Result UPSR Officially released

Alhamdullilah hari yang ditunggu tunggu sudah tiba. Semua sudah maklum dengan nya kan.. Hehhehe well,sebagai ibu dan juga AJK Komuniti IbuBapa serta wakil PIBG SK 24 sudah tentu debaran tu sangat sangat kuat.

Tahun nih merupakan tahun kedua Ajue dalam Komuniti Ibu Bapa membantu para pelajar serta guru dalam meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam UPSR.

Walau apa pon, kita manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan punya perancangan lagi hebat dan kita semestinya Redha dengan segala ketentuannya.

Oraitt, tahun nih keputusan peringkat daerah dilakukan kat sekolah anak Ajue. So, sebelum kol 10 pagi lagi dah berderet kereta wakil sekolah daerah petaling datang untuk ambik result sekolah memasing.

Lebih kurang jam 11 pagi baru kami warga SK 24 berkumpul untuk dengar keputusan dari guru besar.

Debaran para pelajar kian terasa…

Ibu bapa pon turut berdoa saat saat akhir menjelang keputusan diumumkan….

Orait, ni keputusannya….

Alhamdullilahhhh sebagai ibu Ajue bangga dengan pencapaian cekemek nih. Even masa trial tak pernah langsung dapat full A… Tak macam abang dia, semua trail dan ujian bulanan sentiasa dapat 5A. Tu lah, saper kata mak buat bisness tak mampu lahirkan anak yang berkualiti??? sebab apa Ajue cakap macam nih, sebabnya masa buat bisnes dulu kedengaran suara suara yang mengatakan mak sibuk kehulu kehilir buat bisnes, anak anak kelaparan kat rumah, terbiar macam tu sajer. Well, hari nih Ajue buktikan bahawa walau sessibuk mana Ajue dalam mencari rezeki Ajue tak pernah lupa dengan kewajipan sebagai seorang IBU! Dan bisnes ni pon adalah semata mata kerana anak anak jugak. Suka hati la orang nak cakap apa, kan. Kegembiraan Ajue telah menutupi segala kesakitan dalam hati setelah apa yang diperkatakan!

Hanya dengan kejayaan anak anak sahaja yang mampu membuat Ajue tersenyum dan merasa bangga. Thank you all my children. And thank you Allah atas segala yang Ajue perolehi setakat ini.

Inilah barisan anak anak AJK Komuniti yang berjaya dalam UPSR. Syabas anak anak ibu… Ibu bangga dengan kalian!

YAY!!!! kami berjaya dengan cemerlang. Thank you Allah.

Result UPSR?


Salam all, Ajue lately bz sesangat…. Kalau baca status fb pon asyik tak duduk rumah jer kan. Ni semua atas urusan bisnes dan nak bantu rakan kongsi menngembangkan bisnes diorang. Yer la, dulu masa mula mula Ajue join pon macam tu jugak. CDM Hanis la yang banyak membantu Ajue sampai dah boleh buat sendiri, Ajue terus bergerak sambil dimonitor oleh Hanis jugak. Bukan nak kata Ajue dah boleh independent sendiri tanpa leader, salah tu. Ajue still need leaders dan mentors dalam meniti hari hari dalam perjalanan bisness nih. OK, sekrang Ajue kat KB, Kelantan. Again, urusan bisness sebab permintaan untuk mendengar peluang perniagaan yang senang nih terlalu tinggi kat sini. Rasanya baru last week Ajue datang sini. Ooopps entry kali nih bukan nak citer bisness, tunggu next entry kay. Kali nih just nak share that result UPSR dah nak keluar dalam 2 ,3 hari lagi…. Fuhhhhh berdebar sungguh rasanya… Dan semalam masa bali dari GLAM, Ajue terbaca kat wall facebook salah sorang cikgu sekolah anak ajue. Result UPSR tahun ni akan diumumkan kat sekolah anak Ajue tu untuk peringkat Daerah.!! Wah wah, makin nevesss laaaa mak ayah tahun nih kannnnnn.. Apakah tahun nib dapat mengatasi pencapaian tahun lepas?? sama sama lah kita tunggu yer. Apa pon, kami redha dengan keputusan nanti. Setelah apa yang anak anak tahun 6 lalui dan usahakan, semuanya sudah dalam ketentuan Allah kan. Lasyt year Ajue bersama dengan parents serta AJK Komuniti sama sama berkumpul kat sekolah sambil menunggu keputusan yang menghasilkan peningkatan 100% berbanding dengan tahun sebelumnya. Dan Anak sulung Ajue pon Alhamdullilah dapat 5A masa tu. sekarang dia dalam form one kat Sekolah Tahfiz Islam AsSofa, negeri sembilan. Ni Ajue ada buatkan video clips aktiviti kami ibubapa sepanjang tahun lepas … For this year, tak compile lagi… Tunggguuuu..
komuniti UPSR