Hi ,
Antara kemempat empat anak Ajue, Shazani Afiq dah 2 kali fly oversea tanpa Ajue. First time masa dia nak datang kat Ajue di Hong Kong. Masa tu dia baru 8 tahun. Ajue kena outstation sebulan kat sana, alih alih Shazani demam panas. Shahril pulak terpaksa balik Sydney. Nasib baik nenek dia ada boleh tengok tengok kan. Bila dah seminggu lagi Ajue nak balik KL, Ajue beli tix dia datang lepak HK dengan Ajue. Naik Cathay Airways , kena ambik assistant. Bayar sikit la sebab assistant tu akan guide Shazani from door to door.
Kali ni Shazani bersama team bola Red Dragonnya berlepas ke Jakarta untuk Adidas Cup Chelsea. Ajue tak dapat ikut sebab masih kerja Jumaat tu. So, Ajue bertolak Subuh Sabtu, dapat tengok dia main 2 game. Lepas tu Ahad Ajue balik semula ke KL sebab nak kerja Isnin. Shazani stay lagi sampai Selasa baru balik.
Shazani ni minat sangat dengan bola sejak 6 tahun lagi. Masa tu dekat Shah Alam, dia join kelab Gen Pro. Siap Anis lagi main bola. Tapi bila pindah Taman Tun dah tak de kelab bola yang ada girl. Alhamdullilah team Red Dragon tempat ketiga keseluruhan. Syabas!!!