Road to Nebraska – Tour to Health Centre

blood test – TB jab

Hari ni plan nak gi Health Centre. Dalam requirement for new student, Adlan kena buat blood test untuk mementukan dia dah ada imunisasi MMR atau tak. Kalau belu ada, then kena buat kat sini.

Dan semua student wajib ambik jab TB. Lepas dah confirm kami nak purchase insurance dari UNL, baru housemate dia cakap actually kalau buat kat luar lagi murah. Alahai.. dah terlepas. Baru jer confirm tadi.

Sebab Ajue fobia dengar kawan ecah yang dekat Korea tu. Duduk dekat emergency jer bil melambung sampai RM4k. Belum warded lagi. So, tak nak ambik risiko, just purchase jer la..

Lepas settle sini, ambik grab pergi Target. Kat sini diorang panggil Lyft. Kena link dengan Debit atau Credit card kita. So, Ajue link terus dengan BigPay. Takde conversion fee.

Target ni macam Aeon Big la. Adlan nak sweat pants dia. Yang bawak dari KL tu cam tak sesuai pakai kat sini. Nampak bahagian pinggan mangkuk.. nampak Corelle, Kitchen Aid.. mak aiiiii terbeliak mata kejap.. murahnyaaaa……

Tapi ada orang cakap better pergi outlet, cuma jauh la. Lyft dekat 70usd sehala, macam tak berbaloi la pulak. Lagipon tujuan Ajue datang sini nak settlekan Adlan. Shopping duduk tepi sat no!

Isnin depan baru dapat air-bed dia. study table belum deliver lagi. Kat sini senang sebab semua online, dan ada jugak yang free delivery. kena pandai cari la. Ajue belikan Adlan air-bed jer dulu. Sementara pakai kejap jer. Lepas Adlan dah expert nanti, dia boleh beli katil betul dan mattress la sendiri. Lagipon Rahim dah nak balik Malaysia hujung tahun. Boleh jer beli katil Rahim tu. Ajue tahu ramai yang perli cakap dah hantar anak luar negara kenapa nak ikut pulak. Biar lah dia berdikari sendiri. Well, Angelina Joli pon hantar gak anak dia sampai korea. Siap beli rumah lagi. So?

Ajue tahu siapa Adlan, dan Ajue tahu limit dia. Kalau tak temankan dia , tak tahu apa jadi kat dia dalam flight, dah la baru lepas operation tak sampai 24 jam.

Weekend kat sini tersangat la boring tak tahu nak buat apa. Adlan belajar masak ayam .. lol.. baru ak belajar. Dah suruh buat dari Shah Alam lagi dia tak nak. Sampai sini baru la nak belajar itu ini 😉 Ajue ada ajak Adlan keluar, tapi dia nak study, ada test next week. Arrghhh kelas baru nak start hari Isnin dah ada test… nasib ler labu…

Last last angkut gak kuar teman Ajue nak beli ayam. Nak re-stock untuk next week.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *