Road to Nebraska – get to know surroundings

Laundry and i20 episode

Laundry

Semalam tido nyenyak sampai tak sedar apa.. masih confused nak adjust time kat sini. Biological clock still mode Malaysia. Adlan tido lagi. Ajue panaskan nasi goreng Brahims dan letak atas meja jer. Nanti dia bangun dia boleh makan.

Sementara tu nak do laundry baju yang dah pakai ni. So, naik tingkat 3 nampak notes tulis kena tukar quarters dekat front desk. Quarters? Apa benda tu..

Front desk cakap, satu load laundry cuci dolar seventy five.. mak aiii mahal nyaaa $75?? Pastu Ajue bagi la notes $100, dia tanya ada duit kecil tak. Pulak.. fenin mak

Rupanya $1.75 bukan $75 lol :-). Dryer pon harga sama. So , Ajue tukar terus $10 asingkan siap siap untuk next laundry. Detergent $1, dia dia cakap kena 3 biji sebab baju banyak. Ok…rasanya better beli sendiri kut nanti kat kedai, kan.

Oh ya, mesin ni dia pakai coin, macam DIY laundry kat tempat kita la jugak. Ajue ingat kan quarters tu token tapi rupanya quarters tu 25 cent, ada nilai laa. ah so!

Nak operate mesin dobi ni bukan main tekan2 yer, haa. tersangat lah manualnyer cara dia. kena susun quarters tu kat tempat yang disediakan, pastu tolak masuk bekas tu. Dan janganlah lupa nak tarik balik keluar bekas tu. Kalau biarkan, alamatnya sampai lusa pon tak jaan mesin tu hahaha. punya laaaa jakun.

Dan satu lagi, detergent tu dalam bentuk plastik, kemain lagi Ajue cari pisau nak potong, hahha rupanya campak jer dalam mesin, nanti dia hancur jadi sabun sekali… ya rabbi.. i is so jakun ok!

i20 Document

Laundry dah siap, Adlan pon dah makan semua. Kami gerak pergi New Student Enrollment sepertimana yang Brandon advice semalam masa dalam van. So, dah explain dekat NSE, dia advice pergi ISSO pulak, (International Student Scholar Office) sebab bahagian ISSO yang nak i20 original ni sebenarnya.

Terkejut ISSO staff tu sebab camaner Adlan boleh lepas immigration clearance masa kat Chicago. Sebabnya, i20 ni ibarat macam Passport la. Mana boleh travel pakai passport copy. Setiap student yang nak belajar kat US wajib ada Visa, Passport dan i20 original. Kalau takde salah satu, confirm takkan lepas immigration. Dan setiap 6 bulan i20 ni kena renew kat ISSO. i20 attached to Uni tempat kita belajar. So, kita tak boleh apply i20 dari Uni lain.

Allah maha kuasa kan, dipermudahkan segalanya bagi Adlan, berkat doa doa semua yang membaca luahan Ajue kat insta dan fb.. t. kasih semua yer.. Syukur..

Cuaca sangat panas hari ni, kepala pon dah start nak migrain, berpeluh peluh. Hidung Adlan bleeding sikit. Cepat cepat Ajue ajak dia balik, tapi masa otw tu singgah halal meet nak beli ayam dan daging sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *