>
This is taken from some web:
Tetapi untuk pengetahuan para ibu bapa, murid-murid yang ditemuduga oleh SBP dan SBPI adalah merupaka kuota 20% yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pengetua sekolah untuk memilih sendiri pelajar mengikut kriteria keperluan khas sekolah. Sekiranya anak-anak tuan-puan aktif dalam bidang kokurikulum dan ko-akademik dalam dan luar sekolah serta memegang jawatan-jawatan penting di sekolah, mereka akan mendapat keutamaan untuk kuota 20%. Pihak SBP da SBPI juga akan memaklumkan pihak sekolah (sekolah asal -SK) dan waris samada melalui surat atau telefon jika tersenarai dalam list (senarai) temuduga.
Walau bagaimanapun, sekiranya anak-anak tuan-puan tidak ada dalam senarai temuduga atau tidak mendapat apa-apa makluman daripada pihak SBP dan SBPI jangan bimbang kerana kuota 80% lagi adalah pemilihan daripada KPM.
Kami as parents of course mahukan yang terbaik untuk anak-anak. And I believe all parents are with the same thought as me. Apa-apa pon, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. So Adlan, buat yang terbaik dan selebihnya berserahlah kepada yang maha Esa. Ameen.