Sambutan Hari Guru SK24

Alhamdullilah selesai sudah sambutan hari guru peringkat sekolah kali ni. Dulu Ajue tak pernah ambik tahu pasal sambutan hari guru. Yang Ajue tahu beli hadiah banyak banyak untuk setiap guru dari tadika sampai lah sekolah kebangsaan pastu suruh anak anak bagi kat cikgu.

Sebenarnya kalau difikirkan, guru ibarat ibubapa kedua selepas kita. Kerana masa anak anak dengan mereka kadang kadang jauh kebih banyak berbanding dengan ibu bapa sendiri. Namun ada juga yang kurang memahami situasi ini dan seringkali menyalahkan guru dalam sesuatu ketika.

Sejak jadi ahli PIBG, Ajue banyak peroleh pengalaman dari guru guru. Apatah lagi bila memikul tanggungjawab yang besar sebagai YDP pada tahun ni, lagi lah pengalaman baru diperolehi serta mendekatkan diri dengan lebih lagi dengan para guru serta pelajar pelajar keseluruhan sekolah.

Sambutan Hari Guru kali ni, Ajue dijemput untuk berucap sepatah dua kata serta menyampaikan hadiah kepada guru guru yang terpilih mengikut kategori masing masing. Seronok sangat dan insyaAllah Ajue akan cadangkan aktiviti dari PIBB pulak untuk tahun depan kepada YDP yang dilantik nanti.

Ada persebahan dari pelajar, dan jugak guru sendiri. Lepas tu diselitkan jugak dengan acara Guru Berhias bagi guru perempuan dan Bola Jaring bagi guru lelaki. Kami wakil ibu bapa juga turut menymbangkan tenaga mengawal pelajar2 pada hati tersebut. Barulah wujud kerjasama antara guru dan ibubapa.

Oh ya, company Ajue iaitu Ajuerashid Enterprise juga menyumbangkan sepuluh hamper untuk acara cabutan bertuah.

Tahun ni tema hari guru ialah Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda. Berikut petikan dari teks ucapan yang ajue sediakan pada hari tersebut.

image

So, okay. Tak nak citer panjang jom kita layan gambar pada hari tersebut.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Terima kasih Cikgu. Selamat hari guru kepada semua pendidik yang pernah mengajar Ajue dan juga di seluruh Malaysia. Tak lupa juga kepada guru di dalam Beautiful Galaxy Team.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *