GLG from London to Paris, 36 hours!

Okay, malas nak tunggu esok, nak citer jugak pengalaman Ajue yang tak mungkin akan dapat di masa akan datang. Satu pengalaman tiada nilainya jika dibanding dengan wang ringgit. Kerana ia berlaku kali terakhir kira kira 25 tahun yang lalu….

Orait, pagi tu tour leader cakap kena siap sebelom 7 pagi sebab nak pergi St Pancras station untuk naik Eurostar jam 8.31 pagi ke Paris.

Sampai kat St Pancras, ada announcement bagitau train delay dari Perancis sebab bad weather kat Northen France. Ok…. Kita minum dulu

Pastu masuk kedai kedai kat situ pulak..

Ok, jom tengok noticeboard jap,

Hmmm… Masa nih dah jam 11 pagi kut. Agent tu cakap last decision kol 1 tengahari. Incase takde news jugak kami carik alternatif lain untuk ke Paris. Ok, kita sambung minum lagi dan makan kek pulak.

Atlast keluarlah notice nih..

Okay… So, plan B! Kami hired coach untuk ke Paris. Actually Ajue tak faham sangat naik coach nih, sebab tour leader cakap, nanti coach nih naik train. Train akan lalu Eurotunnel untuk ke Calais. Dari Calais aka ambil masa 4 jam untuk sampai Paris.. Camtu la lebih kurang. So Ajue google la, ni la yang Ajue sempat capture masa tuh,

Kami naik coach dari St Pancras ke Folkestone. Sepanjang perjalanan sempat Ajue snap bebeapa gambar…

Okay, lepas immigration checkpoint, kami terpaksa berhenti kejap sebab train berikutnya jam 9 malam. Tapi masa kami berhenti tu baru 5 petang cam tuh. So, kami lepak kat Eurotunnel compleks untuk alas perut, toilet , solat jap. Ok la not bad tempat menunggu dia tuh… Atleast ada free wifi jugak kat situ

So lebih kurang jam 8.30 malam kami naik semula coach untuk cross selat inggeris dengan menaiki train kontena, means coach kami akan masuk dalam train tu dan lepas sejam kut akan sampai kat Calais.

Masa tu Ajue dah ketiduran rasanya… Tiba tiba jer rasa macam kenapa dah tak gerak nih, dah la masa tu sejuk yang amat. Tengok depan dan belakang coach berderet deret lori kontena beratur panjang…. Ah malas nak pikir, better tidor la kut.

Sampai 4 pagi still tak gerak. Fuhhhh nak ke toilet pon ada, lapar pon ada, sejuk jangan citer la. Lambatnya matahari terbit, sebab kat luar tak nampak apa melainkan lori kontena jer…

Sampai lah dah nampak sunrise sikit, Ajue nampak ada dua tiga orang keluar, so Ajue pon keluar la jugak nak tahu apa sebenarnya terjadi. Oh ya lula nak cakap, Ajue sempat whatapps dengan kakak Ajue kat KL suruh google ada apa berlaku dari Calais ker Paris kut kut la boleh melegakan hati dan perasaan yang konfius ni kan.

Dan ini yang kakak Ajue bagi from google…

Lama menunggu kami nekad nak jalan kaki pagi tu nak pergi cari toilet atau mana mana RnR nak minum air panas. So, ramai ramai kuar jalan kaki more than 1km dalam kesejukan dan atas ice yang licin dengan kasut yang tak berapa nak sesuai tuh…

So, sampai kat satu stop tu, kami lepak dalam tu 2-3 jam sementara menunggu dn terus menunggu…

Ajue pulak takde coin euro, sebab tak beli apa apa lagi in euro. Yang ada semua duit pound syiling. Siap pinjam lagi kat orang situ.

Kami siap main snow lagi, masa tiba tiba snow turun masa tuh. Pastu dah kesejukan, minum lagi kopi panas, pastu yang paling best main game dalam kedai! Hahahhah main permainaan masa budak budak, cap kalicap dan goreng goreng pisang… Hahhaha best. Best betul masa tuh, bila dah boring kan, datang la idea ntah apa apa masa tu.

Kira kira jam 11 pagi kut baru lah nampak kontena kontena tu bergerak sikit sikit, agaknya dah clear kut halangan kat depan tu kan.

So, dah boleh naik coach untuk ke Paris. Dipertengahan jalan, sempat ambik beberapa gambar jugak..

Masa pertemgahan jalan tu, Ajue sempat cari news pasal kejadian malam tadi dan ini yang Ajue sempat capture..

Oh my! Patutlahhh traffic panjang giler malam tadi tak bergerak. Wow, satu pengalaman yang tak mungkin dapat Ajue lupakan sepanjang hayat. Bukan semua diberi peluang untuk merasainya. Maha besar kuasa Allah yang menentukan segalanya. Just imagine heavy snow turun dalam bulan March yang sepatutnya dah menghampiri musim bunga.

Aue bersyukur kerana dapat merasa sendiri pengalaman ini yang akan diingati dalam sejarah dunia, nanti bila besar boleh cerita kat anak cucu pulak. Nasib baik ambik gambar, boleh dijadikan kenangan sepanjang hayat. Berita satu dunia pon menyiarkan benda yang sama, sejarah terburuk since 25 tahun yang lalu. Dan keajaiban kuasa Allah dengan alam semesta.

Alhamdullilah Ajue serta rombongan Hai O selamat tiba di paris disambut dengan salji putih sekeliling kami dengan suhu bawah takat beku!

So, total perjalanan yang sepatutnya menaiki Eurostar selama 2 jam 45 minit menjadi 36 jam!!

Orait, next entry kita cerita pengalaman kat Paris pulak yer. Tungguuuu