Temasya Sukan Sekolah SK 24

Alhamdullilah berakhir jugak temasya sukan tahunan sekolah anak Ajue baru baru ni. Rasanya rata rata sekolah buat Hari Sukan masa tu. Sebab sepatutny dijadualkan seminggu sebelumnya, tapi disebabkan negara kita dilanda jerebu maka Hari Sukan di tunda ke minggu berikutnya.

So, Hari sukan ni dibahagikan kepada dua. Hari pertama untuk Tahun 1 dan 2 serta Pra Sekolah. Dirasmikan oleh Pengurus Bank Rakyat Seksyen 23 Shah Alam. Hari kedua pulak untuk Tahun 3,4,5 dan 6. Perasmian oleh Dato Shamsudin dari SA Cargo. Seronok jugak jadi PIBG nih sebab banyak pengalaman baru serta kenalan baru yang Ajue jumpa. Skop kerja semakin meluas, peluang makin cerah dalam business jugak nanti.

Ajue tak menyesal sedikit pon bila ambil keputusan nak berhenti kerja tahun lepas. Sebab memang Ajue tahu apa yang ajue nak selama ni. Bila imbas kembali, masa Ajue tengah mencari cari business apa nak buat kira kira 2 tahun yang lalu. Ajue hanya tahu Ajue tak nak line IT consultant lagi dah. Sebab letih nak kerja siang malam travel sana sini tinggalkan anak anak. Kalau boleh nak kerja kat area rumah jer atau boleh buat dari rumah. Kalau travel pon tak lebih 3 hari sebab tak nak jauh dengan anak anak.

Terasa rugi sangat kalau tak tengok anak membesar depan mata. Syukur Tuhan cepat sedarkan Ajue. Ingat lagi masa tu anak sulung Ajue naik tahun 6 dan nak UPSR tahun tu. Ajue terduduk kejap sebab baru tersedar … dah besar rupanya anak sulung ku. Ibu dia pergi mana yer selama ni.

Masa Ajue bawak anak sulung pergi Umrah tahun tu, setiap kali berdoa depan kaabah dan masa tawaf Ajue selalu dibayangi yang Ajue sedang berada di depan orang ramai bagi ucapan. Tak sure majlis apa. Masa tu yang ajue tahu Ajue berdoa tuhan berikan hidayah apa Ajue patut buat kalau nak berhenti kerja nanti.

Then Ajue masuk Komuniti IbuBapa Tahun 6. Khas untuk bantu palajar yang ambik UPSR tahun tu. Alhamdullilah berkat kami semua ahli komuniti serta guru guru sekolah , peningkatan 100% keputusan UPSR tahun tu. Ada kalanya kami sendiri ibu bapa turun padang mengajar anak anak masa tu. Dan lokasi nya banyak kat rumah Ajue. Seronok pulak buat benda benda aktiviti macam ni. Merapatkan hubungan parents dan anak anak serta kami sendiri.

Tahun lepas pulak sekali lagi Ajue menyumbangkan tenaga dalam Komuniti tahun 6 u tuk 2012 serta AJK PiBG jugak. Banyak yang Ajue belajar dari situ. Dan Alhamdullilah jugak anak kedua Ajue berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Kebetulan pulak Ajue dah involve dengan Network Marketing Hai O, lagi rasa seronok pulak apa yang Ajue buat. Sebab tu lah keputusan untuk berhenti kerja Ajue hanya ambil sekelip mata saja. Mungkin inilah yang ditunjukkan oleh Allah semasa di Mekah dulu.

Berucap didepan orang dalam aktiviti sekolah anak anak seperti Komuniti dan PIBG. Dan juga memberi ilmu kepada usahawan Hai O semasa majlis ilmu serta jadi emcee banyak mengajar Ajue public speaking dalam aktiviti business Ajue.

Dan… semua ni jugak latihan bagi Ajue untuk bentang paper untuk My PhD Industri nanti.

Apa yang buat sebelum ni, sekarang ini dan jugak selepas ni semata mata untuk anak anak Ajue. Merekalah penguat semangat Ajue, penyejuk hati serta penghibur di kala berduka. Kuatnya Ajue adalah kerana kuatnya semangat anak anak sebenarnya. Alhamdullilah syukur dikurniakan 4 cahaya mata yang masing masing mempunya kelebihan tersendiri. Thank you anak anak Ibu kerana sentiasa bersama sama Ibu walau apa pon yang terjadi.

So, sekarang masa untuk tengok gambar. Jom layan…

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Anak Ajue yang Tahun 1 pon masuk acara 50m. Bangga jugak sebab dapat sampaikan pingat emas kepada anak sendiri. Teringat masa Ajue kecik dulu, masa darjah 5 lagi Ajue dah mula berlari, kat stadium bole lagi wakil sekolah. Acara favourite 400m! โ™กโ™ฅ ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *