dari Masjid Nabawi. Jalan kaki tak sampai 10 minit pon. Lagipon cuaca di Madinah tersangat lah sejuknya… ada satu hari tu drop sampai 7 degree… teringat pulak kat Paris.. ngee

Okay, sampai sini dulu. jumpa lagi next entry, kay.

Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *