Sehati Sejiwa Merdeka 2016

20160831_083043

 

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 

Ya, negara kita menyambut hari kemerdekaan pada setiap 31 August setiap tahun. Dan ia merupakan hari cuti am untuk seluruh negara Malaysia. Ajue ingat lagi, masa Ajue sekolah rendah dulu, Ajue tak pernah miss menyertai perbarisan hari kebangsaan. Memang bangga sangat… agaknya Ajue ni berjiwa patriotik kut. Dah la masa kat UUM memang duduk kat Kolej Perwaja, haaa saper UUM kompem tahu la apa tu Kolej Perwaja, kan.

So, tahun ni Ajue berpeluang membawa Anis dan Apiq menyaksikan perbarisan hari merdeka dan juga pertunjukan udara. Kami naik LRT dari Kelana Jaya terus ke Masjid Jamek. Sampai pon dah agak lewat sebab kami alas perut dulu.. yer la.. ramai orang kan. Taknak anak anak nanti kelaparan. Nasib kami agak kurang bak sebab kerusi semua dah penuh kat Dataran Merdeka ni. Kami terpaksa berasak asak naik tangga mencari best spot untuk melihat perbarisan. Alhamdullilah dapat jugak walaupon terpaksa berdiri sepanjang pertunjukan.

Actually banyak lagi gambar tapi Ajue terpaksa pilih beberapa gambar saja. Anis Apiq sangat seronok, dan sedikit sebanyak boleh faham apa itu kemerdekaan serta badan beruniform yang ada dalam negara kita, Malaysia.

Lepas habis, kami terus balik naik LRT dan balik Taman Tun. Sampai TTDI baru cari makan. Ecah tak ikut, dia nak tengok TV dari rumah jer.

20160831_090431

20160831_090514

20160831_091235

20160831_091325

20160831_092032

20160831_093301

20160831_093344

20160831_093946

20160831_095151

20160831_100046

20160831_084900

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *