Road to Nebraska – screen protector hunting

Adlan bangun tersangat awal hari ni. Nak study untuk test yang dia nak buat transfer credit tu. Yang best nyer, satu notes pon dia tak bawak. Penyudahnya, adik kesayangan la yang jadi mangsa. Ecah kena screenshot semua notes dia 🙂

Tak kurang dari tu, Ecah jugak bacakan untuk Adlan apa yang tak boleh nampak untuk snap. gasak lahh korang dua beradik.. hehe

Esok Walmart nak deliver barang Adlan yang balance tu. Study table, swivel chair, comforter, 3 tier storage. Jadi hari ni Ajue nak pergi settlekan screen protector phone Adlan. Ajue pergi Best Buy outlet. macam macam ada kat sini… murah plak tu. Ajue naik bas jer. $1.75 sehala mana mana nak pergi pon takper. Brand Kate spade pon ada jual sini.

Upah pasang screen $8. Ada warranty lifetime in case tercabut ker, terkoyak ker, boleh tukar baru Free lagi. Phone casing beli yang slim jer. Sebab Adlan kata dia tak suka yang gemuk, susah nak masuk poket seluar.

Settle semua, jom masuk kedai kopi. kita pekena Tutle Latte !

OTW nak pergi bus station ternampak kete/jeep ni, ker orang panggil apa benda ni? haha jakun jap. Macam ala ala kereta Bella Swan dalam citer Twilight pon ada gak kan. Tapi yang best nya kaler dia tuh.. fuuhhhh menarik tertarik memang the bomb.

Singgah kedai KT Asian lagi, beli tumisan Kari, yeay hari ni mak masak kari. Adlan dapat telur mata 2 bijik dia on jer.. tak susah pon nak bagi dia makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *