Summer Break updates

Finally, second last item in my to-do list is done. It is collect train tickets from raileurope office in Singapore.

Well, flight pagi tadi sampai kol 7++ pagi dan sempat update blog. Kali ni sementara tunggu nak departure, dah lepas shopping sikit kat Vivo City, rasa nak update entry untuk Summer Trip. Ok, dah selamat sampai kat tempat ambil tiket tadi, kat People’s Park. Ingat kan apa benda laa “park” tu, tapi rupanya building yang ada tempat shopping dan tingkat atas dari 3 hingga 15 tu office. So, Raileurope punya office kat tingkat 6.

20120529-134302.jpg

Dear all my team, (A,B and C), ni tiket untuk kita dari Zurich ke Milan. Satu tiket jer, untuk 6 adult. Kalau hilang tiket ni kena purchase lain… Huhuhu kena simpan elok elok nih. Naik kol 11 pagi, sampai Milan dalam lebih kurang jam 2.50 petang. Lepas tu kita kena terus cepat cepat pergi ambik kereta sewa untuk drive up to Italian Alps, resort kita.

20120529-134710.jpg

Ni tiket untuk Team C sahaja, sebab dia akan balik ke Paris sorang sorang. The rest akan balik KL from Milan. So, Ang, simpan tiket ni elok elok kay, hehehehhe.

20120529-134823.jpg

Lepas ambik tiket tadi, tanya officer kat situ the best way nak pergi Harbourfront Centre. Dia cakap better naik MRT. Sebab 2 station jer daripada Chinatown station. Oh, by the way, Chinatown station ni link dengan People’s Park. So, lintas jalan jer untuk naik MRT dari sini. Senang jer…

20120529-135038.jpg

Sampai kat Harbourfront station, rupa rupanya Vivo City la tuh… Hehehhehe so, apa lagi. Terus cari makanan isi perut dulu.

20120529-135245.jpg

Ok, untuk pengetahuan semua, chewah, balik KL ni Ajue tak naik flight, sebab dah lama teringin nak naik double decker bas Aeroline. So, surf kat internet, harga dia RM118 sehala. Hmmmm ok la gak kan, boleh rasa pengalaman , betul tak. Sebab nak balik ngan flight sama jer harga dia, pastu malas nak turun kat LCCT tu. Aeroline nih turun kat Corus Hotel.

20120529-135553.jpg

Dah penat jalan jalan, lepak kat opis Aeroline lah, ada wifi boleh update blog nih.. Hehehe. Beli toys untuk anak anak, pastu beli gift untuk bisness partner Ajue yang berjaya naik pangkat bulan lepas, iaitu Aisyah. Nak tahu apa? Tungguuuuu….. Hehehhe

20120529-135636.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *