Result UPSR Officially released

Alhamdullilah hari yang ditunggu tunggu sudah tiba. Semua sudah maklum dengan nya kan.. Hehhehe well,sebagai ibu dan juga AJK Komuniti IbuBapa serta wakil PIBG SK 24 sudah tentu debaran tu sangat sangat kuat.

Tahun nih merupakan tahun kedua Ajue dalam Komuniti Ibu Bapa membantu para pelajar serta guru dalam meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam UPSR.

Walau apa pon, kita manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan punya perancangan lagi hebat dan kita semestinya Redha dengan segala ketentuannya.

Oraitt, tahun nih keputusan peringkat daerah dilakukan kat sekolah anak Ajue. So, sebelum kol 10 pagi lagi dah berderet kereta wakil sekolah daerah petaling datang untuk ambik result sekolah memasing.

Lebih kurang jam 11 pagi baru kami warga SK 24 berkumpul untuk dengar keputusan dari guru besar.

Debaran para pelajar kian terasa…

Ibu bapa pon turut berdoa saat saat akhir menjelang keputusan diumumkan….

Orait, ni keputusannya….

Alhamdullilahhhh sebagai ibu Ajue bangga dengan pencapaian cekemek nih. Even masa trial tak pernah langsung dapat full A… Tak macam abang dia, semua trail dan ujian bulanan sentiasa dapat 5A. Tu lah, saper kata mak buat bisness tak mampu lahirkan anak yang berkualiti??? sebab apa Ajue cakap macam nih, sebabnya masa buat bisnes dulu kedengaran suara suara yang mengatakan mak sibuk kehulu kehilir buat bisnes, anak anak kelaparan kat rumah, terbiar macam tu sajer. Well, hari nih Ajue buktikan bahawa walau sessibuk mana Ajue dalam mencari rezeki Ajue tak pernah lupa dengan kewajipan sebagai seorang IBU! Dan bisnes ni pon adalah semata mata kerana anak anak jugak. Suka hati la orang nak cakap apa, kan. Kegembiraan Ajue telah menutupi segala kesakitan dalam hati setelah apa yang diperkatakan!

Hanya dengan kejayaan anak anak sahaja yang mampu membuat Ajue tersenyum dan merasa bangga. Thank you all my children. And thank you Allah atas segala yang Ajue perolehi setakat ini.

Inilah barisan anak anak AJK Komuniti yang berjaya dalam UPSR. Syabas anak anak ibu… Ibu bangga dengan kalian!

YAY!!!! kami berjaya dengan cemerlang. Thank you Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *