Road to Nebraska – Orientation Day continue

Health insurance – Safety – Living on or off campus – Books – Transportation – Job on Campus

Health Insurance

Agenda today pasal items kat atas tu. Untuk insurance ni, semua student wajib beli, kecuali parents yang bekerja di US yang company ada provide insurance untuk family. Macam Ajue, company memanglah HQ dekat Florida, tapi sebab branch dekat Malaysia, tak kira la.

Harga dia memang la mahal, last entry Ajue tulis 1kUSD, tapi sebenarya RM1k sebulan.. dalam 3kUSD la setahun. Tapi, dia covers semua apa yang students perlukan, injections, operation, ambulance semua yang berkaitan dengan health lah.

Safety

Ok, dari segi safety pulak, Nebraska tak banyak criminal case, tapi bila certain period tu, kalau ada event ker apa, orang mabuk tetap ada. So, police officer tu advise, kalau perlukan polis bantuan untuk kemana mana, boleh jer dial hotline number. Polis ni dah dedicated untuk semua students UNL. Let say, Adlan nak balik rumah dari Library tengah malam, boleh call polis untuk temankan jalan. So, Adlan kena simpan number tu siap siap dalam phone.

On or Off Campus

Semua freshmen under 19 tahun wajib duduk dalam campus. Adlan optional. Sebab tu Adlan pilih nak stay luar dengan senior dia masa dengan Intec. Redza ni budak Kota Damansara. Dia senior Adlan setahun.

Kalau on campus, yang paling murah ialah dorm, sharing bathroom. Meals ada 3 kali sehari mana mana dining hall. yuran dia 6000USD per sem ( 4 bulan). Dalam RM18k la satu sem. Mahalll kan, Laundry sendiri, satu load 1usd. Cuti Summer break 4 bulan kena kosongkan bilik. Unless u bayar la untuk Summer Sem.

Semalam buat calculation dengan Adlan, sewa rumah Adlan termasuk makan dalam 7kusd setahun. Sebab sewa rumah kena lah ikut tahun. Tak boleh sewa ikut bulan. Cuti panjang Summer break tak perlu kosongkan rumah. Lagi jimat Ajue rasa. Dan kalau masak sendiri boleh lagi untuk few hundreds kat situ.

Books

Seminggu dua pertaman ni, belum wajib beli lagi. Lagipon, ada add drop class. So tak tahu lagi subject apa yang takkan ambik sem ni. Tapi Adlan under Global Scholar, at least kena minimun 12 credit hour per semester. Textbooks ni, loan jer. Takyah la nak beli semua. Selalunya, hujung sem, orang dah start jual balik harga murah. Sebab dah memang tak pakai lagi untuk sem depan. So, Adlan kena belajar lah caner nak buat loan buku lepas nih. Boleh refer dekat Redza lah nanti. Tapi , incase Adlan nak beli, boleh search online mana yang murah. Selalunya dekat Amazon la. Tapi, incase Amazon jual lagi murah dari book store dalam campus, book store tu akan ikut harga Amazon. Wahh menarikss kan.

Transport

Adlan dapat pass untuk transport. So boleh naik mana mana bas yag ada dalam Lincoln ni, FREE jer. Just activate kan pass tu kat mobile phone jer. Walla!

Jobs on campus

Setiap student boleh bekerja 20 hours seminggu. Kalau kita sini 40 jam kan. Satu jam diberi gaji 10usd. So, sebulan dalam 800usd!! weeewiittt. Tapi Ajue pesan kat Adlan hold dulu la, Nak kerja start next sem jer kut. Biasakan diri dengan environment sini dulu.

Misc

Oklah, basically, Nebraska ni macam hutan sintok jer la masa Ajue mula mula masuk UUM dulu. Nak keluar boleh naik bas, Paling dekat pon pekan Sintok. Sini pon sama, bas dia kira pengankutan utama. Ada jer grab, dia panggil Lynx. Nasib baik Ajue ada BigPay mastercard. So jimat lah sebab dia takde currecny fee. Kalau Ahad , bas tak function. Atau kalau ada game dekat stadium, bas pon tak function. Ajue belum try lagi naik bas kat sini. Sebab tak tahu mana nak beli pass tu, Adlan dah ada pass free.

Oh ya, Ajue stay dekat homestay Extended Townhouse namanya. notbad la, katil queen dan ada full kitchen, living hall pon ada. Boleh la nak masak apa2 kat sini 3 minggu.

Sempat pergi ke apartment Adlan nak sewa nanti. Ada Rahim dan Redza kat situ. Redza satu bilik sorang. Rahim yang akan share bilik dengan Adlan. Basically bilik Rahim dia punya side dah full la dengan meja study dan katil. Adlan kena beli semua benda sendiri.. So, inilah gunanya Ajue di sini, nak make sure semua kelengkapan Adlan cukup, baru Ajue lega nak balik. Kita cari pelan pelan yer.. no worries.

Rahim ni dah final year, December tahun ni dia habis belajar lah. So Adlan akan tinggal sorang kat bilik tu. Unless ada lelaki melayu datang la next sem, boleh offer bilik share. Tapi kalau sorang pon ok jer. Better kut. Hujung tahun ni at least 5 student Malaysia akan graduate.. maka tinggallah tak sampai 7 orang pon kat UNL ni.. unless JPA atau MARA sponsors student lagi la datang sini. Sebab dah lama takde student sponsors sambung sini.

Redza baru tahun dua, Sophomore.Means, dia 3 tahun kat sini. Cuti summer lepas dia balik. Sebab boleh belajar dekat Help atau Taylor college satu dua subject. Lepas tu datang sini buat transfer credit. Menarik jugak kan! Tapi Ajue cadang nak carikan Adlan intern kat mana mana FIS punya branch. Paling dekat pon kat Minnesota. Wisconsin pon ada. See how ya.

Fahmy dan Naz pulak adik beradk. Tinggal berdua jer. Adlan kata berkemas jer bilik dorang.. of cos la, dah ada pompuan kut. Adlan kena la belajar mengemas rumah. bila lagi. Teringat pulak dekat Ecah, kalau lah dari dulu Ajue decide dia belajar sama sama dengan Adlan kan senang. Takyah pening2 nak pk pasal IC yang tak dapat tu, takper laa benda dah lepas. Ada lah hikmahnya kan. Allah jer yang tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *