Treatment with Chinese Medicine

Salam semua,

Dah 3 tahun membership dengan TCM Traditional Chinese Medicine. Last year lupa nak renew. Penyudahnya setahun punya entitlement langsung tak guna. So sales marketing tu cakap kena habiskan jugak by end of November tahun nih jugak.

Mak aiii banyak tu. Dah la tahun ni punya pon ada lagi. Expiry date July tahun depan.

So, baru ni Ajue pon redeem la few treatment serta 1 night stay dengan 2 bedroom sebab satu mana cukup kan. Anak 4 dengan bibik lagi.

image

So treatment kali ni Ajue buat Aromatherapy Massage. Dulu rasanya masa mula mula join makcik yang urutkan. Tapi kali ni dah tukar orang lain. Nasib baik sedap dia urut. Siap kakak tu tanya Ajue, awak ni ahli sukan ker.

Lol, mesti sebab badan Ajue keras kan, hahhaa. Pastu Ajue cakap la, ha ah. Dulu masa belajar kat U. Saya sukan memanah. Teringat pulak kat kawan kawan memanah.. nak buat BBQ gathering sampai sekarang tak buat buat lagi. Aduhaiiii…

image

image

image

image

Kalau datang sini dia bagi free drink Chinese Tea. Baik untuk kesihatan, katanya. Ajue minum jer, memang sedap pon. Badan panas jer..

Selain massage satu badan. Ajue buat sekali Foot Tuina. Lama gak, sejam gethu. Hilang lenguh lenguh kaki berjalan kasut tumit tinggi. Hehe

image

image

So, malam tu kami keluar pergi Mines. Dinner kat sana dan anak anak request nak KFC. Okay laa. Since masa ni pool tutup sebab kerja kerja pembersihan dijalankan. Kesiann diorang dah excited nak mandi pool.

So, malam tu kami lepak kat balkoni hotel sambil makan ayam. Seronok jugak sekali sekali macam ni kan. Dah lama tak bawak anak anak bercuti. Nasib baik ada free macam ni. Boleh enjoy tanpa keluarkan duit untuk bayar hotel mahal mahal.

Kalau tengokkan rate satu malam RM600+-. Kalau ambik 2 bilik mau beribu kena bayar. Tak rugi rasanya Ajue ambik pakej ni since 3 tahun yang lalu. Masa tu tak buat business lagi.

Sama jer konsep macam buat business jugak. Kita kena invest dulu untuk menikmati hasil kemudian hari. Macam tanak pokok durian lah. Makan masa nak berbuah. Penjagaan rapi dan sempurna. Bertahun tahun nak jaga. Once dah berbuah kita boleh nikmati sampai bila bila. Confirm pulangan memuaskan, betul tak.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Since pool kat Mines hotel tutup, pagi esoknya kami checkout awal terus pergi PGH. Palace of the Golden Horses. Kat sini pon Ajue membership jugak. So, just tunjuk kad ahli terus anak anak dapat mandi pool sini. Alhamdullilah, dapat jugak hiburkan hati diorang.

Lepas tu perut masing masing dah lapar. Kami ke restoren hotel tu nak makan. Kat sini as a member, dapat lagi diskaun 20% untuk food and beverage. Untungkannnn. Alhamdullilah…..

So, sempena GLAM Dinner nanti since Ajue ada banyakkkk sangat pakej tak habis guna. Ajue ingat nak bagi jer buat hadiah Lucky Draw. Ok takkk? Nak bagi apa ek..

1 night stay kat PGH
1 night stay kat Mines Hotel
Body Tuina
Foot Tuina
Aromatherapy Massage
Acupuncture Treatment
Bekam
Dan lain lain Chinese punya treatment yang Ajue tak hafal hehe

So, hanya sapa yang pergi Glam Dinner saja berpeluang untuk dapat semua nih. Sapa yang belum register, sila sila lah contact Ajue yer. Jom pergi Glam Dinner!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *