Road to Nebraska – Orientation Day

i20 – ice breaking session – academic advisors – transfer credit – account bank – huskers plan – health insurance – mobile plan

Alhamdullilah, tq Ecah, courier kan i20 original. Ajue dah dapat notification ni dah arrived dekat ISSO.

Kami tiba awal sebelum jam 10 lagi. Masa tu i20 belum deliver lagi, so kami lepak dekat Union sambil minum starbucks. hehe

Sesi hari ni ada yang dengan students, ada yang parents saja. Tak ramai pon parents yang datang. Dari Malaysia Ajue dengan satu couple ni dari Kuching Sarawak. Anak dia perempuan, baru 18 tahun. Lepas SPM terus datang sini. Freshman la. Macam Adlan Ajue still tak sure, Adlan ni dah kira Sophomore ker atau dah Junior. Sebab belum tahu Adlan dapat transfer credit banyak mana.

Untuk graduate at least kena cukup 120 credit hours. Dan maximum boleh transfer pon 60 jer. Tapi ikutkan College of business ni, at least kena complete 70 credit hours di UNL ni sendiri. So, rasanya better Adlan consult dengan advisor dia kut. Dorang lebih arif dalam hal ni, kan.

Masa dalam hall tadi, ada 2 orang buat Actuarial Science dalam CoB (College of Business). Act Sci ni boleh melaui CoB atau College of Arts and Science (CaS). Adlan dapat under CoB. According to penerangan tadi, CoB agak tough la untuk graduate. Tapiii jika graduate dari CoB, ranking dia lagi higher la. Well, we’ll see ya. Ajue takut jugak kalau nak kena struggle teruk teruk. Lagipon Adlan dapat scholar untuk 4 tahun. So why rush kan?

Lepas main talk, kami dah tak sama sama lagi. Ajue pergi session with parents, Adlan ikut group yang dorang dah tetapkan. Adlan bagitau, dia kena sit for Financial Accounting untuk transfer credit. Actually subject ni Adlan dah ambik dekat Intec, tapi masa awal awal dulu. So, UNL takkira, kalau nak transfer credit, Adlan kena buat test jugak. Kalau lepas, baru boleh transfer. Its ok Adlan, buat jer, mana tahu ada rezeki kan.

Then parents talk pasal tution fee pulak. Seriously jauh sangat beza dengan apa yang Ajue lalui masa nak hantar Ecah ke Korea dulu. Semua benda nak kena pay in advance. Belum pergi lagi RM25k dah kena bayar. Then bila sampai sana, dah belajar 3 minggu kena bayat pulak untuk sem depan. Kat situ saja dah RM50k. Ni termasuk semua la, sebab Ecah stay in campus. Ajue tak bagi dia duduk luar lagi.

UNL Adlan pulak $0 in advance. Seriously, Ajue tak bayar apa apa pon kecuali Visa dan F1 i20 dia jer. Then first payment is by 12 September kena bayar. Since Adlan dapat Global Ambassador Scholarship, USD10k dah diberi untuk tution fee. Selebihnya Ajue kena top up sendiri la. Depends berapa subject Adlan ambik untuk sem tu. Fee Adlan ni boleh buat 3 kali installment.

Ajue ambik in house punya health insurance. 1000USD gak la setahun. Adlan jugak purchase mobile data plan. Subscribe yang dapat free smartphone. Sebulan 55USD untuk unlimited data.

OTW back dalam kehujanan dua beranak nih.. huhu. Pastu singgak KT Asian Market untuk beli telur, kicap ABC dan susu.

Petang nanti Adlan kena pergi balik campus sebab ada Quest.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *