Baby Hani Khalilah

Sementara nak tunggu next biznes appointment, jom baca entry baby Hani Khalilah jap.

Ni kira first baby lah dalam group Galaxy Team Nih. Amy telah selamat melahirkan baby pertamanya sebelum GLAMpreneurs pergi Paris dan London baru baru nih.

So, masa kat London Ajue beli baju untuk baby Amy kat Primark, Oxford Streets. Sajer beli saiz besar boleh pakai raya nanti hehe.

Anak anak Ajue exited sungguh dapat main ngan baby Hani. Semja nak dukung. Tapi tak boleh la lagi yer.. Baby Hani kecik lagi.. Baru sebulan lebih. Nanti dah besar sikit boleh dukung kay.

Apiq siap bukak sarung tangan dia la, pastu bukak stokin dia sebab nak tengok kaki kecik baby. Apa daaa… Dia actually geram tengok baby tapi tak pandai main, agaknya ingat anak patung kut.

Anis pulak siap tanya bila nak 4 tahun sebab nak suruh tadika sama dengan dia dulu. Hahahha pastu siap tanya jauh tak kalau van nak datang ambik. Lol…

Ok, lets enjoy the pics.

On the way nak pergi. Muka exited semua..

Baby Hani, jom main!!!

Taken from instagram Amy.

Orait Amy, dah habis pantang. Happy giler sebab dapat balik figure masa belum kawen dulu. Semuanya sebab pemakaian corset Premium Beautiful secara berterusan masa dalam pantang hari tu. cayalan Amy!

Amy, bisnes mode ON!!! Hehe