Road to Nebraska – Last weekend here

Alhamdullilah kami dah angkut kesemua barang adlan masuk apartment dia. So Adlan dah officially start duduk apartment this week. Lagipon, baguslah macam tu biar dia biasa dengan environment kat sana. Dan tahu nak naik bas apa, nombor berapa, pukul berapa nak kena tunggu. Dan jugak kena biasakan diri dengan housemate semua.

BTW, Adlan dah lulus test Financial Accounting. Alhamdullilah Dapatlah transfer credit untuk subject tu. Dekat Intec Adlan dapat A untuk subject ni.

Jadual kelas Adlan semua ok, Selasa dan Khamis 2 class jer. Jumaat la susah sikit. Sebab kelas English dia clash dengan solat jumaat. Dia susah nak skip. Worse come kena ponteng jer la. Tapi nanti dah masuk winter, zohor akan masuk awal. so hopefully sempat lah dia solat jumaat sebelum masuk kelas nanti.

Bagus betul Rahim ni, baik orangnya. Dia ajar Adlan satu satu apa yang Adlan patut tahu pasal kehidupan kat sini. Ni pon Adlan tengah belajar online apps untuk manage duit nanti.

Hari ni Sabtu, rupanya, bas memang takde. Alahai.. sebabnya first football game musim ni. So, kami terpaksa naik Lyft untuk pergi Walmart pulak. Corelle kat sini tak menarik sangat. Tak macam Target. Adlan kata Gateway Mall lagi besar, macam MidValley. Sebab dia dah pergi dengan housemate dia Jumaat lepas kelas. Selalunya, setiap Jumaat dorang akan keluar gi mana mana sampai lewat tengah malam. Main bowling ker, karaoke ker, wayang ker. Sebab tu jer masa yang dorang ada. Okies, at least takde la Adlan boring sangat nanti kan.

Sempat belikan Ad;an set correlle merah tu untuk kegunaan dia kat apartment. Dan jugak sikit suvenirs untuk sedara dan kawan kawan. Adlan ada kirim jugak baju2 untuk adik adik dia. Dah tak lama lagi dah nak balik…. sob sob sob 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *