Sedikit keinsafan…

 

Hari ni berkesempatan untuk pusing2 Kolkata. Namun cuaca yang cerah semasa sarapan pagi bertukar menjadi ‘kelabu’ dan sekelip mata hujan lebat membasahai bumi Kolkata. Plan asal ditunda ke sebelah petang dengan harapan tiada hujan lagi.
Nasib baik sebelah hotel ada shopping kompleks, boleh la cuci mata sambil carik suvenir kecil untuk di bawa balik. Tapi sayang, langsung tak jumpa fridge magnet yang dipesan. Mungkin Teh Masala Taj Mahal menjadi pengganti FM kut nanti, tak pon perencah ‘Chicken Butter’ yang instant sesuai menjadi ole-ole dari sini.
Sempat beli towel mandi Pooh untuk anak2 dan beberapa kotak teh tadi. Berhenti jer hujan tanpa membuang masa, terus amibil taxi yang menjadi kegemaran ramai, seperti lagu “Dr. Bombay … Calcutta.. taxi taxi taxi.. ” Memang taxi yellow ni pon yang ada kat sini. 

Yellow Taxi

Perut pon dan berbunyi mintak dipenuhi, terus meluru laju ke Restoren terkenal Mainland China dialunkan dengan bunyi hon kereta yang tak pernah sunyi sepanjang perjalanan melalui lopak-lopak air yang bertakung serta banjir kilat di selang seli dengan lampu isyarat yang mempunyai 5 lampu (sungguh tak faham!). Tetiber di pertangahan jalan driver taxi berhenti untuk ‘buang air’ di celah2 semak dan air bertakung… kelihatan juga anak2 kecil yang seronok bermain banjir dan lumpur di kiri kanan jalan . Sesekali taxi yang dinaiki mengelak ke kiri dan ke kanan kerana ada lembu yang selamba melintas jalan , tak pon lepak di tengah2 jalan…  

Ada orang kawen..
Lembu melintas jalan
     
Banjir…

Dah la sampai nak luruh jantung taxi di bawa, ditipu pulak dek tambang yang dikenakan. Takut punya pasal, melayang jugak Rp300 untuk ke city centre. Nasib baik MD yang bayar.. hehehe Sajian chinese-indian memang sedap, bayangkan masakan cina tapi ada unsur2 pedas.. siap dengan Jasmine Tea lagi. Kalau convert ke RM, memang murah.. anyway, this is India..

Mainland China Restoren

Bergegas ke New Market untuk shopping baju2 murah (orang kata murah lah…). Terkejut dengan sambutan ‘hangat’ penduduk Kolkata kerana persiapan menyambut satu perayaan… rasanya mengalahkan orang2 kita di sekitar Jalan TAR masa bulan Ramadhan lepas kut.. Sempat beli beberapa pasang baju murah (memang murah) serta Indian Silk dan Punjabi Suit. Tak tahu untuk siapa, asal berkenan beli jer… Tapi sayang, kain sari kurang berkenan mungkin sebab kombinasi corak dan warnanya hanya sesuai untuk di gayakan oleh penduduk di sini saja… 

Sebahagian dari hasil borongan…


Bila balance Rupiah tinggal beberapa keping jer, terus ajak kawan-kawan balik hotel untuk menikmati ‘hot shower’ bagi menghilangkan lenguh2 kaki dan tangan nih. Di sepanjang perjalanan pulang ke hotel, terdapat rumah2 kotak yang pasti penghuninya kebasahan setiap kali hujan. Tak kurang juga kepingan kotak yang menjadi alas tidur ditemani periuk nasi di bawah flyover dan jambatan kecil menjadi alamat tetap segelintir manusia di sini… hati berkata “alangkah nikmatnya Malaysia!” 


Terfikir sejenak, apakah situasi ini bakal menimpa nasib our next generation sekirannya Malaysia terus dibelenggu kenaikan harga barang yang tak pernah jatuh, serta kekurangan pekerjaan dan dibebankan pula oleh hutang2 bank yang kian melambung? Nauzubillah… mintak dijauhkan anak cucu kita daripada menerima nasib seperti yang sama di sini…  Lantas terus menguatkan azam dan semangat untuk mengubah nasib supaya mendapat kehidupan yang lebih baik, mempunyai banyak tabungan untuk diwarisi oleh anak2, kehidupan yang lebih sempurna dan baik, punyai waktu bersama anak2. 
Mudah-mudahan business PB ini boleh meningkatkan taraf kehidupan kita, bak kata CDM HanisHaizi


Business ni simple RElakan diri kita dibimbing, always be half glass empty.. Supaya ade ruang utk improve diri. Kalau sentiasa penuh nanti nak diisi makin over flow.. Tak kisah leader kita tu kawan kita, best friend kita, kawan office kita … Respect them. ;)”



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *