Business sharing di Kuching

First time jejak kaki kat bumi Kenyalang nih. Pada mulanya flight Ajue hari Jumaat pagi..tapi sebab Ajue dapat award 100G malam tu Ajue sanggup cancel flight dan purchase lain hari Sabtu.

Nak dijadikan citer… Flight semua penuh ke Kuching. Walla walla.. So how??? Tanpa buang masa Ajue pon carilah selain dari KL untuk ke Kuching. Dan surprisingly,dapat Route dari Singapore. Hmm… Ok, here we go, off to Singapore la pagi tu.. Hehe

Sampai Singapore, teringat kat Anis yang hantar Ajue kol 5 pagi tadi, sambil nangis tengok ibu dia turun kete sempat pesan, “nanti ibu balik, ibu bawak balik rantai love boleh tak. Anis suukaaaa rantai love.”

Ok Anis, ni untuk Anis, kay.

Orait, sampai Kuching kol 2.40 petang, terus ke hotel sebabbisnes partner Ajue Ferrie dah sampai semalam lagi. Lepas solat Asar dan Zohor, terus carik kedai nak makan laksa Sarawak.. And.. Inilah hasilnya..

Sempat coaching sementara menunggu laksa siap. Masa itu emas, kay. 😉 setting stratergy dan plan untuk this month. Ferrie nih Ajue nyer Diamond in the making. Senang nak bentuk sebab dia ikuuutttt jer bulat bulat apa Ajue plan kan. Thats right!

Then balik hotel untuk solat maghrib dan isyak sebelom bisnes sharing pada malamnya.

Sempat tu masuk pasar malam kat Satok.

Ok, ni Kawan Ferrie masa kat STF dulu. Orang Sarawak jugak. Lost contact dah lama tapi jumpa balik kat facebook. Tak salah kan kalau kita share benda yang baik.. Well done Ferrie!

Malam tu balik uncle driver taxi bawak pusing bandar Kuching… Thank you uncle!

Esoknya pulak pepagi lagi dah bangun sebab nak bekpes kat Coffee Corner. Kat situ ada Mee Kolok femes kat Kuching.

Sedaappppppp sangat mee kolok nih, mana nak carik eh kat KL????

Pastu, Ferrie ajak pergi Pasar Satok lagi. Kali nih nak carik ikan terubok masin. Nasib baik lah ada Ferrie, kalau Ajue sorang2 rasanya lepak hotel jer kut…tak tahu nak gi mana.. Hehe.

Masa tengah pilih ikan tuh, ada la sorang nih pandang jer Ajue. Laaaa rupa rupanya Abang Zamree, husband Kak Nonie. Kak Nonie nih ex opismate Ajue masa mula mula Ajue kerja dulu. Anak sulong kami sebaya. Abang Zamree tunjuk gambar Amin. Mak aiiii dah besar sungguh kalau nak compare dengan Adlan.

Then, kami balik hotel. Simpan ikan ikan tu. pastu kuar balik nak carik kek lapis Sarawak. Tempatnya kat kampung Boyan. Kena naik bot nak ke seberang merentasi sungai Sarawak. Tanya tanya orang kat situ diorang cakap kek sedap kat Mira Kek Lapis. So, here we go…

Naik bot RM1 jer sorang… Murahkan!

Beli ni untuk adik ipar Ajue, sebab nama sama dengan kek lapis! LoL!

Balik hotel, mandi sebab berpeluh dah, dan bau ikan hahhaha. Lepas Solat, kami chekcout hotel sebab next appointment kol 2.30 petang kat the Spring.

Bye bye Abell Hotel. Next time check in lagi.

Ni Ila. Kerja Gomen kat Kuching tapi orang Semenanjung.

Appointment back to back dengan sorang lagi kawan Ferrie masa kat STF dulu… Sorang cikgu kat Bintulu. Datang Kuching sebab ada kenduri kawen sedara kat sini. Jumpa kat mana? Of coz laaa Facabook! Setelah hampir 10 tahun tak contact. Happy to join the bisness sebab dapat together gether balik nanti..

Orait, masa tengah update blog nih, Ajue dah kat Kuching International Airport. Sempat lagi turunkan ilmu Kat Ferrie sebelom flight dia kol 8 malam. Flight Ajue jam 9.30 malam. Tengah tengah coaching, dapat sms dari silent reader blog Ajue. Terus cakap nak join bisnes and suruh Ajue ajar dia how to start and what to do. Alhamdullilah… Kalau kita ikhlas tolong orang insyaAllah rezeki akan datang kat kita dengan mudahnya, janji kita redha dengan ketentuan Ilahi. Syukur sangat sangat dengan apa yang Ajue lalui ini. Be in the right group, the Green Leaders Group!

Disebalik kesusahan dan kepayahan tersembunyi seribu kenikmatan. Thank you Allah!

Orait, live update from Kuching,

Ajue — founder of Beautiful Galaxy Team.