Trip to Melaka

Alhamdullilah berjaya jugak merealisasikan trip ke Melaka di bulan puasa ni. Trip ni 2 in 1. Atas urusan business dan jugak family.

Dah terberkenan pulak dengan tudung Fareeda ni, Ajue beli 2 helai dulu. So hari ni nak pakai kaler merah hitam. Sebelum pergi posing dulu,

image

Then bertolak ke Seremban dulu untuk personal coaching dengan business partner Kak Lina. Bertempat di Seremban Parade, tempat kami selalu jumpa. Memandangkan sekarang bulan puasa, kami mana boleh makan dan minum, tapi sebab manager restoren kat situ dah kenal kami, so beliau bagi jer duduk berdiskas kat meja tu.

image

Seronok dengar cerita Kak Line yang baru pulang dari Scotland kerana menghadiri konvo anak nya disana. Bestkan. InsyaAllah nak tanam impian jugak anak anak dapat belajar oversea nanti, bolehlah bawak segerombolan bercuti alang alang nak tengok anak kan. Impian kena besar, baru kita dapat. Betul tak.

Lepas tu terus ke Melaka untuk 3 lagi agenda yang lain. Pertama nya, jumpa sepupu Ajue, DSP Aniesa. Ni urusan pembantu rumah nenek kami.

image

Malam tu pulak business partner Ajue cakap jumpa lepas berbuka iftar. Jadi Ajue pon terus cakap kat sepupu kat berbuka bersama. Alhamdullilah, rezeki pulak malam tu sebab kami dijemput iftar bersama sama dengan Dato Ketua Polis Melaka, kat Mahkota Melaka Hotel.

Seronok sembang dengan Datin, tambahan lagi Datin orang Terengganu pulak tu. InsyaAllah raya nanti boleh lah beraya ke rumah Datin nanti.

image

Mujur jugak business partner Ajue cakap beliau boleh datang all the way dari Jasin ke Melaka tengah untuk berjumpa dengan ajue. So, kami jumpa kat hotel yang sama untuk sesi personal Coaching. Syabas Nisa. Satu tundakan yang baik, yer la Ajue datang dari jauh kan. Nisa pon dari Jasin. So kami jumpa kat tengah tengah. Ni baru lah dinamakan win win situation.

image

Lepas cafe hotel tutup kami berpecah untuk kembali ke rumah masing masing. Alhamdullilah, kesemua misi dirancangkan berjalan lancar. Semoga Allan memberkati trip kali ni dan Ajue mengharapkan yang terbaik serta dimutahkan rezeki dalam business ni. Ameeen.