Bisnes Trip Utara ~ Kedah, Perlis dan Penang

Wah dah lama tak update kan. So, sementara nak tunggu next task hari ni, Ajue nak update la blog ni kejap. Hehe

Cuti sekolah dah bawak anak anak mandi kat Bukit Gambang Water Park. Then balik dua hari untuk siapkan tugas kat area KL dan selangor. Pastu terus ke Utara untuk bantu biznes partner kat sana.

Pagi tu sempat meeting ngan gurubesar kejap untuk perkembangan projek surau sekolah dengan kontraktor. Alhamdullilah semua berjalan seperti yang dirancangkan setakat ini dan semoga impian anak anak sekolah kami menjadi kenyataan nanti, insyaAllah.

Then kali ni Ajue ke utara dengan husband jer sebab banyak nak cover, lagipon anak anak biar rehat kat rumah lepas dua hari berjemur bawah matahari kan, kang demam pulak nak bukak sekolah nanti.

So, sampai kedah Check in kat Leverage Business Hotel. Dulu masa datang utara pon stay sini jugak. Convenient sebab sebelah ada Old Town White Coffee nak buat sharing dan jumpa clients.

Malam tu coaching dengan Linda dan Adik dia. Kagum dengan Linda, walaupon berjauhan dengan leader, tapi beliau tak pernah putus asa dan selalu update Ajue tentang progress biznes. Lagipon tak susah buat bizmes online nih, sekarang teknology dah maju, semua dihujung jari. Rugi kalau kita tak grab peluang macam ni kan. Malah adik Londa sendiri walaupon masih di peringkat sekolah menengah, tapi tak segan nak perkenalkan produk pakaian dalam wanita kepada cikgu dia. Ramai jugak yang bertanya pasal corset kat dia. Sigat macam nih la yang kita banggakan, betul tak.

Esoknya ke Perlis pulak. Tapi sebelum tu, sempat personal coaching dengan Intan. Cikgu sekolah menengah kat Kulai ni asalnya orang Kedah. So, cuti sekolah nih, boleh terus jumpa dia kat kampung dia nih. Intan dah habiskan kesemua corsetnya dalam masa 5 bulan saja. Sekarang dah terkena, dengan tokey corset kat sekolah dia. Tak rugipon kita share benda yang elok kan untuk setiap wanita. Dah habis stok, Intan turut bantu rakan kongsi dia Linda dan jugak Hanis Izzati dalam menjual corset. Macam tu la ciri ciri leader yang kita mahukan. Sentiasa ambik berat terhadap rakan kongsi. Syabas Intan!

Kat Perlis pulak, jumpa dengan Anna, seorang lecturer kat Unimap. Actually Ajue sepatutnya jumpa Anna sebelom pergi trip europe lagi. Tapi entah macamana, masa tak mengizinkan kami. Jadi kesempatan ke utara ni Ajue memang nekad nak jumpa Anna jugak. InsyaAllah Beautiful Galaxy Team bakal mempunyai tambahan ahli kat Perlis pulak lepas dua orang cikgu kat Sekolah Padang Besar. Alhamdullilah.

Malam tu pulak Ajue berkesempatan ke stadium alor setar makan kat situ. Intan lah yang perkenalkan mee udang kat instagram dia… Tapi nasib kurang baik sebab malam tu pakcik yang jual mee udang tak niaga la pulak. Tapi takper, kita makan food lain… Besstttt

Ok, esok nya dah nak balik KL sebab malam tu ada GLAM. Tapi sempat jugak pergi sharing dengan dua lagi yang nak tahu pasal plan biznes kami yang happening ini.

Iman ialah guru yang baru jer dapat posting kat Utara. Tapi disebabkan jarak menjauhkan dia dengan husband membuatkan dia terpikir untuk menolak tawaran tersebut buat sementara kerana ingin buat biznes. InsyaAllah, rezeki ada dimana mana kan Iman, yang penting kita usaha dan kita sama sama usaha kearahnya dengan izin Allah. Dulu Iman pon pernah buat side income, tapi lepas balik dari belajar kat UK, semua contact person untuk biznes tu hilang entah kemana, dan yang lagi menyedihkan ialah point terkumpul semua lupus sebab tak aktif.

Orait, last sesi pada hari tu, ialah dengan Kak El. Tak sangka tengah sembang sembang rupanya kami satu negeri. Syoknyer kan. Dah plan nak jumpa balik raya nanti.. Hehe walaupon Kak El dah senang , yer lah anak anak dah besar, pandai pandai semuanya pulak tu. tapi keinginan untuk menyertai kami Glampreneurs yang happening dan asyik shopping ni membuatkan beliau sanggup meluangkan masa mendengar plan biznes ni. Syabas Kak, insyaAllah kita dibawah bimbingan sifu sifu Glamprenuers akan saling bantu satu sama lain dalam perjalanan biznes ni. Ajue yakin dengan matlamat serta approach kumpulan seiring dengan kehendak syarikat.

Welcome to Glampreneurs!!!!

Malam tu nak balik kat Penang bridge jem, maklumlah orang baru lepas balik kerja kan, so Kami pergi makan dulu kat Padang Kota.

Orait, habis jugak entry kali nih. Tak ambik masa panjang pon nak update. Anyway, sementara nak jumpa lecturer Ajue kat UUM, terperasan kat botol mineral water nih..

Yup, this is true. Biznes ni kalau buat sorang sorang takkan menjadi. Kita memerlukan mentor, perlukan leader serta rakan kongsi untuk sama sama lakukan. Ingat tak cerita semut nak angkat daun, walaupon daun tu besar dari semut tapi dengan adanya kerjasama antara sekumpullan semut , berjaya jugak sehelai daun itu mereka angkat. Wallahualam..

sampai kl terus pergi Glam kat Taman Tun. jumpa dengan biznes partner yang sentiasa nak upgrade diri dengan ilmu. sempat jugak Ajue bagi info pasal tilam sleep mate tu kat diorang. InsyaAllah benda baik elok kita kongsi bersama kan.

image

See u next entry!